Skip to content

Ahli Fikir Negara

June 30, 2006
tags: ,

streetAlhamdulillah, sangat hepi dpt berada di Malaysia semula. Memang seronok dpt jupe semua orang, dpt pegi pasar malam, dpt main pasir pantai.. susah nak cerita how good it felt to be back. Tapi, tak dinafikan berada di Malaysia ini adalah salah satu ujian paling mencabar bagi diri saya.

.

Hampir sebulan berada di sini, entah apalah yang saya sudah buat. Saya akui, banyaknya perkara dalam masyarakat yang saya cintai ini menyebabkan saya sedih dan kesal melihatnya. Bila kembali kemari, segalanya kembali menerjah fikiran & perkara-perkara yang terlihat memang menyerabutkan kepala. Saya gembira dapat pulang, tapi hati ini tidaklah setenang mana.

.

Suatu pagi di sebuah stesen komuter…

Saya duduk di bangku, menunggu sahabat saya sambil memerhati setiap insan yang lalu-lalang. Sekali-sekala ‘melepak’ seronok juga. Hmm.. bila pandang-pandang, majoritinya, dari segi dressing, fesyen & gaya, sama saja yang Islam atau yang bukan Islam. Sama saja tahap tightness atau proportion of skin & body shape that was put on public display. Bezanya bagi yang Islam, hanyalah sehelai kain jarang yang digunakan untuk menutup kepala. Benar.. orang kata, don’t judge a book by its cover. No, i am not judging them. Saya sedar saya bukan hakim. But i believe ‘Iman itu ialah membenarkan dalam hati, mengucapkan dengan lidah, mengamalkan dengan anggota’ & i believe, Al-Quran yang saya imani sama saja dengan Al-Quran yang mereka juga imani. Thus, saya tahu bukan begitu sepatutnya appearance orang-orang yang seiman dengan saya. & that saddens me so.

.

Suatu petang di sebuah stesen minyak…

Saya melangkah menghampiri sebuah pintu yang mempunyai papan tanda ‘Surau’ di atasnya. Aik? Bermangga?   

“Bang, kenapa surau kunci? Saya nak masuk, nak solat.”

“Adik nak masuk? Alahai.. jap eh, kunci dia kena carik.”

Sebaik saja kunci dibuka, jelaslah yang surau itu memang sudah berzaman tidak digunakan. Kerana itulah ia dimangga. Keluarga labah-labah sudah very established di situ, entah berapa generasi sudah berkampung. Bila dipijak lantainya, boleh nampak cap jari saya sbb memang sangat berdebu. Sedihlah jugak. Kenapa sampai macam tu suraunya? Kakitangan stesen minyak yang kelihatan, nampaknya seperti semua keturunan Melayu, Islam lah most probably. Cumanya rambut mereka bukan lagi kaler hitam. Urmm, mungkin mereka semua balik rumah setiap kali waktu solat. Namun hakikatnya, kemungkinan yang lagi satu juga tidak mustahil…

.

Di sebuah hotel 5 bintang di utara semenanjung…

Saya menatap buku di tangan saya. Masih tidak percaya. Saya bertanya kepada penghuni-penghuni bilik lain yang saya kenali di hotel itu. Ya, buku itu ada di dalam setiap bilik di hotel itu. Bible. Satu-satunya kitab yang ada di setiap bilik. Licik. Sungguh licik. Hotel ni siapa yang punya agaknya?

.

Di dalam kapal terbang MAS…

Sakit hati, sakit mata, tengok pramugari-pramugara Islam sibuk offer minuman keras kepada penumpang-penumpang. Menuangkannya ke dalam gelas dengan senyuman yang paling manis.

Tapi apalah bezanya dengan di 7-Eleven…

Pemuda-pemudi yang sebaya & seagama dengan saya jugalah yang kerja di situ, kedai yang menjual arak pada orang ramai. Bila ada pelanggan membeli arak & bayar, mereka ambil duit & kata ‘thank you!’ dengan senyuman.

.

Untuk menuding jari kesana kemari memang senang. Namun, satu jari menuding ke orang, 4 jari lagi menuding pada diri sendiri. Apa yang telah saya lakukan untuk memperbaiki ummah ini?

.

Bila pergi keluar negara, kita dapat peluang mempelajari banyak benda. Tetapi kita juga dapat peluang untuk berada di tengah-tengah masyarakat yang lain, hidup di kalangan satu umat yang lain. Ia adalah peluang untuk kita memerhati nilai-nilai kemanusiaan mereka, akhlak mereka. Kalau setakat memerhati teknologi atau bangunan-bangunan mereka, apalah gunanya, kerana bukan itu yang mengubah hidup manusia. Kalau pegi sana cuma tengok buku akademik saja, lagilah membazir duit aje.

Kalau tengok gereja mereka, hari-hari biasa memang kosong. Penuh pada hari Ahad je. Apalah beza dengan masjid di sini, yang penuh pada hari Jumaat je. Music craze? WorldCup craze? Di sini dan di sana… sama saja.

.

Benar, masih ada banyak perkara yang kita di sini berbeza dengan mereka.

Negatif:

– Mereka pemabuk (Tapi takleh abaikan gak statistik M’sia yang menunjukkan di kalangan pemabuk2 M’sia, org Islam Melayu yg paling ramai – diakui Mufti Perak)

– Broken family

– Excessive freedom (ckp/pakai apapun/x pakai apapun.. tak siapa marah)

Positif:

– Pemandu mereka lebih berhemah (M’sia pegang rekod accident rate yg ke2 tertinggi di dunia)

– Mereka beratur naik bas/komuter

– Punctual (kalau aturcara majlis tulis start pkul 9am,mmg betul majlis start kul 9am, not 1 hour later)

.

Dan banyak lagi persamaan mahupun perbezaan yang sebenarnya tak mampu untuk saya sebutkan di sini. Tak berniat untuk menyanjung atau merendahkan sesiapa.. sekadar ingin bersuara, menceritakan apa yang terbuku di hati. Sudah tiba masanya untuk kita berfikir lebih dari sekadar untuk diri sendiri, untuk lebih peka & sensitif dengan keadaan masyarakat, untuk fikir & buat apa yang kita boleh untuk memperbaikinya. Kalau bukan kita yang muda2 & berpendidikan ini yang tolong jadi Ahli Fikir Negara, who else? If we don’t conciously decide our future, our enemy would be happy to decide it for us..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Raad: ayat 11)

.

4 Jamadil Akhir 1427H

Shah Alam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: