Skip to content

Sacrifice

December 31, 2006

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Walillaahil hamd!

1 AidilAdha sudah berlalu. Tinggal 2 hari saja lagi masa yang kita ada, yang kita diizinkan untuk bertakbir, melaungkan kalimah-kalimah agung itu. So don’t waste time okay! Lagipun, memang diri sendiri pun akan lebih terasa raya bila takbir terus-menerus bergema, bila puji-pujian untuk Allah itu terus-menerus kedengaran di telinga(especially untuk mereka yang seperjuangan dgn saya di perantauan).

.

Di sini suka saya untuk meletakkan maksud takbir yang insyaAllah sentiasa bermain di bibir kita sepanjang 3 hari yang istimewa ini.. moga bila paham, akan makin melekat, makin bersemangat dan makin menyentuh hati bila menyebutnya!

.

Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!

Tiada Ilah melainkan Allah, Allah Maha Besar!

Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji!

Allah Maha Besar,

Dan segala puji bagi Allah dengan sebanyak-banyaknya!

Dan Maha Suci Allah sepanjang pagi & petang!

Tiada Ilah melainkan Allah,

Dan tidaklah kami beribadah melainkan kepadaNya

Dengan ikhlas kami beragama semata-mata kepadaNya

Walaupun orang-orang kafir membenci.

Tiada Ilah melainkan Allah

Yang Esa, Yang benar janjiNya, Yang menolong hambaNya

Yang memenangkan tenteraNya

Yang menghancurkan musuh-musuhNya dengan sendiri.

Tiada Ilah melainkan Allah dan Allah Maha Besar!

Allah Maha Besar dan bagiNya segala puji!

.

kambin1 Takbir itu rupanya begitu dalam maksudnya. Selalunya tak fikir apa sangat masa sambut AidilAdha. Bagi pelajar Malaysia di Ireland, inilah masanya menunggu daging kambing-kambing korban dihantar ke depan pintu rumah kami oleh pak-pak arab yang melaksanakan ibadah korban. Mungkin kerana kami di sini are considered amongst the low income group. Barulah merasa makan kambing, selalunya makan ayam saja sbb itu yang paling murah. Alhamdulillah,thank you! May Allah give the best reward kepada mereka yang berkorban, kasi kat kitorang pulak tu.. dan tak lupa,doa buat jutaan saudara-mara saya yang menunaikan Haji di Baitullah sana!

.

Tapi sekarang saya nak ajak sahabat-sahabat fikir kejap apa maksud korban/sacrifice. Kalau ingat-ingat balik, rasanya Ismail yang masih muda, mentah dan budak-budak lagi tu memang dah buat keje hebat la bila izinkan ayah dia, Nabi Ibrahim yang dia dah lama tak jumpa, untuk sembelih leher dia. Dan akhirnya Allah ganti dia dgn seekor kibasy! Moral of the story? Allah pasti tidak akan mensia-siakan pengorbanan hambaNya yang ikhlas. Ya, dengan syarat.. ikhlas! Tade campur-campur dengan niat lain, kecuali untuk carik redha Allah, Lillahi Taala. Pasti akan dibalas dengan sebaik-baiknya.. tinggal lagi, hambaNya tu sanggup tak sanggup jer nak korban apa-apa.

.

Hmm, kita harini kadang tu nak sacrifice credit handphone untuk member yang mungkin sedang memerlukan pertolongan buat call pun… pikir 2 kali. Sacrifice time tengok citer kesukaan kat tv untuk teman & tolong member gi kedai beli barang.. huhu. Sacrifice masa tidur weekend untuk hadir apa2 majlis yang bermanfaat? Pikir 10 kali! Belum minta sacrifice nyawa untuk Allah lagi macam Nabi Ismail..

(peringatan untuk semua termasuk diri sendiri)

.

Yup, bagi diri saya, AidilAdha membawa pengertian dan perasaan yang berbeza dari Aidilfitri. It teaches about sacrifice, about konsep Lillahi Taala, about being unselfish, about being there whenever needed by people around us and most importantly.. doing it all, just to seek pleasure of none other except Allah alone. Wakafkan diri untuk Islam seperti Ibrahim & Ismail…

Allahu Akhbar!

.

~Salam AidilAdha

11 Zulhijjah 1427

Galway.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: