Skip to content

A job for 1 billion people

February 1, 2007
tags:

sports-hallAwal tutorial Paediatrics habis. Baru pukul 3 ptg. Selepas  kepala berasap menghadam tentang immunodeficiency di kalangan kanak-kanak, dan hari juga masih cerah, rasa malas pula nak balik rumah terus. Langkah kaki dihayun menuju ke Aras Na Mac Leinn, tempat exhibition Islamic Awareness Month sedang berlangsung di universiti.

.

Saya mengambil tempat di salah satu booth tentang The Quran. Seperti mana tahun-tahun lalu, bagi diri saya, pengalaman menganjurkan pameran islam dan menjadi org islam yang menunggu di tapak pameran untuk menjawab setiap soalan yg terlintas di kepala pengunjung adalah pengalaman yg mahal dan begitu berharga! Apatah lagi di bumi Ireland ini, di mana rata-rata rakyatnya mempunyai pengetahuan ttg islam yang amat cetek, dan tidak segan-segan pula untuk bertanya atau menghujani kita dgn soalan pelik yg entah dari planet mana datangnya.

.

pameranBila pameran memperkenalkan islam seperti ini dianjurkan, kami seolah membuka medan bagi org2 irish ini untuk memperkatakan ttg sesuatu yg mungkin jauh sekali dari menjadi topik perbualan harian mereka, iaitu ttg Agama. Dulu-dulu, saya suka sekali untuk bertanya kepada setiap yg mendekati saya, agama apa yg dianutinya, tapi lama-kelamaan, saya belajar untuk bertanya soalan ini terlebih dulu… Do you believe in God?

.

Sebab ramai rupanya yg tidak percaya wujudnya Tuhan. Bila diminta pendapat ttg siapa yg mencipta, maka jawapannya.. ini semua dah memang hukum alam (nature’s law), atau evolution, atau wujudnya kita ini hanyalah satu kebetulan. Semua jawapan pun mesti ikut Sains saja. Dan oleh kerana Sains tak dpt menjawab siapa pencipta, tapi sekadar boleh menceritakan bagaimana sesuatu itu dicipta, proses-prosesnya, maka pemikiran mereka terhenti setakat itu.

.

Ya, untuk menjawab soalan siapa yang mencipta, kenapa kita dan alam semesta ini dicipta …semua itu memerlukan wahyu. Akal kita tak sampai untuk fikir sendiri. Maka Allah pun terus menjawab soalan ini dalam wahyuNya yang pertama:

“Bacalah dgn nama Tuhanmu YANG MENCIPTA. Yang mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dgn kalam. Yang MENGAJAR manusia apa yg tidak diketahuinya.” (Surah Al-Alaq: ayat 1-5)

.

Hmm, betullah. Allah yang ajar kita. Kalau Dia tak ajar, apapun kita tak tahu. Tak usahlah lupa diri kalaupun ada PhD. Kalau orang yg percaya wujudnya Tuhan pula, jawapan mereka pada soalan siapa pencipta ialah… ya,wujudnya satu kuasa yg maha hebat. Tapi nak sembah ke tak, perlu sembah ke tak, cemana nak sembah ke ape ke… itu semua lain cerita!

“What is your religion?”

“Well,i’m a Christian… in my own way!”

“What do u mean in your own way?”

“I don’t believe in trinity, i don’t believe in Jesus, i don’t believe in Mary..”

Haih, pening jugak kepala saya. Maknanya orang ni buat agama dia sendirilah. Islam pun bukan, nak kata Christian pun bukan. Agama suka hati.

.

Dan kebanyakan mereka rasa agama ni satu hobi je. Nak pecaya pun boleh, tak pecaya pun boleh. Tak kacau hidup dia sikit pun. Dia hidup je, makan je, tidur je, dpt PhD, dpt keje, dpt gaji… dan baik jelah pun. Takdela masuk penjara ke ape. Moga jangan ada org islam juga yg fikir macam ni. Mungkin pecaya je pada Allah, tapi agama ini masih hanyalah satu hobi atau pun ikut minat. Tak minat tak apelah. Menjalani hidup ikut acuan sendiri dan undang-undang buatan sendiri. Maka Allah sambung lagi firmanNya dalam surah yang sama:

“Ingatlah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampau. Kerana dia melihat dirinya serba cukup.” (Surah Al-Alaq: ayat 6-7)

.

Kami pernah edarkan sikit questionaires pada org2 irish, sekadar nak tahu sejauh mana mereka tahu pasal islam, dan jwpan mereka kadang2 mmg kita tak terfikir langsung.

-Who is Muhammad? He is Allah.

-What is the first thing that you think when you hear the word ‘muslims’ ? Kebab.

.

Dan antara soalan-soalan yang selalu diajukan kepada saya..sujud1

“Why do u wear the hijab?”

“Is it true that when you pray,you put your forehead on the floor? Like really really put it down on the floor?? Oh wow…”

Selain tudung, soalan pasal sujud ni mmg banyak kalilah dapat. Mereka mmg sangat kagum kita solat macam tu. Merendah dan menghinakan diri sendiri sampai macam tu sekali di hadapan Tuhan yang kita percaya dan kita sembah. Masa mula-mula saya ditanya soalan tu, saya rasa sedih pula memikirkan kenapa kadang-kadang kita tak terfikir pun pasal benda tu, kadang tak rasa apa-apapun masa sujud. Sedangkan bagi mereka yang melihat dari jauh, ia satu perbuatan yang dikagumi.

.

peopleDalam dunia harini ada lebih kurang 5 billion orang. Dalam 5 billion manusia itu, 1 billion adalah saudara saya – muslims. Kalau 1 org boleh present islam dgn baik pada 4 org, satu dunia akan kenal apa itu islam sebenarnya. Nak terima atau tak tu lain kes. Bersihkan hati. Kita buat je kerja kita dulu, target untuk memperdengarkan kebenaran, bukan untuk tukarkan agama sesiapa. Hidayah itu Allah yang beri. Kalau kita menceritakan ttg islam kpd orang islam sendiri juga begitu. Dah buat kerja, kita doa. Dengan itu insyaAllah kita takkan frust, takkan penat, takkan menyesal walaupun jika tiada apa-apa perubahan berlaku, sebaliknya akan fikir cemana utk memperdgrkan kebenaran dgn lebih baik lagi. Petang itu, selepas kami tutup pameran, seorang lelaki irish dtg menghampiri dan bertanya,

“How many Irish did you convert today?”

“We don’t aim to convert anyone, we are here just to present Islam.”

.

ar-rumaisa

13 Muharram 1428H

Galway

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: