Skip to content

apa ertinya saya menjadi doktor

November 5, 2009

A&EMalam kian pekat. Saya meneruskan langkah yang semakin longlai. Perut juga menyanyi kelaparan, berperang dengan mata yang minta ditutup (nak makan vs nak tidur). Otak memang letih, setelah berjam-jam diperah dan stress memikirkan rawatan dan tindakan pantas yang sesuai untuk pesakit yang datang bertubi-tubi ke pintu Accident & Emergency. Emosi? Susah kot nak senyum selepas habis oncall. Itu mungkin satu jihad. Oncall di bahagian Accident & Emergency sungguh memenatkan, kerana  kita perlu sentiasa bersedia. Anything can walk in that door,  walaupun mungkin keadaannya tidaklah se-dramatik seperti yang digambarkan dalam drama bersiri ER (Emergency Room).

.

Apabila kepenatan, bisa saja hilang motivasi dan lemah semangat. Hati tidaklah terlalu senang gembira melayan kerenah jururawat, selain dari ragam pesakit yang pelbagai. Tidak sedikit bilangan doktor yang sekali-sekala menyesali dan TERsebut ‘kenapalah dulu aku amik medic..’. Blaja susah, keje pun susah. Di celah-celah kesibukan dan stress doktor bekerja, atau bagi medical students yang sedang bergelumang dan hampir lemas dalam timbunan kitab-kitab medic, untuk mencari semula semangat yang hilang tidak mudah.

.

Namun, saya merasakan untuk merenung diri, mengingatkan, meluruskan dan memperbetulkan semula nawaitu dalam setiap amal adalah sangat penting.
“Setiap amal itu bergantung kepada niat.” (Hadith riwayat Bukhari&Muslim)
Kerana di situlah letaknya nilaian Allah, keredhaan Allah. Kalau kita cuma siapkan semua perkara itu seperti robot dan mesin, alangkah rugi. Dengan nawaitu yang benar, hendaknya kita akan lebih mengerti kenapa kita di sini, dan menaikkan kembali motivasi kita untuk meredah jalan yang masih panjang.

.

Ingatkah kita kepada malam-malam yang hening, ketika kita bersujud panjang dan airmata kita membasahi sejadah…

Kita sangat berdoa Allah mengurniakan kita result SPM yang cemerlang, agar kita boleh meneruskan cita-cita.

Kemudian kita menyambung berharap tanpa putus kepada Allah, penuh terharu, supaya Allah izinkan kita untuk dapat pergi oversea, untuk dapat biasiswa, untuk dapat fly, dan nak sangat dapat masuk Medical School, nak sangat-sangat… dan kita solat hajat penuh syahdu memohon setiap hari.

Pada satu ketika yang lain pula, kita menangis dalam doa-doa kita, kita panjatkan tawakal kepada Allah setinggi angkasa, penuh cemas dan takut, agar Allah meluluskan kita dalam peperiksaan tahun akhir pengajian perubatan kita, agar akhirnya dapat bergelar Dr!

.

Maha Suci Allah yang telah mengabulkan kesemuanya! Janganlah kita lupa saat-saat itu, dan bersyukurlah sepanjang masa kepadaNya. Kita belajar/kerja ini untuk Allah. Lillahi Taala. Kita buat semua ini untuk Islam. Maka kita mestilah bersemangat selalu, motivated selalu, energetic selalu, dedicated selalu, dalam melaksanakan amanah Allah yang kini tersandang di bahu kita. Kerja itu ibadah. Study itu ibadah. Dan kita mahu menjadi hamba Allah yang senantiasa dalam ibadah, mahu menjadi ‘Ibadurrahman. Kan?

.

accountantSungguh seruan keimanan terbuka seluas-luasnya dalam kerjaya ini. Bukankah nilai sihat hanya dapat difahami oleh orang yang sakit? Maka belajarlah dari mereka yang sakit, mudah-mudahan itu akan membuka pintu hati kita untuk merendah diri bermuhasabah atas nikmat-nikmat Allah, supaya hati yang angkuh ini tunduk kepada Tuhannya dalam syukur.

.

doctorDoktor tidak bekerja dengan mesin seperti engineer, bukan juga dengan dokumen-dokumen seperti setiausaha atau bekerja dengan duit seperti akauntan. Tetapi doktor bekerja dengan manusia, perhatiannya kepada manusia, ilmunya tentang manusia, menghadapi sakit peningnya, keluhannya, keluarganya,hidup matinya. Ia fardhu kifayah, dan harusnya semua itu meninggalkan kesan kepada jiwa, membawa kita lebih hampir kepada Allah. Seandainya tidak, seandainya hati ini sudah mengeras seperti batu, seandainya kita sudah menjadi lali, sudah terlalu biasa tengok orang sakit dan orang mati hingga sukar mendetikkan keinsafan, maka doalah supaya hati itu digantikan saja dengan hati yang lain!

..

ECGDalam kesibukan kita bekerja, ambil darah, mentafsir ECG, memasukkan tiub, ‘berperang’ dengan radiologist, menulis ubat, inject orang, janganlah sampai jiwa kita ini kering dari makna. Ingin saya ingatkan para doktor/medical students tentang keistimewaan sunnah Rasulullah yang  sebenarnya selalu kita laksanakan, iaitu sunnah menziarahi orang sakit.
Sesungguhnya seorang Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit akan berada di dalam kebun buah-buahan syurga sehinggalah ia pulang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a.:
“Apabila seorang muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke petang. Dan apabila dia menziarahinya pada waktu petang, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke pagi, dan akan dikurniakan kepadanya sebuah taman di syurga.” (Hadith Riwayat Abu Dawud & Tirmidzhi)

..

hatiSelain dari merawat jasad yang tidak sihat, kita juga punya tanggungjawab merawat jiwa dan ruh yang sakit. Sering terjadi, orang yang dalam kesusahan mudah untuk disentuh hatinya, untuk disuntikkan dengan mesej-mesej keimanan pada saat-saat yang sesuai . Namun ‘kerja extra’ yang tidak bergaji ini hanya akan dilaksanakan oleh doktor yang berjiwa da’ie, yang niat asalnya menjadi doktor memang untuk membawa risalah Islam. Kerjaya doktor dipilih supaya diri ini dapat menjadi agent yang menjayakan misi Islam dalam masyarakat. Ini bukan hidden agenda. Kita memang berniat menyeru manusia kepada Allah, dengan sengaja, dengan usaha. Bukan kebetulan, bukan sambilan. Saya menulis dengan terang dan jelas - kerjaya doktor ini hendaklah dijadikan alat untuk dakwah.

.

Kesimpulannya, bestkan kerja doktor ni? Bersemangatlah! Kerjaya ini banyak sahamnya di akhirat…huhu… kalau ikhlas.

34 Comments leave one →
  1. November 7, 2009 9:51 am

    walaupun ma bukan medical student..ma amek engineering..tapi boleh jugak amek sedikit sebanyak dari artikel ini..thanx kak~

  2. teha permalink
    November 7, 2009 12:15 pm

    jzkk akak!

  3. November 7, 2009 3:55 pm

    Beberapa perkara yang perlu kita lihat dalam apa jua kerjaya

    1. Ibadah & dakwah
    2. Melahirkan Ubudiyah
    3. Merasai Masuliyah (tanggungjawab)
    3. Mendapat Ibrah

    Kerjaya adalah ibadah & dakwah dan bukannya bebanan!

    Andai kita anggapnya Ibadah & dakwah insyaalah Ianya akan melahirkan Ubudiyah dan masuliyah yg akan menatijahkan keseronokan khusyuk menghayati spanjang hidup kita dan insyaalah akan merasai kemanisan iman yang hanya akan dirasai oleh jiwa yg menyempunakannya.

    Disamping itu ianya juga mendatangkan ibrah yang banyak kiranya kita curious untuk mencungkil rahsia rahsia ciptaan Allah lebih2 lagi kerjaya doktor yang bermain dengan nyawa manusia dan ini akan akan meng ” kerdil ” kan lagi diri kita dan dapat melahirkan jiwa kesufian yang tinggi justru dapat menghidupkan sifat2 mahmudah dalam diri sehingga kita amat akrab dengan Allah.

  4. doktormuslim permalink
    November 7, 2009 11:51 pm

    salam…minta izin copy entry ni, boleh ke?

  5. amalin rahman permalink
    November 11, 2009 11:49 pm

    salam alaik,

    SUBHANALLAH…ALHAMDULILLAH…ALLAHUAKBAR…

    setiap baris ayat yg betul2 bermakna,
    sama2 tajdid niat molek2 agar setiap detik bersusah payah dlm bidang ni x sia2.
    INSYAALLAH,
    syukran,syakiiirrr awii.

    salam dari ardul kinanah….

  6. Humayra' permalink
    November 12, 2009 6:10 am

    Assalamualaikum sis…
    Jzkk…

    “hidup ini mudah kalau ikhlas…”

    Dan ayat ini:
    Dan kita mahu menjadi hamba Allah yang senantiasa dalam ibadah, mahu menjadi ‘Ibadurrahman. Kan?

    Jawapannya: Mahu!!! teramat2 mahu menjadi ibadurrahman!! seringkali diperingatkan kpd diri sendiri agar terus mujahadah.

    “Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah” (74:7)

  7. November 16, 2009 1:21 pm

    salam akk
    jazakillah
    jazakillah
    minta izin copy boleh?letak pd website komuniti

  8. hambaAllah permalink
    November 20, 2009 8:54 am

    inspiring! jzkk

  9. aMaNi permalink
    February 24, 2010 4:15 pm

    Terima kasih ya ukhti

  10. April 23, 2010 6:34 pm

    salam…bestnya…nak copy n paste ye..syukran ;)

  11. intan suhada permalink
    April 27, 2010 3:29 pm

    salam akak. Tahniah atas penghasilan karya yg sangat brmkna..semuanya indah jika niat kita melakukan sesuatu kerana Allah..semua pekerjaan fardhu kifayah kan..kita saling memerlukan..doktor engineer accountant perlukan cikgu & semua saling bergantung. Indahnya dunia jika ada a muslim doctor,a muslim engineer,a muslim semuanya kan kak. Moga Allah memberkati setiap ilmuNya yg kita pelajari..

  12. hana permalink
    August 17, 2010 5:56 am

    assalamyalaikum..
    saya nak mnx copy ea post ni :)
    tq..

  13. edah permalink
    October 14, 2010 12:28 pm

    ada tak yang maksud doktor.Sebab saya tengah cari apa makna itu doktor.Kalo ada bagi la tau saya……

  14. November 20, 2010 7:18 pm

    hehe
    timaceh ukhti
    alhamdulillah allah kurniakan sy ikhwah akhowat yg memahami, penyayang,berdedikasi
    dan soleh solehah belaka…

    dpt juga diri ini menyedut merasai iman kamu sume… :)

  15. December 16, 2011 11:01 am

    setuju!!!!!

  16. adie permalink
    December 16, 2011 1:45 pm

    salam
    tuela..kadang2 bila penat nie risau plak ter silap niat di hati…beringat2 sesama kita agar terus istiqamah iA…^^

  17. iamaspecialist permalink
    December 17, 2011 5:04 am

    Salam. Saya berbangga sebagai seorang doktor sekiranya saya mempunyai rakan doktor seperti anda. Insyaallah, lahirlah seorang lagi seorang doktor muslimah yang bakal mengangkat martabat islam di negara ini.

  18. December 17, 2011 8:35 am

    ummah memerlukan tangan2 muslim dan muslimah persis generasi al quran pertama bagi mengembalikan marwah yang tecalar dan di calar .. ‘rising tide of islam dah bermula sejak 70an.. peranan anda semua amat besar mengisi dan mencipta kebangkitan semula ini selepas 1924 ‘kejatuhan othmaniah ‘ oleh bapa sekularis .. berdoalah bersama dan betulkan niat antum bagi mendapat janji Allah .. moga terus istiqomah baik masa bergelar student , berkarier dan berumah tangga .. jagn ada yang ada yang gugur di perjalanan .. ummah perlukan profesional sperti antum…

  19. December 17, 2011 1:46 pm

    Segalanya bermula dgn niat.tahniah.amat berbangga jika semua dr berwatakan demikian. :-)

  20. December 17, 2011 2:58 pm

    Slm…terima kaSIH…WELL SAID
    Semoga Allah merahmati kita semua…the front liners

  21. December 18, 2011 3:37 am

    Mudahan semua muslim muslimah dr menyedari agenda dakwah perlu dilaksanakan ketika menjalankan tugas…namun saya mendapat teguran dari pesakit opd dengan menyatakan apa hak doktor menegur saya, doktor hanya perlu merawat….!!..amat sedih sekali….

  22. ida zaliza permalink
    December 18, 2011 1:03 pm

    Ana sokong sangat. Memang mencabar kerja kat ER ni tapi banyak pahala jika kita ikhlas.Memang sukar jumpa doktor seperti anda. Syukur.

  23. December 19, 2011 10:46 am

    Nice entryyyy

  24. mashitah permalink
    December 19, 2011 1:30 pm

    betapa telusnya hati seorang insan yang nenjejaki bidang kedoktoran. di sudut hati ini terselit rasa bangga dan berharga mempunyai anak yang redha dgn pilihan pengajian medic yang diceburi. kita hidup didunia ini hanyalah sebagai khalifah meskipun kitani pesakit, jururawat maupun doktor. jika kita menjangkau usia dan sebagai umat islam matlamat kita dan cita-cita semua orang akan menjejak kaki ke tanah suci. kita pergi dengan penuh keikhlasan dan bersungguh2 mencari redha ilahi maka disinilh kita ketemu jawapan yang sebenarnya. Betapa beruntungnya seorang doktor kerna setiap saat dan jejak yang di lalui penuh dengan ibadah. MasyaAllah! besarnya ganjaran yang diperolehi meskipun kakinya tidak berada di tanah suci. Nikmat dan keseronokan berjasa kepada sesama makhluk bagaikan dah x cukup jam dlm sehari. kita sebagai manusia memang tamak, tamak dalam mengumpulkan pahala. Insyaallah moga kita tergolong ke dalam golongan para syuhada’.

  25. Nur diana permalink
    December 19, 2011 2:21 pm

    Alhamdullillah..semoga Anda di beri kekuatan oleh Allah..semoga dr yg ada diluar sana juga mempunyai niat sama seperti anda…dan yg penting,semua umat islam,termasuk saya juga ada mempunyai niat serti anda..membuat sesuatu kerja ikhlas hanya kerana Allah..mempertabatkan islam dan imatnya…

  26. ina permalink
    December 22, 2011 12:15 pm

    congatz akk sebb ade semangat yang sgt kental..doakan kami student medic yg brade di uni Al-Azhar..:)

  27. December 24, 2011 4:18 pm

    kerenah jururawat? banyak sgt ke kerenah nurse 2? mcm la doktor xde kerenah…

    • December 25, 2011 6:05 pm

      banyak orang,banyaklah ragam.. sbb tu kita semua sama2 kena saling sabar & senyum selalu! =)

  28. Dr Annuar permalink
    December 27, 2011 10:37 am

    Thank you for such a inspiring writing … reminding us back why we become a doctor on the first place. May Allah bless you.

  29. ctnabilah permalink
    December 31, 2011 8:30 pm

    salam.
    saya hanyalah seorang yang baru bertateh untuk memahami ilmu medik.
    dan saya ingin bertanya, bagaimana nak bagi semangat pd diri sendiri yang mudah sgt putus asa.
    jzk.

  30. Din AA permalink
    January 1, 2012 3:29 am

    Saya pekerja hospital (34+ tahun), bukan doktor… tringat kata2 seorang ustaz + sahabat: “gunakan kerjaya anda menjaga orang sakit, sebagai JAMBATAN ke Syurga…”
    Usah d fikirkn tentang gaji/wang, pujian atau cacian… saya shingga kini masih x bosan bersama pesakit… alhamdulillah.

  31. ummunabihah permalink
    January 30, 2012 3:25 am

    assalamualaikum…alhamdulillah, kita masih lagi diberi hidayahNYa utk sentiasa bermuhasabah dan mensyukuri nikmat Allah yang tidak tehitung banyaknya……sy minta copy ye?

  32. noor permalink
    January 30, 2012 11:03 am

    Alhamdullilah jika masih ada dr seperti anda kerana saya dapati masih ramai doktor2 di luar sana yang suka merungut dgn ganjaran dan imbuhan yang di terima seolah2 harta didunia boleh di bawa mati. Niat untuk bekerja perlulah ikhlas dan disertai dengan kesyukuran kerana masih ramai lg di luar sana yg menanti2kan peluang pekejaan sedangkan kehidupan anda telah terjamin. Redha dgn takdir yang telah ditetapkan dan jgn sesekali menyesali pilihan yang dibuat oleh diri sendiri! Teruskan niat utk berjihad ke jalan Allah jika itu yang di fikirkan terbaik utk diri sendiri dan keluarga…..insyaaalah!!!

  33. Dr Nik permalink
    January 30, 2012 1:32 pm

    Do join emergency medicine fraternity….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 167 other followers

%d bloggers like this: