Skip to content

Musulman

February 25, 2006

Saya melangkah masuk ke kedai itu. Hati terpesona dengan gelas-gelas kecil bertulis Alhambra. Bolehlah jadikan buah tangan dari bandar Granada,Andalusia(Spain) untuk sahabat-sahabat bila balik Ireland nanti. Asyik membelek-belek, rupanya saya sedang diperhatikan oleh pemilik kedai itu.

.

Bila saya memandangnya, dia senyum dan bertanya,
“Musulman (kamu muslim)?”
“Si (ya)”, saya menjawab sambil melemparkan senyuman.
Oh..assalamualaikum! Assalamualaikum!”
Wajahnya semakin ceria. Mungkin kerana melihat saya bertudung, memberanikan dia bertanya agama saya. Di bumi asing ini, sungguh tudung itu simbol penting seorang wanita Islam. Such an important symbol of the belief that you are embracing. Jikalau saya tidak bertudung, mungkin dia tidak tahu pun saya ini orang Islam.

,

Sambil menggerakkan tangannya ke mulut, dia menyebut “Arabic? Spanish?” iaitu dgn bahasa apa dia boleh berbual dengan saya. Mungkin itu sahaja bahasa yang dia fasih.
Saya menggeleng & sekadar menjawab, “English”. (x fikir dia tau bhs Melayu)
“Arabic?” soalnya sekali lagi.
Dengan berat hati, saya terpaksa menjawab “No.”

,

Ah,terkilannya hati kerana tidak dapat berbicara bahasa rasmi umat Islam itu! Umpamanya seperti menjadi rakyat Malaysia, tetapi tidak tahu bertutur bahasa Melayu! Solat di dalam bahasa Arab, baca Quran pun bahasa Araab, doa pun banyak dalam bahasa Arab juga, tetapi untuk bercakap tak tahu. Alangkah pelik kita ini bukan?

.

Musulman adalah bahasa Spanish yang bermaksud Muslim. Satu lagi panggilan lain utk org Islam di sana ialah Moors. Rata-ratanya orang Spain memang hanya tahu bahasa Spanish. Sukar menemui orang Spain yang pandai berbahasa Inggeris, walaupun di kalangan generasi mudanya. Komunikasi memang satu masalah.Jadi sesiapa yang melawat tanahair mereka, contohnya pelancong seperti saya, mesti tahu sedikit bahasa mereka,& bawa pocket dictionary. Kalau tidak, nak order kopi di restoran pun mungkin tak lepas! Melihatkan irasnya, saya tidak fikir dia orang berbangsa Arab. Walaupun tidak tahu berbicara bahasa antarabangsa (English), tetapi dia tahu menuturkan bahasa syurga itu, selain dari bahasa ibundanya, Spanish.

.

Namun jawapan saya itu tidak menjejaskan keceriaannya, senyumnya masih tidak lekang. Kemudian dgn English yang pelat-pelat, sekerat-sekerat & bercampur lebih banyak Spanish, saya boleh agak dia hendak bercerita, dia pun orang Islam, berhijrah ke Spain dari Morocco (juga dikenali sbg Maghribi). Lantas dia bertanya dengan bahasa rojaknya yg masih mampu saya mengagak ertinya, “Hendak beli apa?”
>

Saya menunjukkan gelas-gelas kecil Alhambra itu sambil mengangkat 6 jari. Tetapi dia mengangkat 8 dan membungkus. Masih dalam senyuman. Spontan saya bersuara “Eh..” sbb saya hendak beli 6 saja. Dia tertawa kecil, mengangkat 2 gelas hampir ke dadanya…kemudian menghalakan gelas itu pada saya.

,

“Err…from me,to you! Free. Musulman.”
Begitu sekali gembiranya dia. Hanya krn bertemu saya, seorang Musulman.
“Syukran” kata saya (antara sepatah dua bahasa Arab yang saya tahu) dan pantas dia menjawab dengan bersemangat “Afwan. Afwan!”

;

Dalam insiden yang lain pula, masih lagi di Andalusia(Spain), kali ini di bandar Malaga, pemilik sebuah kedai kebab yang kecil amat seronok bertemu dengan kami, bila mengetahui kami ini Musulman. Tanpa berfikir panjang, dari 10 biji kebab yang kami order, katanya… tak apa,dia sangat gembira bertemu dengan kami & akan hadiahkan kami 10 kebab lagi! Kami pulang dari kedai itu dengan 20 biji kebab! Simply double the amount.

.

Dan ada lagi beberapa similar incidents di bumi Andalusia yang menyentuh hati saya. Pengalaman-pengalaman ini memberi saya satu persepsi baru tentang persaudaraan dalam Islam. Betapa terharunya saya dengan kegembiraan dan keseronokan yang ditunjukkan oleh orang-orang Islam di bumi Spain itu. Mereka mempamerkan sense of belonging yang sangat tinggi sesama Islam. Bila saja mengetahui saya satu aqidah dengan mereka, seolah-olah hal lain tidak menjadi soal lagi. The rest doesn’t matter anymore!

.

Mereka senyum & tertawa mesra, ingin berbual panjang dengan saya, memberi hadiah kepada saya, sungguhpun mereka tidak pernah kenal, malah tidak pernah jumpa saya sebelum ini. Mereka juga tidak kisah pula untuk bertanya saya dari negara mana. Kalau ya pun, bukan itu soalan pertama yang tercetus dari bibir mereka.

Yang penting – Musulman!

.

Betapa ikatan aqidah itu mampu menyatukan umatnya. Peliknya, dengan warna kulit yang berbeza, bahasa dan budaya yang berbeza, tidak pernah kenal langsung sebelum ini, serta merta boleh merasa sense of belonging! Biasanya, kita boleh rasa rapat atau ’sense of belonging’ dgn orang lain atas macam2 sebab, seperti sebab 1 pertalian darah, 1 kelas, 1 sekolah, atau 1 kampung.

.

Tetapi saudara-saudara saya di Andalusia telah mengajar saya secara practical betapa indahnya jika ’sense of belonging’ itu lahir atas sebab yang jauh lebih murni, iaitu sebab 1 aqidah. Malah jika hendak difikirkan lagi, apalah sangat jika kita bersatu atas sebab sempadan yang memisahkan negara? Rasa kasih-sayang & ambil berat hanya untuk orang-orang yang sama negara, atau lebih parah lagi, asabiyah mengikut negeri! Please, we need a stronger basis to unite, rather than lines drawn on the world map!

.

Aqidah Islam itu adalah asas penyatuan yang paling kuat sekali sebab ia mampu menyatukan manusia tidak kira keturunan,warna kulit,bangsa atau tempat lahir. Dan Allah juga telah berjanji untuk memelihara ikatan hati orang-orang yang bersatu berkasih-sayang keranaNya.

“..Dan Allah lah yang menautkan hati-hati mereka.” (Al-Anfaal:63)

.

Dgn ikatan Islam, kita mampu mengenali dunia tanpa sempadan!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: