Skip to content

The Never-Ending Story

April 24, 2006
tags: ,

Malaysia Needs More Specialists
by Dr Ng Cheong Keat (malaysiakini.com)

I wish to voice my opinion that Public Services Department should stop sending students to European or American universities for medical courses. I understand that each of these students cost the government (taxpayers’ money) almost RM 1 million each. Currently, Malaysia has so many (almost 17) public or private medical schools. Thus, producing doctors with basic degrees is not really a problem. In fact, the current situation in Malaysia is ‘mass production’ of such doctors. Thus, there is actually no more need to send our student overseas to pursue medical courses…

,

and the story goes on and on…

Setiap tahun selepas keputusan SPM diumumkan, Malaysia tidak pernah sunyi dari perbincangan khas tentang pelajar-pelajar jurusan perubatan. Isu ini tentu akan naik semula setiap tahun. Sama seperti kad raya yang wajib laris bila tiba musimnya, walaupun ia adalah ‘design’ tahun lepas. Sembang tentang kos, tentang tempat belajar, tentang kuota, tentang kelayakan, tentang keperluan negara, tentang tidak mengenang jasa dan macam-macam lagi. Mungkin kerana hangatnya isu ini, sepanjang saya di sini, memanglah tidak sunyi dari menerima kunjungan-kunjungan tetamu kehormat dari Malaysia ke universiti-universiti di rantau barat ini, disertai sesi dialog bersama pelajar. Antaranya Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Pengarah Kesihatan Malaysia, Dekan-dekan Fakulti-fakulti Perubatan Malaysia dan tidak ketinggalan, Tengku Mahkota Perlis!

.

Sebagai seorang pelajar perubatan yang mencecah 3 tahun tersadai di bumi Leprechaun ini, saya sekadar mampu memerhati dan membaca ‘the never-ending story’ ini saban tahun. Saya tahu saya menghabiskan duit rakyat. Saya tahu peluang yang diberi kepada saya amat bermakna. Saya tahu seluruh negara mahukan saya pulang segera. Saya tahu masyarakat Malaysia di sana lah medan saya. Saya tahu nisbah pesakit:doktor malaysia. Saya tahu ganjaran dan cabaran yang menunggu saya di Malaysia. InsyaAllah saya maklum semua itu.

.

Ya, mendengar orang berbincang, bersembang, berbahas tentang kita; tekanannya hebat. Justeru adik-adik saya yang bakal kemari juga telah diasak oleh pelbagai pihak tentang kepentingan menumpukan seluruh tenaga & perhatian terhadap bidang perubatan ini dan pulang secepat mungkin, lantaran besarnya harapan dan keperluan negara terhadap intelek-intelek muda seperti kami.

 ,

Namun anehnya, semua tekanan itu tidak cukup untuk memenuhkan kepala otak saya dengan hal-hal perubatan sahaja. Fikiran saya tetap tidak dapat lari dari memikirkan soal krisis nilai dan krisis di mana letaknya agama yang saya cintai ini dalam hati masyarakat saya. Islam belum berada di tempat yang sepatutnya dalam masyarakat saya yang tercinta. Di mata saya, krisis ini lebih besar dari krisis kekurangan doktor dan ia juga adalah krisis yang mesti difikirkan dan diusahakan secara aktif untuk diselesaikan.

.

Saya tahu saya berkewajipan dan berperanan untuk menyelesaikan masalah kesihatan & masalah kekurangan doktor di Malaysia. Tapi saya merasakan kewajipan saya lebih lagi dari sekadar ini, maka saya mesti berfikir lebih lagi dari sekadar ini, sebabbukankah harapan negara pada saya lebih tinggi lagi sebab saya telah menghabiskan lebih banyak duit rakyat dengan belajar di sini, berbanding rakan-rakan seperjuangan di Malaysia? Jadi saya perlu berusaha membalas jasa ini dengan lebih lagi.

.

InsyaAllah, saya di sini bila tamat pengajian akan jadi Dr. Rakan-rakan saya yang belajar di Malaysia juga akan jadi Dr. Saya dapat ijazah, mereka juga dapat ijazah. Jikalau hasilnya sama saja, alangkah membazirnya menghabiskan RM 1 juta untuk saya! Dengan wang sebanyak itu, tentu banyak lagi cara lain ia boleh dimanfaatkan. Maka, pasti ada dalil yang lebih kuat yang menyebabkan kerajaan memilih jalan ini. Jadi apa sebenarnya yang kerajaan harapkan dari kami? Tentunya ‘not just another doctor’.

.

Jadi saya merasakan saya perlu membawa pulang sesuatu yang lebih dari sekadar ijazah kedoktoran. Pada hemat saya, statistik tentang
‘dalam ramai-ramai pesakit, ada berapa orang doktor’
itu penting, tapi statistik tentang
‘dalam ramai-ramai doktor, ada berapa orang doktor yang membawa risalah Islam’

itu JAUH LEBIH PENTING. Maka saya harus mencari Islam di sini. Saya mesti memburu dan mengaut setiap butiran hikmah dan mutiara-mutiara Islam di sini, serta di bumi mana saja yang Allah takdirkan kaki ini berpijak, kemudian membawanya pulang ke kampung halaman tercinta.

.

Sebab faktor utama untuk kita hidup sejahtera, maju dan terhormat ialah Islam.
Tanpanya, faktor-faktor lain akan hanya menjadi debu yang berterbangan.

Bukti? Amerika punyai banyak ilmuan, doktor & pakar kesihatan, sebut sahaja bidang apa, tapi formula itu nampaknya tidak berkesan dalam memastikan masyarakatnya hidup sejahtera. Amerika punyai ‘crime rate’ paling tinggi di dunia!

.

Then there must be something missing. The puzzle is not complete. ‘Scientific knowledge’ saja tidak dapat memastikan manusia hidup sejahtera. Saya yakin jawapannya adalah Islam. Dan insyaAllah inilah hadiah yang paling utama dan istimewa yang dapat saya bawa pulang untuk membalas segala pengorbanan dan jasa rakyat, untuk ummah yang tercinta, di samping ijazah kedoktoran. Biarlah saya yang menjadi serampang dua mata itu. Ya, menjadi seorang pembawa risalah Islam yang berkarier sebagai seorang Dr. InsyaAllah!

.

ar-rumaisa
24 Rabi’ulAwwal 1427 H
– seorang Islam yang kebetulan Dr, bukan Dr yang kebetulan Islam –

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: