Skip to content

aku bukan bermimpi

May 13, 2007

debungaIt’s spring. And masyaAllah it is so beautiful! Bunga tumbuh di merata-rata tempat, of various colours, sizes and shapes. Kalau sejemput tanah terbiar pun, tidak seperti di malaysia yang confirm akan tumbuh lalang, di sini.. akan tumbuh bunga. Berjuta-juta kuntum bunga yang bertebaran itu (especially di padang rumput kawasan rumah saya) bukanlah ada siapapun yang tanam, semuanya bunga liar,tumbuh sendiri.. Allah yang menumbuhkannya. The fact that those gorgeous flowers are wild, amazes me so much! SubhanAllah..

.

It is a little sad that i have to spend most of the time in this wonderful season…indoor! Studying for my finals. Sempat menikmati alam yang indah masa jalan kaki pegi-balik exam je atau on the way ke venue study group. Huhu…takpelah, don’t regret & don’t wish for anything else. That’s not the best attitude towards Allah. Whatever Allah had let happen, that must be the best.

.

Spring tentunya tidak sesejuk winter. Matahari memancar dan suhu sekitar 14°C memang nyaman. Alam ini sudah cukup sempurna & indah. Moga debunga-debunga islam juga akan berterbangan di musim ini, menyuburkan hati manusia yang telah lama gersang dan tandus. Ya, di saat-saat bumi ini begitu subur, yang tandusnya, adalah hati manusia. Butik-butik terkenal semuanya sudah mula mempamerkan baju-baju yang tidak cukup kain. Yes, the time has come for fashion parades for the people in this land. Kalau musim winter yang lalu, baju-baju di butik kebanyakannya cukup kain untuk mengelakkan kesejukan. Namun, mereka bukanlah tutup tubuh seperti yang islam sarankan, mereka cuma balut. Masih tidak sesuai sebagai busana seorang muslimah. Shopping kat Malaysia lagi best!

.

Just a day before our clinical exam Opthalmology (mata), my tutor organised a revision lecture for all of us, and yes, she kindly dropped a million hints for what to expect the next day. But what was a little unexpected for me was her final message before the lecture ended.

“I want all of you to be in a suit tomorrow. Do u understand? A suit. Dress formally and professionally.”

Suit??

suitNooo… I dread at the thought of having to dress in a suit. I almost hated it. Kerana seingat saya, satu-satunya blazer yang saya ada dalam almari, ialah satu blazer pendek yang dibeli lama dulu kat Malaysia, zaman saya baru-baru nak terbang datang sini buat pertama kali. NO, I am not gonna wear that! I am so not gonna wear that short blazer & pants. Otak saya ligat berfikir hari itu blazer siapa yang lebih panjang yang saya boleh pinjam, atau mungkin siapa yang boleh nak pinjamkan skirt panjang hitam yang formal.

.

Alahai,malasnya nak layan benda-benda ni. Dah terpaksa sibuk nak pinjam baju orang pula! Saya tahu penampilan itu penting supaya kelihatan professional (at least in their eyes). Tapi sampai perlu pakai suit ke? It’s just not me. If it’s a suit that they want, then maybe later i should buy a suit that suits me better, yg lebih panjang blazernya, lebih longgar dan lebih sopan. Namun, hati saya masih berbisik sendirian, tak puas hati… “Wearing a suit won’t make me see that cataract on the eyeball better!”

.

muslim-scientistsDengan hati yang menggerutu itu, minda saya menerawang jauh… merindui suatu waktu di zaman silam, walaupun hakikatnya saya tidak pernah berada di sana untuk merasainya. Itulah zaman kegemilangan islam di bawah pemerintahan Khalifah Abbasiyyah, suatu waktu di mana 2/3 dunia ini dikuasai oleh manusia-manusia yang mengagungkan Allah. Zaman ketika seluruh dunia tunduk kepada kita,  akur dengan perlembagaan Al-Quran & pemerintahan islam. Dan kita umat islam adalah umat termaju, termoden & tertinggi dalam semua aspek di zaman itu yang tak siapa dapat menandingi! Itulah zaman Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Imam Bukhari dan ramai lagi tokoh-tokoh ilmuwan yang kita cuma dengar namanya hari ini.

.

Dalam buku-buku sejarah, diceritakan pada zaman itu, hebatnya umat islam hingga setiap aspek hidup kita ingin ditiru oleh orang lain. Wanita-wanita kafir semuanya ingin meniru budaya, fesyen & style wanita-wanita islam. Mereka bangga untuk menutup kepala mereka sepertimana wanita-wanita islam. Pakaian islamlah yang dikira sebagai pakaian yang formal & up-to-date ketika itu. Adab-adab & budaya islamlah yang dikira sebagai the accepted professionalism and considered as the appropriate business manner. Budaya islam, sistem pemerintahan islam, adat islam, program islam, fesyen islam, nickname islam, ekonomi islam…serba-serbi. Everything. Kitalah yang dipandang terhebat & the coolest at the time. Islam diakui dunia sebagai a way of life. Secularism dikira sebagai ajaran sesat.

.

 

Betulkah zaman itu pernah wujud? Ya! Bukanlah terlalu jauh zaman kegemilangan islam itu. Cuma 7-8 abad yang lalu dari zaman kita hari ini & ia berakhir secara rasminya pada tahun 1924, sedangkan sebelum itu dunia telah aman di tangan islam beratus-ratus tahun lamanya. map

.

Dunia ini baru sangat berubah! Terlalu baru dunia ini berkeadaan seperti yang kita lalui hari ini orang kafir menguasai, mereka menjadi umat termaju, & seluruh dunia seakan mahu meniru segala apa yang mereka lakukan. Semua pun nak ikut barat, rasa macam mereka yang best, islam yang macam kuno. Nama sehebat Khadijah diubah kepada Kathy (more western – glamour?). Baju labuh tutup aurat dipandang outdated – oldies – kuno. People are proud to show how secular they are. Dan banyak lagi contoh lain yang rasanya tidak perlu untuk disebut. & the list goes on. What’s happening today is almost the complete opposite dari zaman kegemilangan kita dahulu. Umat islam pula sekarang sedang hebat ditekan ditindas & boleh kira dengan jari berapa negara umat islam yang tidak dalam kemiskinan atau peperangan. No, it isn’t used to be this way!

.

Saya terlalu rindukan zaman itu, walaupun hakikatnya, saya tidak pernah hidup untuk merasainya & hanya menatapnya dalam lipatan kitab-kitab sirah & sejarah. Hanya Allah yang tahu betapa saya mencita-citakan zaman kegemilangan islam itu kembali. Dan saya tahu saya bukan sekadar bermimpi. Dunia hari ini sedang gerhana, & sepertimana gerhana matahari, saya yakin kegelapan ini hanya sebentar sahaja & kemudian matahari pasti akan bersinar semula. InsyaAllah.

Gerhana_1

 

 

ar-rumaisa

Galway

27 Rabi’ulAkhir 1428H

One Comment leave one →
  1. ilmi nadhrah katimna permalink
    May 2, 2009 4:27 pm

    salam.. kak anim .. mumtaz jiddan.. nak tahu apa kesudahan cerita ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: