Tahun ini masuk kali ke3 sambut Syawal di Ireland. Kalau 1st yr dulu,mmg berderailah airmata, raya di perantauan lah katakan.. =) Namun Alhamdulillah kini terasa lebih mudah utk menerima hakikat itu dgn redha, malah dlm senang hati & syukur. Memang Aidilfitri di sini byk bezanya, tapi banyak juga istimewanya! Walau hati rindu pd keluarga, saya yakin besar sekali hikmah yg Allah sediakan di sebalik dugaan hidup berjauhan. Sungguh hidup di perantauan ini banyak mengajar perkara-perkara yang hanya pengalaman mampu menjadi gurunya. Susah utk diungkapkan dgn kata-kata.
Terasa ceteknya pemikiran saya dulu; 20thn grew up in Malaysia dgn 1 gambaran bahawa:
Aidilfitri = Jupe keluarga + balik kampung + ketupat.
Bila mula2 sampai di sini,tpaksa beraya without any of those! Itu yg berderai airmata. Tanpa keluarga,balik kampung & juadah yg biasa..rasa macam tak raya! Seolah semua itu rukun hari raya. Kalau takde, macam tak sah. Kenapa saya rasa begitu sekali?? It made me think deep.. & the most likely answer that i found was.. Bcoz my definition of Aidilfitri itself is very much distorted! Probably far from the truth.
Bukankah Aidilfitri itu sebenarnya hari kemenangan?
Hari mengucapkan tahniah & syukur atas jihad kita sepjg bulan tarbiyyah yg baru berlalu?
Hari menanam azam utk mengabadikan kemanisan iman yg baru dikecapi?
Hari menginsafi betapa agungnya kurniaan & kasih-sayang Allah kpd hamba-hambaNya yg kerdil ini?
SubhanAllah…tidakkah terasa semua itu dlm hati?
Jadi apalah sangat nilainya rendang & ketupat..?
Di manalah sgt letaknya nilai balik kampung, lagu raya dll..?
Kerana semua itu benar-benar, amat-amat sampingan saja. Keluarga….bukankah doa mereka tetap bersama? Kalau kerana perkara-perkara itulah punca tangisan saya pada pagi Syawal, maka sesungguhnya saya org yg rugi!
Di sini, tanpa semua perkara-perkara itu,membuatkan saya tersedar sendiri… Aidilfitri itu ibadat, bukan adat. Saya ingin memerdekakan hati dari kosmetik-kosmetik hari raya. Andai pengertian yang sebenarnya mampu disemat selalu dlm hati, maka Aidilfitri akan tetap terasa Aidilfitri, walau di bumi manapun saya berada.. insyaAllah! =)
di dunia tidak ada hari raya
di sini tidak ada hari ria
juga tidak ada hari gembira
tidak ada hari merdeka
yang ada hanya melahirkan syukur
menyatakan segala nikmat Allah
hari mengagih-agihkan nikmat
agar semua manusia merasa
hari raya di akhirat sana
hari ria hanya di sana
hari gembira di sana jua
hari merdeka di sana semuanya
setelah kita masuk ke syurga
di syurga sana ada erti hari raya
juga hari ria gembira merdeka
begitulah hakikat hari raya.
Rumaisa …
saya rasa artikel ini boleh di post kan kembali buat tatapan pengunjung. Cuma ubah dan tambahmana mana yang patut… banyak iktibar yang boleh diambil.
It is good entry.
I thought i wanna copy and paste to my blog tapi rasanya baik anti yang update balik …
insyaalah mudah2an ada barakahnya. Hari Raya pun dah dekat dan sesuai di bedah kembali budaya kita terhadap raya ni.
Macammana idea saya? Ok tak. Demi Dakwah.
Semuga anti dirahmati Allah selalu