Skip to content

Ticket to heaven

May 25, 2006
tags:

palestineSaya amat terpanggil untuk mencoret mengenai Palestine setelah membaca pesanan khas untuk umat Islam Malaysia dari Dr Khalil Al-Haya, wakil HAMAS yg telah bersusah-payah dtg ke Malaysia baru-baru ini. Dia tidak seperti seorang menteri biasa yang hanya tahu membaca teks yg telah ditaip oleh orang lain. Ucapannya yang begitu ikhlas dari hati telah benar-benar menyentap sanubari saya. Maafkan diriku, Palestine! Aku telah mengecewakanmu!

.

Bait-bait katanya yang pertama saja sudah cukup untuk meluluhkan jiwa saya.

“Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestine…”

‘Alhamdulillah’ – rupanya Dr Khalil sangat bersyukur dapat jadi orang Palestine. Lahir sebagai anak Palestine. Kerana dia merasa bertuah telah terpilih oleh Allah untuk hidup susah di Palestine, bangganya dia dapat menjadi orang yang bertanggungjwb menjaga Masjidil Aqsa kesayangan umat Islam sedunia dari serangan musuh. Tidak sedikit pun dia merasa terpaksa atau kesal atas nasib yg menimpa. Tidak sedikit pun mengeluh. Keberaniannya telah langsung menerbalikkan prasangka saya. Mencabar dan mengetuk pemikiran saya.Ingatkan mereka tiada semangat lagi untuk menempuh hidup yang terlalu perit.

.

Betapa selama ini, kita terasa sungguh bertuah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Selalu berfikir,

“nasib baiklah tak lahir jadi orang Afghan ke, Palestine ke, Somalia ke. Dapat jadi org Malaysia hidup senang & aman.”

Tapi rupanya, kitalah yang sepatutnya cemburukan mereka. Betapa besarnya kurniaan Allah pada mereka, peluang untuk jihad di depan mata. Sedang kita tenggelam dan lena dalam kesenangan. Terasa kerdil berdepan dengan salah seorang pahlawan mereka. Siapalah kita berbanding mereka?

.

Kata Dr Khalil lagi, ini adalah satu kemuliaan. Biar semua pengorbanan ini menjadi bukti di hadapan Allah kelak, bahawa mereka telah bayar harga untuk membeli tiket ke syurga. Apakah yang telah kita bayar untuk ke syurga?

.

Apa cerita Palestine sekarang ni?
HAMAS telah menang undian di Palestine. Kini merekalah pemerintah  Palestine, mengalahkan parti Fatah yg qardhawisebelum ini bersekongkol dgn Zionis membantai rakyat sendiri. Kerana terkejut dgn kemenangan HAMAS, rejim Zionis dgn kerjasama US dan Eropah memberikan tekanan yg sangat dahsyat. Mereka menyekat wang negara dan dana Palestine. Biar kebuluran semuanya. Lantas, serta-merta, Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Yusuf Al-Qardhawi secara rasminya telah mengeluarkan fatwa, sesiapa saja yang merasakan dirinya sebahagian dari umat Islam, maka telah jatuh hukum wajib (Fardhu), untuk membantu kewangan Palestine sekarang. Bukan sunat atau harus atau apa2 yang lain. Saat kita gembira menonton AF4 dan membaca gosip Mawi, Indonesia yang masih merawat parut-parut tsunami itu telah pun mendahului kita, melancarkan kempen besar-besaran peringkat kebangsaan derma Palestine.

***

Saya amat tersentuh hati dengan semua ini. Teramat-amat sayu mengenangkannya. Adakah kita hidup dalam kepompong dgn selesa selama ini? Keluar dan terbanglah menjadi rama-rama melihat dunia! Bumi Allah ini lebih luas dari sekadar kepompong yang gelap & sempit itu.

.

Di akhir ucapannya, Dr Khalil telah mencabar kita..

“Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menjadi penonton sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.”

.

Kata-katanya sungguh menakutkan saya! …kita akan sama-sama menyahut cabarannya. Akan sama-sama berusaha membeli tiket ke syurga. Ayuh! Kutipan derma besar-besaran! Dan pesanan terakhir beliau:

“Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian… Berdoalah juga, agar kita dapat sama-sama solat dalam Masjidil Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar..”

.

Ameen. Moga bertemu di sana…
Jikalau tidak di Masjidil Aqsa, mungkin di syurga. InsyaAllah.

.

ar-rumaisa

25 RabiulAkhir 1427H

Galway

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: