Skip to content

Bidadari

November 20, 2006

Beit Hanun,Semenanjung Gaza – wanita-wanita palestin memberanikan diri merempuh medan helikopter penembak Israel Jumaat lalu, 3 November 2006 demi menyelamatkan 15 orang pejuang Islam yang telah dikepung oleh tentera Israel di dlm sebuah masjid di utara Gaza, dengan menjadikan diri mereka sebagai perisai (human shield).

.

Sekitar 200 orang wanita palestine telah menyerbu masuk ke masjid Al-Nasr untuk menyelamatkan pejuang-pejuang yg tercedera dan terperangkap di situ sejak 2 November. Mereka berjaya membawa keluar pejuang-pejuang itu tanpa seorang pun di kalangan pejuang itu dapat dilihat dari jauh kerana dikelilingi dengan rapi oleh wanita-wanita itu. Menyedari usaha itu, tentera Israel melepaskan tembakan untuk meleraikan mereka, tetapi tidak berjaya, walau di kalangan mereka ada yang terbunuh dan tercedera.

.

“Kami mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan anak-anak lelaki kami,” kata Umm Muhamad, seorang wanita 40-an selepas terbabit dalam usaha menyelamat yang berani mati itu.

“Ratusan wanita kami bersama-sama menyerbu masuk masjid untuk mengeluarkan para pejuang dan mengelilingi mereka dengan rapi untuk melindungi mereka.” kata Nidaa al-Radih yang berusia 21 tahun.

.

Berita dipetik dari

http://www.islamonline.net/English/News/2006-11/03/01.shtml

***

Alangkah beraninya mereka! They are women, they are my sisters, they are my age and they are great! Semoga Allah memberi setinggi-tinggi ganjaran yang selayaknya kepada setiap seorang dari mereka, terutama buat para syahidah yang menghadap Tuhannya pada hari itu…

.

Sungguh ini bukanlah kali pertama kita mendengar tentang keberanian wanita Islam di medan juang. 1400 tahun lalu Nusaybah telah membuktikan keberaniannya dalam peperangan Uhud, dengan membuat perkara yang sama, menjadi human shield untuk melindungi Rasulullah s.a.w. dari tetakan pedang musuh. Ketika itu barisan umat Islam sudah terlerai dan ada yang lari bertempiaran. Tetapi Nusaybah tidak berganjak. Kalau hendak tetak, biarlah yang ditetak cuma diriku saja, jangan sampai terkena Rasulullah.

.

Bagaimana pula dengan Khadijah? Yang berani mengorbankan segala apa yang dimilikinya dalam dunia hanya supaya Islam dapat tersebar? Dari seorang wanita bangsawan yang millionaire…Khadijah langsung menjadi papa kedana! Tapi Khadijah tak pernah kisah, tak pernah menyesal.. malah, dia bahagia. Khadijah meninggal dunia dalam keadaan yang sangat kurus kering lagi dhaif. Tapi kita semua pun tahu, Khadijah akan jadi penghulu bidadari-bidadari, ketua wanita-wanita ahli syurga…

.

Fairy tales? No. Percaya atau tidak, itulah sejarah kita, sejarah wanita-wanita Islam yang berani lagi hebat. Wanita-wanita yang dimuliakan dengan Islam pastilah bukan calang-calang orangnya. Perempuan-perempuan yang dididik dengan Al-Quran tentulah akan berbeza dari yang lainnya.

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan lain, jikalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu usahlah kamu lunak manja dalam berbicara hingga menimbulkan keinginan orang yg ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik (sesuai & sopan).” (Surah Al-Ahzab: ayat 32)

.

Ya, kita berbeza. Seharusnya berbeza. Usahkan hendak menjadikan kecantikan diri sebagai bahan pameran, hendak memanja-manjakan suara pun kita tidak tergamak melakukannya. Kerana Allah sudah angkat darjat kita. Sudah memuliakan kita. Harga diri seorang perempuan Islam terlalu dijunjung tinggi. Allah mahukan perempuan Islam sentiasa terpelihara dari anasir-anasir jahat dan kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh merosakkannya. Setiap inci jasad kita terlalu cantik dan mahal untuk dijadikan tontonan umum. Seolahnya Allah telah berkata, jangan menyerahkan apa-apa pun, selagi lelaki itu tidak berikrar dengan Allah untuk menjagamu sepanjang hidup.

.

Dan sejarah telah banyak membuktikan, bukanlah perempuan-perempuan mulia yang bertutup-tutup segalanya itu penakut lagi lembik! Tidak pandai berdikari atau disibukkan dengan hal-hal remeh. Hakikatnya, bila sampai masanya, mereka boleh bangkit menjadi pahlawan, turut berjuang, jatuh bangun, sama-sama berkorban bermati-matian untuk agama yang telah memuliakan mereka.

.

Dan kini, kitalah pengganti mereka. Kitalah calon-calon bidadari syurga itu. Bagi kita yang hidup di tahun 2006 ini, di negara-negara yang bebas dari peperangan dan kesulitan, apakah kita tiada peluang macam mereka untuk membuktikan kehebatan kita? Allah itu kan Maha Adil. Bahkan, dunia kita hari ini lebih mencabar lagi. Medan jihad bagi perempuan macam kita sekarang bahkan lebih luas lagi! Tarik nafas, dan bukalah matamu..

.

Lihat saja di sekeliling, betapa ramainya saudara-saudara kita yang memerlukan kasih-sayang dan bimbingan kita agar dapat melihat cahaya kebahagiaan dlm Islam? Begitu ramainya yang sedang terkapai-kapai malah sedang lemas dalam lumpur jahiliyyah. They are none other but our dearest sisters in this Deen. Tapi kasihan mereka…….

.

Mereka mangsa keadaan. Hilang identiti Islamnya, lupa asal-usulnya.. dari tanah saja, tak bernilai pun, yang tidak lain tidak bukan, Allah jugalah yang menjadikan. Mereka terlupa bahawa dulu, sangat ramai yang telah menderita & syahid semata-mata supaya kita hari ini dapat dengar apa itu Islam.

“Maka apakah kamu menyangka, bahawa Kami menciptakanmu secara main-main (saja)? dan kamu tidak akan dikembalikan kpd Kami?” (Surah Al-Mukminun : ayat 115)

.

Mungkin kita juga pernah menjadi di kalangan mereka. Jadi kerja siapa lagi untuk menyelamatkan mereka kalau bukan kita? Kadang tu bukan perlu toleh jauh-jauh sangat, sekadar di sebelah saja untuk menarik kawan-kawan kita, sekadar di sisi kita saja untuk membimbing adik-adik kita. Bukankah hati kita penuh dengan kasih-sayang untuk mereka, dan doa kita panjang menyebut nama-nama mereka? Walaupun kita perempuan, hakikatnya peranan kita sangat besar, kerja kita sangat banyak. Seperti mana wanita-wanita Palestine tadi terasa kemestian untuk menyelamatkan pejuang-pejuang Islam di Gaza, walau terpaksa menyabung nyawa… begitulah kita! Kalaulah mereka semua terpaksa berkorban begitu sekali, tidak mungkin kita boleh berehat saja dan mengharapkan syurga yang sama seperti mereka? Itu medan jihad mereka. Dan ini medan jihad kita…

.

Kerana imaan itu bukan angan-angan, Doa juga bukan sekadar ucapan, tapi perlu disertakan usaha dan pengorbanan yang tidak bertepian…

.

Jika tidak sekarang, bila lagi?
Jika tidak kita, siapa lagi?
Jalan ini bukan jalan pilihan
Yang pasti…kita adalah insan terpilih..
.
My dearest sisters, I did this because of love, I said this because I care..    and I make Du’a to meet again each and everyone of you, there in Jannah. And may Allah reward all our sincere deeds. Ameen.
.
.
.
.
ar-rumaisa
28 Syawwal 1427H
Galway
.
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”
(Hadith Riwayat Muslim)
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: