Skip to content

a windy lesson

December 4, 2006
tags:

UntitledSeperti biasa, mata saya akan layu sebaik saja melangkah masuk ke dalam kapal terbang. Tambahan pula, kali ini saya tak dapat tempat duduk di tepi tingkap untuk menikmati pemandangan langit dan tiada pula teman berbual.. cukup syarat untuk saya tidur!

.

Saya terlelap. Saya terjaga apabila merasa kapal terbang itu bergoncang. Fenomena biasa. 11.45am. Dah nak landing rupanya. Lagi 10 minit. Saya dapat merasa kapal terbang itu makin rendah dan rendah. Titis-titis air mengalir laju di luar tingkap. Hujan. Saya dengan sabar menantikan gegaran yang biasa saya alami, petanda apabila kapal terbang itu telah mencecah bumi.

.

 

Hmm.. tapi hari ini macam rasa terlebih kuat pula goncangan kapal terbang sebelum landing. Secara spontan, saya pantas memegang kuat kerusi tempat duduk saya. Bibit-bibit takut mula terbit sedikit. (Selalu tak macam ni. Ke perasaan aku je yang lebih?) Tak semena-mena, tiba-tiba terdengar bunyi enjin kapal terbang yang kuat dan kapal terbang itu lantas berubah arah untuk naik semula dengan laju ke udara. Eh, tak jadi landing??

.

Wind20sock“Good afternoon ladies and gentlemen. This is your captain speaking.  Due to the bad weather and very strong wind, it is extremely dangerous to land in Dublin Airport at this moment. We will try to land again soon. Please fasten your seat belt and we apologize for the inconveniences.”

.

Hati saya da rasa tak best. Pesawat itu memecut naik ke udara, bergoncang-goncang sekehendak angin dan berlegar-legar tanpa tujuan, unable to land. Setengah jam kemudian, percubaan mendarat buat kali kedua dilancarkan. Sebaik saja pesawat lebih rendah dari awan, ia bergoncang makin hebat dan pemandangan di luar sangat suram. Ribut. Apabila keadaan makin tidak selamat, halfway down, pilot itu terpaksa mengambil keputusan untuk memecut semula ke udara. The second attempt to land failed.

.

Keadaan dalam cabin mula bising. Saya sudah hilang mengantuk! Rasa takut mula menguasai diri. Fikiran saya melilau. Saya mula menghitung-hitung nawaitu saya semasa keluar rumah tadi. Berfikir dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh ..

Ish, ape niat aku keluar rumah tadi eh?! Kot-kotnye mati dalam perjalanan ini, biarlah dalam redha Allah! Ya Allah..tadi keluar rumah aku pasang niat ape?! Huhu.. aku keluar tadi dalam hati untuk ape…

Baru teringat Subuh tadi solat lewat, baru terfikir itu dan ini. Daripada asyik tidur sepanjang flight, langsung berubah kepada mengulang-ngulang doa supaya selamat & zikir tak habis-habis pada Allah. Baca ayat kursi tak sudah-sudah.

.

Ada penumpang yang menyumpah-nyumpah cuaca yang tidak baik itu. 
(By the way, who are they cursing? The Creator & Commander of the universe? Now?! When we need His mercy so much?? Aduh marahnya saya pada orang-orang ni!! PLEASE always watch what we’re saying..next time bila hujan/cuaca tak seperti yang kita mahu, jgn sekali bersungut!)

.

Setelah berlegar-legar sekian lama di udara, the 3rd attempt to land was taken. Kata pilot, kalau tak berjaya juga, dia akan divert penerbangan pegi Belfast Airport and hopefully the weather there is better for landing. Belfast? Jauh tu dari rumah saya di Galway. Selangor-Kelantan tu layaknya. Tapi saya sudah tidak peduli. Dapat jejak kaki ke tanah dengan selamat pun saya akan sangat bersyukur.

.

Plane_1Semua penumpang senyap semasa percubaan ketiga untuk mendarat.  Alhamdulillah, Allah mengizinkan, walaupun bergoncang hebat, pesawat yang saya naiki berjaya mendarat di Dublin Airport petang itu! Bertepuklah dan bersorak kelegaan semua penumpang-penumpang lain sebaik saja pesawat berjaya mencecah bumi.

.

Apabila masuk ke terminal airport, bangunan itu rupanya sudah sangat sesak dengan manusia-manusia yang terkandas. Barulah saya tahu bahawa pesawat saya adalah di antara beberapa pesawat yang berjaya mendarat di situ petang itu. Penerbangan lain majoritinya tidak berjaya mendarat dan terpaksa ubah destinasi ke tempat lain kerana angin yang sangat kuat dan membahayakan. Mana-mana penerbangan yang belum bertolak hampir semuanya dibatalkan. Bukan delayed, tapi cancelled.

.

Itulah kita manusia…

Apabila takut, terasa nyawa terancam, masa terdesak, baru ingat pada Allah, baru rasa insaf datang mengetuk bertubi-tubi.

Lebih kita rasa takut, akan lebihlah kita terasa kerdil, baru kita akan bertaqwa… baru kita sedar betapa powerless nya kita sebenarnya untuk menghalang kehendak Allah.. tidak kiralah teknologi secanggih manapun, kepandaian kita sehebat manapun.

.

Kerana itu Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sepandai-pandai manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana.”

.

Yes, it makes sense. It makes perfect sense.

.

13 Zulqai’dah 1427H

~safe in Galway

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: