Salam AidilAdha kepada semua saudara-saudara seiman yang saya kasihi. Cantiknya susunan Allah, malam semalam saya mentadabbur Surah Al-Saffat, dan menemui kisah ini. Maka saya ingin menuliskannya untuk kawan-kawan yang tidak sempat menatapnya sendiri.
.
“Dan Ibrahim berkata, ‘Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.’ ” (Al-Saffat : ayat 99)
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku [...]
Archive for the ‘Dendang perantau’ Category
aku hamba
Posted in Dendang perantau, tagged aidiladha, hamba, ibrahim, korban on November 26, 2009 | 3 Comments »
tak cukup oxygen
Posted in Dendang perantau, home sweet home on October 3, 2009 | 6 Comments »
Selamat Hari Raya. Bestnya dapat raya di Malaysia selepas 6 tahun beraya di perantauan. Ada sepupu-sepapat yang dulu kecil-kecil sekarang sudah besar, ada yang sudah tidak kenal dengan saya, ditambah lagi dengan yang belum melihat dunia. Ada jiran-jiran kampung, saudara-mara yang jauh-jauh, bau-bau bacang, yang sudah meninggal dunia, sudah pindah dan macam-macam cerita lagi. Terasa [...]
balik kampung
Posted in Dendang perantau on September 17, 2009 | 1 Comment »
Permusafiran saya bermula pukul 1.15 pagi semalam. Melangkah keluar rumah dalam kesejukan malam dan angin yang membekukan untuk ambil bas 4 jam dari Galway ke Dublin Airport, untuk mengejar penerbangan pukul 6.40 pagi. Oh kalaulah malam tadi Lailatul Qadr, teruklah! Lailatul Qadr dalam bas ajelah saya. Huhu.
.
Lebih sedih lagi, sebaik saja duduk, saya terus terlelap. Sedar-sedar, terdengar [...]
Undang-undang Ramadhan
Posted in Dendang perantau on September 11, 2009 | 1 Comment »
Saya melangkah keluar dari gelanggang itu usai solat terawih. Spontan, kepala mendongak ke langit untuk menikmati keindahan pemandangan malam. Bulan kelihatan besar, rendah, mengambang tiga suku penuh. Kerana malam ini rupanya sudah 21 Ramadhan. Pantas sungguh masa berlalu. Masa yang tidak pernah mahu berbincang dengan manusia. Masa yang taat kepada perintah Allah semata-mata, sentiasa saja berlari meninggalkan manusia yang [...]
Selamat Merayakan Ramadhan
Posted in Dendang perantau, tagged puasa, Ramadhan on August 25, 2009 | 4 Comments »
“Yes Ramadhan tomorrow inshaAllah.”
Begitulah bunyi SMS dari Syeikh Khalid, iaitu Imam kami di Galway. Lantas SMS itu diforwardkan ke merata-rata tempat dengan seberapa segera pada malam itu. Begitu saja pengumuman bermulanya Ramadhan kami di bandar kecil Galway, Ireland ini. Kami tidak ada masjid. Kami juga tidak ada penyimpan mohor besar diraja buat pengumuman di mana-mana [...]
Biskut raya
Posted in Dendang perantau, tagged Aidilfitri, biskut, iman, islam, puasa, Ramadhan, raya on October 13, 2008 | 2 Comments »
Biskut raya mama pos dah sampai. Seronoknya! Walaupun lewat seminggu dari 1 Syawal, kehadiran bungkusan kecil dari Malaysia itu tetap sangat bermakna. Ada sedikit biskut raya, sepasang jubah dan sekeping kad raya warna hijau. The arrival of this little parcel never fails to bring tears of joy each year. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bungkusannya begitu rapi, hingga tidak [...]
Exposed
Posted in Dendang perantau, tagged hati, insaf, puasa, Ramadhan on September 27, 2008 | Leave a Comment »
Tak tahu hendak mula dari mana. Terlalu banyak kekotoran diri ini. Terasa seperti terperangkap dalam satu penjara, yang masih belum dapat-dapat lagi aku keluar darinya. Terasa masih di takuk lama. Tersangat banyaknya cacat-cela diriku, hingga aku sendiri menjadi takut untuk bermuhasabah, aku sendiri sangat malu untuk menyenaraikannya, walaupun jika ia cuma untuk tatapan diriku sendiri sahaja. Aku merasa aku langsung tidak mempunyai [...]
Treasure Hunters in action!
Posted in Dendang perantau, tagged ibadah, malam, puasa, qadar, Ramadhan on September 22, 2008 | Leave a Comment »
Mata melirik memandang jam, atau lebih tepatnya, memandang jarum saat. Dibetul-betulkan gelas supaya berada elok di atas alas. Tuang air siap-siap. Kurma sudah di dalam tangan. Ok, pastikan seisi rumah sudah duduk di meja makan. Hmm,everything is ready, tapi waktu iftar belum juga masuk-masuk. Takpelah, boleh sembang sikit sementara menunggu.. harini apa cerita, kerja macam [...]
Saat Pintu Syurga Terbuka
Posted in Dendang perantau, tagged ibadah, islam, puasa, Ramadhan on September 3, 2008 | Leave a Comment »
“Apabila datang Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka.” (hadith riwayat Muslim)
Berat rasanya hendak menulis tentang Ramadhan. Kecil dan hina rasanya diri ini hendak mengungkapkan tentang bulan agung ini kerana amal diri yang tidak seberapa. Namun atas rasa kewajipan berkongsi nasihat yg diterima, atas keimanan bahawa ’sharing is caring’, berbekal doa moga saudara-saudaraku mendapat sekelumit manfaat, kugagahkan jua. [...]
No Shortcut
Posted in Dendang perantau, tagged hati, insaf, mata, puasa, Ramadhan on August 27, 2008 | Leave a Comment »
Tinggal 3 hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Saya betul-betul sudah menggelabah. Rasa sangat tidak bersedia. Aiseh! Last minute betul. Nak menangis pun ada. Meraung pun sia-sia. Siapa suruh tak bersedia? Huhu.
.
Mahu salahkan kesibukan alam pekerjaan yang baru dimasuki? Ah..tidak adil. Saya bukan seorang workaholic pun yang hidupnya untuk kerja. Sebenarnya, ada je masa.
Mahu salahkan suasana [...]