Skip to content

Things i learn from the newborn

February 17, 2007

babyIt is coming to my 6th week rotation in Paediatrics. Best juga Paediatrics ni, atau senang cakap – ‘The Baby Doctor’. Hari-hari dapat main dgn baby comel dan kanak-kanak. Cumanya memang sangat meruntun hati bila tengok budak-budak sakit. Kesian sangat. Yang kelakarnya, kanak-kanak ni baru sihat sikit je, dah terus ingat nak main! Dah sibuk tarik ibu ajak pegi Playroom dalam wad tu. Heretlah segala tiub-tiub yg melekat di badan tu sekali. Kasihan pun ada, nak senyum pun ada!

.

Ada masa-masanya saya akan sangat sakit hati bila bayi yang dimasukkan ke hospital itu jatuh sakit kerana dia lahir kepada seorang ibu yang perokok. Atau sakit dijangkiti virus kerana ibunya mengamalkan pergaulan bebas. Kadang-kadang saya pergi tunggu dekat bilik bedah, join doktor untuk check bayi-bayi yg dilahirkan secara Caesarean Section pada saat-saat pertama hayat mereka. Bila melihat wajah-wajah suci mereka, rasa tenang di hati seketika. Diikuti dengan perasaan sayu. Saat itu, saya terasa kita semua ni sama saja, makhluk Allah yang tidak punya apa-apa. Hadir ke dunia dengan tangan kosong sehelai sepinggang dan bila pulang ke pangkuanNya juga begitu.

.

babiesCumanya, sebahagian dari kita, tanpa berbuat apa-apapun, atas rahmat Allah, telah terpilih untuk dapat nikmat yang sangat besar, iaitu lahir sebagai zuriat orang Islam. Katakan dalam satu wad bersalin tu, dalam sehari, ada 20 orang bayi lahir. 19 orang bayi lahir sebagai anak orang Kristian, tiba-tiba 1 orang bayi di katil sebelahnya telah Allah pilih untuk lahir kepada seorang ibu yang beragama Islam. Maka Islamlah dia. Dan Kristian pulalah bayi lainnya kelak. Bernasib baikkah kita dan bernasib malangkah mereka? & is that it?

.

Bayi-bayi itu tidak bersalah. Kalau itu sahajalah basis yang digunakan untuk menentukan akhirnya siapa masuk syurga, dan siapa masuk neraka.. maka zalimlah. Tetapi kita semua pun tahu, Allah MAHA ADIL. Maknanya, mesti ada perkara yang lebih besar yang diambil kira dalam perhitungan itu. Maknanya Allah tidak pilih penghuni syurga dan neraka berdasarkan keturunan, atau hanya berdasarkan aqidah & iman yang cuma ikut-ikut, tampal-tampal, tepek-tepek dan paksa-paksa. Iman yang bukan lahir, tumbuh sendiri dan berakar umbi di dalam hati yang bersih.

.

Iman seperti itu tidak dapat diwarisi. Jangan ingat ‘kita lahir sebagai anak orang islam, maka kita dah settle.’ Seolah kita sudah tidak perlu bersusah-payah sehabis daya untuk mencari kebenaran dan discover islam. Macamlah mereka yang bukan islam saja yang mesti berusaha untuk find the truth. Tidak. Tanggungjawab itu ada atas bahu semua orang! Kita yang islam ini juga wajib mencari kebenaran. Masa bayi dan kanak-kanak, kalau kita tak tahu, bolehlah nak salahkan ibu ayah.. sebab mereka tak ajar. Tapi sekarang sudah baligh dan sudah dewasa. That excuse is invalid.

.

Bukanlah nak kata kita ini masih belum jumpa kebenaran, perlu terus mencari sebab tidak yakin dengan islam. Bukan begitu. Cumanya, iman kita ni turun naik dan kalau tidak ditop-up dengan bukti-bukti dan hujah-hujah dan baja-baja yang secukupnya, ia boleh turun menjunam-junam dan berkurang-kurang hingga jadi senipis kertas! Dalam keadaan begitu, sesiapa attack pun kita akan tumpas. Lepas tu keluarlah berita suratkhabar gejala murtad mencecah 100 000 orang di Malaysia dalam setahun. Aduh..

.

“Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: ‘Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati.’ Allah berfirman, ‘Apakah engkau belum percaya?’. Ibrahim menjawab, ‘AKU TELAH PERCAYA, AKAN TETAPI AGAR BERTAMBAH TETAP HATIKU.’” (Al-Baqarah:ayat 260)

.

Alangkan Nabi Ibrahim yang amat bertaqwa itu pun berusaha untuk meninggikan keyakinannya dan meningkatkan imannya. Maka siapa kita untuk dengan mudah sudah merasa ’selamat’?

Kalau kita tak jaga betul-betul, tak treasure betul-betul nikmat islam yang Allah dah kurniakan pada kita sejak lahir itu, Allah berhak menariknya balik bila-bila masa saja dan kasi pada orang yang lebih bersungguh, lebih ikhlas mencari dan lebih tahu menghargai hidayahNya.

.

Ingatan untuk diri sendiri (terutamanya) dan kawan-kawan semua. Hmm, selalulah cakap kat diri sendiri.. jangan malas-malas top-up iman dan cari ilmu islam . Jangan cari alasan dan jangan resistant.

No excuse… there is just no valid excuse.

.

ar-rumaisa

29 Muharram 1428H

Letterkenny.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: