Skip to content

Eid Mubarak!

October 27, 2006

Eidmubarak

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya semua!

Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza bagi diri saya. Tahun ini, barulah terasa betul-betul apa ertinya beraya di perantauan.. walaupun last raya kat Malaysia thn 2002 dulu. Selalunya, saya menyambut Aidilfitri yang sangat meriah di Galway. Kat Galway, malam raya, semua sahabat2 malaysian muslimah akan kumpul 1 house untuk takbir sama-sama & bermaaf-maafan (kami taklah seramai mana – muat nak longgok semua orang dlm 1 rumah). Pagi-pagi selongket dapur untuk jamah sikit2 nasi impit instant sebelum rush untuk join takbir + solat raya kat basketball court dlm community centre (sbb sini takde masjid), dengan budak-budak lari-lari atas sejadah, jumpa orang Islam dari pelbagai bangsa & negara, masing-masing dengan pakaian tradisi yang macam-macam jenis, fesyen & warna. Orang melayu dgn kurung & kebaya, orang pakistan dgn baju punjabi, orang arab dgn jubah, orang nigeria dgn…(alahai tatau apa nama baju diorang). Ponteng kelas pun pontenglah.

.

Tapi untuk tahun 1427 Hijriah ni, 29 Ramadhan yang lalu, saya terpaksa meninggalkan kampung Galway tercinta, menuju ke Sligo untuk menjalani attachment di Hospital Sligo selama 2 minggu. (Sligo ialah salah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara negara Ireland). Yang kurang bestnya, kene pegi Sligo sorang-sorang, 2 hari sebelum raya!

.

Menjelang 30 Ramadhan, saya masih tak nampak-nampak lagi any muslims dari Malaysia kat Sligo. Adalah terjumpa beberapa doktor-doktor muslim Arab di hospital. Tapi saya diberitahu malam raya nanti mereka semua cabut pegi Dublin untuk sambut raya di sana dengan keluarga masing-masing. Tinggal le saya kat Sligo. Sedihla jugak. Pada malam 1 Syawal, buka-buka peti ais pun, tengok ada sayur & ikan tuna dalam tin je untuk dimakan pada pagi raya nanti.

.

sghPada pagi 1 Syawal, the only thing that makes me feel ‘Raya’ is just my very own  voice making Takbir! Dan dalam kesejukan & kegelapan pagi itu, sambil berjalan kaki, saya bertakbir sendirian sampailah tiba ke pintu masuk hospital. Anehnya, tiba-tiba timbul rasa puas hati dapat memuji-muji Allah, mengagung-agungkan dan meninggi-ninggikan Allah pada pagi yang penuh barakah itu. Terasa kehadiran Allah ketika keseorangan. Dan saya mampu tersenyum.

.

Sligo memang agak sunyi dari orang Islam. Tiada masjid di sini & kat hospital pun tiada bilik untuk solat. Tapi apalah sangat kesunyian menyambut Aidilfitri di Sligo nak banding dgn dugaan yang dialami umat Islam di tempat-tempat lain? Takkan sunyi sikit pun nak nangis? Agak-agaknya, cemanalah saudara-saudara saya dekat Iraq, Palestine, Afghan sana sambut raya?

.

Berbahagialah mereka yang Allah telah redha kepadanya, mengampuninya semasa Ramadhan & sudi pula melimpahkan rahmat ke atas dirinya pada 1 Syawal hari kemenangan itu. Khas buat para graduan cemerlang dari ‘Akademi Ramadhan’, Salam Aidilfitri dari rantau Sligo,Ireland. Atau mengikut ucapan orang-orang Arab – EID MUBARAK!

p/s: and of course, slamat pose 6 =)

.

3 Syawal 1427H

Sligo.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: