Skip to content

30 A1?

March 5, 2007
tags:

yeayDahulu 17 A1. Saya masih ingat wajah adik Nur Amalina yang tiba-tiba menjadi penulis buku motivasi, mengeluarkan CD, hinggakan iklan pensel 2B pun memilih dia untuk menjadi model.

Dan kini muncul pula 19 A1. Terus saja adik Nadiah Amirah bt Jamil menjadi instant celebrity. Buku motivasi yang menceritakan tentang dirinya yang bakal terbit tidak lama lagi pasti akan laku seperti pisang goreng panas dan beritanya telah pun disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini. Malaysia bersorak sekali lagi. Tahniah! Mungkinkah tahun depan kita akan digemparkan oleh seorang adik 30 A1 pula?

.

Mengambil SPM dengan bilangan subjek yang tidak terhad seolah-olah menjadi trend yang semakin popular di Malaysia. Mungkin selepas ini lebih ramai akan bercita-cita untuk pecah rekod, sepertimana Nadiah yang sanggup keluar dari sekolah asrama penuh semata-mata untuk membolehkannya mengambil 19 subjek dalam SPM demi memecahkan rekod Amalina yang menjadi idolanya (baik mencontohi ilmuan dari memuja artis).

.

Tiada apa yang mustahil. Ambillah subjek SPM sebanyak-banyaknya, 30 A1 sekalipun, saya yakin insyaAllah otak manusia mampu melakukannya. Kita boleh. Namun persoalannya ialah… kenapa? dan untuk apa?

.

Mungkinkah jawapannya ialah hanya kerana nak pecah rekod? Atau untuk mencabar potensi diri? Adakah mengambil sebanyak-banyak subjek SPM adalah cara terbaik untuk membuktikan kebolehan? Atau itu untuk memaksimakan peluang & pilihan selepas SPM? Atau semuanya dilakukan atas dasar semangat cintakan ilmu?

.

 

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

“Sesungguhnya setiap amal bergantung kepada niat, dan bagi setiap orang apa yang dia niatkan.”   (hadith riwayat Bukhari & Muslim)

.

ibnu-sinaSelepas tamat persekolahan, kita berada di persimpangan, kita perlu membuat pilihan jurusan manakah yang ingin kita ceburi. Kemungkinan besar ilmu yang tidak berkait dengan jurusan itu akan kekal tersimpan dalam buku tanpa sempat pun untuk diteroka. Berbaloikah mengabdikan masa muda menjadi ulat buku teks sekolah? Namun,tentu sekali belajar banyak ilmu itu tiada salahnya. Mungkin hasilnya pemikiran kita tidak akan sempit dan tidak tertumpu pada satu bidang sahaja. Ibnu Sina juga merupakan tokoh ilmu falsafah dan seorang al-hafiz Quran selain dari pakar perubatan.

.

Walau apapun alasannya, apa yang lebih utama ialah ilmu yang membuahkan amal, yang penting ialah ilmu yang mampu memanfaatkan manusia-manusia di sekelilingnya. Itulah ilmu yang barakah. Ilmu yang berguna. At the end of the day, this is all that matters! Sama ada mengambil sebanyak-banyak subjek dalam SPM membantu ke arah memenuhi matlamat ini atau tidak, terpulang kepada pelajar itu sendiri – berbekalkan ilmu yang penuh di dada, bagaimana dia mengemudi hidupnya..

Adakah semakin dekat dengan Pemilik Ilmu yang sebenar, iaitu Allah Yang Maha Bijaksana… atau semakin jauh?

.

~ sekadar pendapat seposen dua..

ar-rumaisa

16 Safar 1428H

Galway.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: