Skip to content

kering kasih-sayang

July 29, 2007
tags: ,

Seminggu menjejakkan kaki, banyaknya cerita dan peristiwa yang sudah mula menghiasi hidup di tanah Malaysia yang sungguh mencabar keimanan ini. Percaya atau tidak, itulah yang saya rasai, lebih sukar untuk istiqamah dengan amal islami semasa di Malaysia, berbanding dengan semasa di Ireland. Apapun, inilah kampung halaman, di sinilah medan bakti dan medan juang, tempat di mana manusianya berkulit sawo matang macam saya, bercakap bahasa saya, berbudaya seperti saya dan majoritinya (52%) seiman dengan saya. Dan inilah bumi yang mana rindu saya sentiasa bertaut.

.

eireMungkin 4 tahun di Ireland serba sedikit telah mengajar saya apa rasanya duduk di tempat orang, menimba ilmu & rezeki di sana, cuba untuk mengenali masyarakat setempat & menyesuaikan diri dengan satu umat yang terasa begitu asing dari segenap segi.

.

Agaknya, macam itu jugalah perasaan saudara-saudara seiman kita dari Bangladesh & Indonesia apabila berpijak di bumi Malaysia ini. Atau mungkinkah, sudah terlalu lama kita semua terlupa bahawa tukang sapu di shopping mall itu dan buruh kasar di tepi jalan itu saudara seaqidah kita? Mereka itu abang-abang & kakak-kakak kita… Semoga kita tidak pernah malu untuk mengakui hakikat yang mulia itu.

.

bangla1Kadang-kadang saya kasihan melihat tukang sapu berbangsa Indonesia ditengking herdik tanpa sebab, atau diperlakukan tanpa hormat atau dipandang dengan penuh kejelekan oleh sesetengah anggota masyarakat kita. Kalau yang lelaki dari Bangladesh, lebih-lebih lagilah. These people are almost labelled as ‘troublemaker’ from the very moment they step on Malaysian ground. Benar, sebahagian mereka mmg melakukan jenayah. Tapi zalimlah kita kalau pandang ’slek’ habiss & prejudis kat semua mereka. Orang Malaysia sendiri pun banyak yang buat jenayah juga…

.

Suatu malam, saya berjalan bersama seorang sahabat di kawasan perumahan saya. Ditakdirkan Allah, kami ternampak seorang perempuan muda yang meraba-raba kepalanya dengan wajah yang bingung sekali. Seorang lelaki muda di sebelahnya juga asyik mengirai-ngirai rambut perempuan tadi, dengan riak muka yang tidak kurang bingungnya.

Kami mendekati mereka. Rupanya kepala perempuan itu cedera agak teruk dan darah mengalir tidak berhenti-henti dari luka di kepalanya itu. Tambah merunsingkan lagi, rupanya mereka berdua tidak tahu berbahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Dengan bahasa yang super rojak, saya dapat memahami mereka berdua adalah warga Vietnam yang baru tiba di Malaysia. Kami berlari-lari menjengah klinik-klinik yang ada berdekatan tetapi kesemuanya tutup.

Selepas memeriksa lukanya yang darah semakin membuak-buak, saya & sahabat saya berlari pulang untuk mengambil kereta untuk membawa wanita Vietnam itu ke klinik di tempat lain. Setibanya di klinik, semua mata tertumpu kepada kami. Wanita vietnam itu masuk ke Malaysia secara sah dan dia menunjukkan permitnya pada saya. Sementara menunggu doktor, saya & sahabat saya cuba berkomunikasi & menanyakan punca kecederaan. Dgn 1001 gaya lakonan & bahasa isyarat, kami membuat kesimpulan, kepalanya cedera terkena kipas siling yang sedang berputar laju di dalam bilik, kemungkinan besar kerana duduk di atas katil 2 tingkat.

Kecederaannya yang teruk menyebabkan doktor klinik terpaksa mengarahkan wanita itu ke hospital besar Klang segera. Sebelum bertolak, wanita itu bersungguh-sungguh menghulurkan RM50 kepada kami tanda terima kasih, namun kami suruh simpan saja. Pasti dia lebih memerlukan.

.

Setelah kisah malam itu diketahui beberapa individu lain, saya & sahabat saya dikecam hebat, dicela dan tidak kurang juga ada yang marah dengan tindakan kami menolongnya. Malah saya dipesan supaya jangan buat macam tu lagi’. Semuanya kerana wanita itu orang Vietnam, pendatang asing, maka ada kemungkinan besar dia jahat. Entah-entah nak rompak ke, nak menipu ke. Kalau yang cedera itu seorang wanita Melayu pula, bagaimana? Adakah mereka masih akan kata ‘jangan tolong’ ? Bayangkan jika kami tidak peduli, jalan terus saja walaupun tahu dia cedera, seperti kata doktor, sekiranya lambat, kecederaan kepala itu akan menjadi lebih parah dan berbahaya. Ke lantaklah?

 

 

broken-heartKadang-kadang saya rasa macam masyarakat Muslim Malaysia semakin kering kasih-sayang. Rasanya itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan fenomena yang sedang saya saksikan ini – kering kasih-sayang. Tentulah tidak semua ahli masyarakat begitu, tapi kalau hendak beri pandangan secara umum, itulah yang saya dapati.

.

“Pakcik! Buka mulut!” Sampai sahaja di katil, itulah perkara pertama yang diucapkan oleh seorang jururawat kepada seorang pakcik tua di hospital pada suatu pagi, sebelum dia memasukkan thermometer di bawah lidah pakcik itu. Mana ucapan salamnya? Mana senyumnya? Mana hormat orang tua? Yang ada cuma muka 10sen dan bebelan yang tidak berhujung pangkal pagi-pagi itu. Tidak lupa pemandu bas (daripada rupanya, most likely-a Muslim Malay) yang menengking apabila saya bertanya destinasi bas tersebut sebelum menaikinya dan banyak lagi insiden-insiden yang malas untuk saya ceritakan.

.

Mana dia budi bahasa, kasih-sayang, belas ihsan dan sifat suka menolong orang Melayu yang selalu dibangga-banggakan itu? Takkan pula sifat friendly & helpful itu dibataskan untuk pelancong-pelancong orang putih yang bertandang saja? Bagaimana pula dengan sesama muslim, dan sesama manusia? Tidak sayangkah? Tak kasihankah? Tidak kiralah siapa yang sedang dalam kesusahan itu.

.

Rasulullah saw yang amat kita kasihi pernah bersabda:

“Sesekali tidaklah kalian beriman, sebelum kalian mengasihi.” Para sahabat berkata,”Wahai Rasulullah, kami semua telah memiliki rasa kasih-sayang.” Nabi SAW menjawab,”Yg disebut ‘mengasihi’ itu bukanlah sekadar kasih-sayang terhadap kawan-kawan terdekat saja, tetapi terhadap seluruh umat manusia.” (hadith riwayat At-Thabrani)

.

Benar, bukankah Islam itu rahmatan lil ‘alamiin (rahmat kpd seluruh alam) ?

.

Dan baginda juga bersabda:

“Barangsiapa tidak menyayangi manusia, maka Allah tidak akan menyayanginya. (hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)

.

Kalau Allah sudah tidak sayang kita, tak guna hidup.

.

ar-rumaisa

15 Rejab 1428H

Shah Alam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: