Skip to content

Tak cukup antibodi

August 26, 2006

kumanOrang tua-tua selalu pesan,
“Jangan cari penyakit.”
Penyakit boleh datang atas macam2 sebab. Sama ada kita yang rajin buat perkara-perkara yang ‘cari penyakit’ (main ujan? rokok?) atau pun terjangkit virus/bakteria orang lain. Ada masa-masanya pula, kita terserempak dengan kuman yang memang hebat (resistant to penicillin or frequently mutate, so susah nak cipta vaksin utk lawan).

.

Namun, ada juga penyakit yang datang bukan kerana kuman tu kuat sangat, tapi kerana badan kita yang tak cukup antibodi. Lemah. Kurang antibodi memang satu masalah yang serius, sebab bagi insan2 yang mengalami masalah kurang antibody, dia boleh terkena penyakit yang orang lain tak kena. Atau penyakit yang bila orang lain kena tidaklah mendatangkan kesan yg serius, tetapi penyakit yang sama boleh mendatangkan kesan yang sangat teruk & sakit tenat pada orang yg kurang antibodi. Contohnya, bagi individu normal, selsema bukanlah masalah serius, tapi bagi pesakit Acquired ImmunoDeficiency Syndrome (AIDS), selsema boleh membawa maut.

.

Tiba-tiba terfikir, dalam hidup kita yang pendek ini, kadang-kadang cabaran & godaan yang datang bukanlah hebat sangat, tapi kita boleh tertarik & tak mampu menolaknya sebab sebenarnya kita yang kurang iman dalam hati. Mudahnya kita terpesona. Kuman taklah sekuat mana, tapi kita yang tak cukup antibodi dalam diri. Mudahnya kita jatuh sakit. Antibodi kita tak lain tak bukan adalah Iman. Bila tak cukup, hati kita sangat senang jatuh sakit. Senang aja virus-virus syaitan nak tembus lalu meninggalkan parut-parut bertompok hitam yang begitu sukar dikikis. Berakar umbi sampai hati kita susah nak nampak cahaya lagi. Yang hitam sudah nampak putih & putih nampak hitam. Ataupun bercampur aduk saja pada pandangan mata – kelabu semuanya.

“Wahai orang-orang berIMAN, jika kamu berTAQWA kepada Allah, nescaya Dia akan memberimu FURQAN (petunjuk yg dpt membezakan antara yang benar & yang batil) dan menghapuskan kesalahanmu serta mengampuni dosamu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Surah Al-Anfaal: ayat 29)
.

Hanya kerana ada cerita yang kita suka kat tv, sesetengah dari kita solat gaya ‘touch n go’. Nak cepat-cepat & buat separuh hati saja.

“Maka celakalah orang-orang yang solat.(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Surah Al-Ma’un: ayat 4-5)

Atau kerana seronok dengan Openhouse yang merata sepanjang Syawal, kita lantas mengabaikan Puasa 6. Apalah sangat cerita kat tv itu, dan apalah sangat openhouse itu yang banyak itu..tidaklah best teramat-amat pun. Sepatutnya bukanlah terlalu sukar cabaran-cabaran & godaan-godaan tu. Kuman citer tv & kuman openhouse taklah se’terror’ mana pun, tapi kitalah yang terlalu lemah antibodi! Maka kita pun sakit.. Sama-sama tanya & ingatkan diri sendiri…

.

Hassan al-Banna pernah berkata,
“Umat Islam tidak menang bukanlah kerana musuh itu kuat, tetapi kerana kita yang lemah.”
.

agentsBanyaknya program-program sekarang yang boleh merosakkan akhlak malah merendahkan maruah, tapi ramai saja yang sanggup bersusah-payah, ‘merentas onak duri & merenangi lautan api’ malah membuang airmata semata-mata untuk menyertai dan memenanginya. Tak cukup dengan itu, berduyun-duyun pula insan-insan yang sudi menyokong, menonton & bersorak sama untuk menambah rencah. Walaupun pada hakikatnya kuman tu tidaklah kuat sangat (payah nak menang, hadiah pun takdela lumayan sangat & glamer pun sekejap bebenar), penyakit ini tetap highly infectious, mungkinkah kerana low level of antibody? Sekelip mata saja begitu ramai mangsa jangkitan terbaru dilaporkan. Looks like we need a ‘National Immunisation Programme’ immediately!

.

Apalah ertinya memiliki jasad yang sihat, tetapi ruh yang sakit tenat? Hasilnya jasad yang sihat itu akan digunakan ke arah yang ditunjukkan oleh musuh ketat kita, syaitan. Kita tentunya menginginkan kedua-duanya sihat, tetapi jikalau terpaksa juga memilih, biarlah mempunyai jasad yang sakit, tetapi ruh yang sihat sejahtera!

.

p/s: Igt slalu pesan org tua-tua…“Jgn cari penyakit” =)

.

2 Sya’ban 1427H

Shah Alam.

One Comment leave one →
  1. izzahsalim permalink
    October 7, 2011 2:53 am

    salam wrt kak hanim,,,mohon share=)))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 168 other followers

%d bloggers like this: