Skip to content

on guard!

January 23, 2007

Assalamualaikum, dah lama rasanya tak mencoret kat sini. Banyaknya benda yg terfikir, yang berlegar di minda, yang nak dikongsi, tapi selalunya tak terluah, tak tersampai pada orang lain. Betullah..

Medan fikir itu lebih luas dari medan cakap,

medan cakap itu lebih luas dari medan amal,

medan amal itu lebih luas dari medan jihad,

dan medan jihad itu lebih luas dari medan jihad yang muntij.

.

Baru-baru ni saya ada dapat satu forwarded message drpd seorang sahabat:

Syirik lyrics from Black Eyed Peas!!!
Semua orang mesti tahu lagu “where is the love” nyanyian black eyed peas kan,tau tak dalam senikata dia ada satu rangkap yang bleh membawa korang kepada syirik tanpa korang sedari. Rangkapnya…
“father,father,father,help us”
“send some guidence from above”
Astaghfirullahala’zim… ayat ni memohon bantuan daripada bukan Allah. Bila kita mintak tolong daripada selain Allah, kita akan dikira sebagai syirik, aku tak nak kawan-kawan seagama aku syirik tanpa disedari. Harap boleh fowardkan pada sahabat2 semuslim yg lain…. “Asy’hadu Alla illah ha illAllah,wa Asy’hadu anna Muhammadur Rasullullah…” tlg hantar kat org islam yg lain ye. jgn lupa.

.

Album_bepTahniah buat kawan2 yg peka lagi prihatin dalam isu ini dan sudi menyebarkan untuk manfaat umum. Betul, kita memang kena hati-hati, perhati sikit apa yang kita nyanyi, watch out what we’re saying. Yes,lagu Where Is The Love tu songsang liriknya – mengajak kita meminta tolong kepada selain Allah…..

.

.

TAPI…

.

Bagaimana pula dengan lagu lain? Yang sama atau mungkin lebih dahsyat liriknya? Yang mengajak bercium? Yang mengajak kekasih bertemu? Yang sangat-sangat mengajak pendengar supaya khayal dan hanyut dalam angan2 memikirkan insan yang berbeza jantina? Atau pendek kata, yang mengajak ke arah zina?

.

Bersepah kan lagu-lagu cinta picisan seperti ini? Yang terang-terangan mengajak zina pun banyak. Sudah lali kah telinga kita? Manakah peringatan-peringatan dan warning-warning sepertimana terhadap lagu Where Is The Love tadi? Ke hati kita sudah rasa ‘orait je’ lagu-lagu ini? Atau jiwa kita sudah tumpul dari men’detect’ seruan-seruan batil ini?

.

Kita selalu cepat tersinggung, cepat sensitif bila isu yang dicuit tu secara direct menyentuh hal aqidah. Walaupun tak buat dgn sengaja, kita cepat sedar. Alhamdulillah. Tapi bagaimana pula dengan lagu-lagu lain berunsurkan hawa nafsu yang bersepah-sepah skrg? Yang menjadi halwa telinga remaja muslim 25 jam sehari?

.

Pada pandangan saya, lagu-lagu seperti ini pada hakikatnya jauh lebih besar kesannya. Lagu-lagu hawa nafsu dan cinta picisan ini… sangat-sangat besar pengaruhnya dalam budaya & gaya hidup pemuda-pemudi Islam. Didengari dgn penuh sedar, kadangkala dilaksanakan suruhan liriknya dgn penuh sengaja. Walau tidak mengajak syirik terus, tapi ia nyata meleburkan iman.

.

Saya teringat, kita pernah disapa oleh fenomena yang sama tidak lama dahulu. Bila orang lukis kartun menghina Rasulullah s.a.w., ramainya yang melenting. Bila hinaan itu direct, pantas kemarahan itu bangkit. Namun, kajian menunjukkan 80% umat Islam Malaysia mengabaikan salah satu dari sunnah Rasulullah yang terbesar : solat 5 waktu.

.

Bukan nak menuding jari pada sesiapa. Bukan juga nak mempersoalkan kenapa. Cuma nak mengajak saudara-saudara seislam saya berfikir. Juga sebagai peringatan kepada semua termasuk diri saya sendiri. Serangan musuh itu halus dan tipu-helah syaitan itu banyak. They are experts!

Maka pertahanan kita mesti kuat. Mesti selalu waspada. Jangan sengaja expose diri kita kepada apa2 anasir jahat yang memang sentiasa mencari-cari peluang mengalahkan kita untuk meleburkan iman kita. Sebab iman & islam itu nikmat Allah paling berharga yang kita ada.

So brothers & sisters… guard your imaan!

.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam kedamaian Islam secara total, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah:ayat 208)

.

ar-rumaisa

4 Muharram 1428H

Galway

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: