Skip to content

doa si mujahidah kecil

August 20, 2007
tags:

Cute_2

Tengahari tadi saya solat Dzhur berjama’ah dgn Iwa. Julai lalu, Iwa berumur 8 tahun. Selesai solat & wirid, Iwa membacakan doa dan saya meng’Ameen’kan. Memang kami selalu begitu. Kadang-kadang saya memperdengarkan bacaan doa saya padanya. Pada ketika yang lain pula, saya menyuruh dia sahaja yang berdoa. Saya mahu dia belajar untuk berdoa, minta pada Allah apa sahaja yang hatinya mahu minta, tidak kiralah dalam bahasa apapun yang dia suka.

.

Mudah-mudahan itu akan menyemai perasaan perlu meminta-minta pada Allah dalam hatinya, rasa bergantung & berharap pada Allah, moga dia dapat merasa bahawa Allah lah yang Paling Berkuasa mengabulkan apa sahaja yang diangankannya.

.

Dimulai dgn Bismillah, Al-Fatihah & selawat kepada baginda Nabi s.a.w., kemudian Iwa pun berdoa…

“Ya Allah, maafkan ibu bapa kami, maafkan adik-beradik kami, maafkan kawan-kawan kami, atuk nenek.
Ya Allah, bagi kami paham apa cikgu cakap. 
Y
a Allah, jadikan kami rajin & pandai. 
Y
a Allah, jangan matikan binatang-binatang semua. 
Y
a Allah, janganlah jadikan kami orang kaya tapi tak solat.
Ya Allah, kuatkanlah Palestine, lemahkan Israel. Kalahkan Israel.
Y
a Allah, janganlah kasi petang ni hujan. Ameen.”

.

Saya seringkali senyum sendiri mendengar doanya. Mendengar angannya & hajatnya. Terkejut dengan begitu besar hatinya mendoakan Palestine. “Jangan kasi petang ni hujan” ? Hmm.. nak keluar mainlah tu. Seorang budak yang tiada dosa, berdoa dengan hati yang tulus & bersih. Mungkin lebih mustajab. Mudah-mudahan saya dapat menumpang kasih-sayang Allah padanya.

.

DoakuAh.. biarlah ayatnya kelam-kabut & tidak cantik seperti dalam buku atau kitab. Sebab doa bukanlah cuma hafalan, tapi mesti bersama perasaan. Mungkin kemudian nanti barulah saya akan ajarkan pada Iwa doa mana yang bagus untuk dihafal. Sebab yang penting ialah menyemai perasaan kebergantungan pada Allah dahulu, & inilah yang payah, walaupun bagi kita yang telah menginjak dewasa.

.

Kadangkala kita tidak menyedari, betapa malasnya diri kita untuk selalu meminta padaNya. Atau mungkin, ada saat-saat tertentu kita merasa seolah tidak memerlukan pertolongan & perlindungan dariNya. Masa-masa yang kita rasa ok-ok saja, aman saja, ‘everything is perfectly fine’. Lepas solat, pantas saja bangkit melipat sejadah.

.

Berbanding dengan detik-detik genting musim exam, atau ketika berselisih faham dengan sahabat, atau kehilangan wallet, atau apa-apa masalah yang menyebabkan kita gelisah. Boleh jadi sujudnya lama sampai lekuk lantai! Ketika musibah datang, barulah kita sesal berpanjangan kerana tidak mengingati Ar-Rahman. Bahkan mungkin mengutuk diri yang lalai.

.

Memang begitulah tabiat manusia, hanya akan ingat Rabbnya ketika merasa susah saja, dan cepat lupa bila secubit saja kesenangan datang menjelma. Padahal, pada siapa lagi yang layak untuk kita meminta? Dan bukankah Allah menyukai hamba-hambaNya yang selalu mendekatkan diri?

.

Lantas kita perlu menanamkan dalam hati kita baik-baik, kita sebenarnya wajar mensyukuri bahawa Allah masih berkenan ‘mengingatkan’ kita dengan menghantar ujian-ujian yang sangat menyusahkan hati kita, di kala kita lupa untuk mendekatkan diri denganNya. Bagaimana kalau Allah tidak peduli? Membiarkan saja kita tenggelam dalam nikmat, sedangkan tidak ada sedikit pun keredhaan Allah bersisa pada kita? Sungguh, dunia & segala isinya tidak ada ertinya dibandingkan dengan kehebatan menjadi sebahagian orang-orang diredhai & dicintai Allah Rabbul ‘Alamin.

.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kpdmu tentangKu, maka (jwblah) bahawasanya Aku adalah DEKAT. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila DIA BERDOA kpdKu, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (perintah)Ku dan beriman padaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:ayat 186)

.

p/s: nak share dgn kawan2 nasyid Rahmat Ujian dari Mirwana yang saya suka ni, that inspires the writing of this article =)

.

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai tafsiran
 

Segala takdir,terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa, ada hikmahnya!

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan                                                         
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

.

 

7 Sha’ban 1428H

Shah Alam.

 

ar-rumaisa

2 Comments leave one →
  1. ziilal permalink
    May 15, 2011 1:49 pm

    salam,kak bole sy minta izin share post ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: