Skip to content

dunia bukan tempat berehat

September 8, 2007

Hari ini aku telah selamat berada di Galway semula. Perjalanan merentas bumi yang sungguh panjang. 24 jam kesemuanya dari KLIA di Malaysia ke daerah Galway di Ireland ini. Jikalau hendak kira tempoh masa betul-betul sejak keluar dari pintu rumahku di Shah Alam hingga sampai ke depan pintu rumahku di Corrib Park ini, maka jawapannya adalah lebih dari 24 jam. Dengan 2 beg berat yang terpaksa ku heret & pikul sendiri, letihnya tidak terkata. Ah.. bukankah dunia ini memang bukan tempat berehat?

.

calendarCuti 3 bulan yang sudah tinggal 3 hari. Begitu pantasnya makhluk Allah bernama Masa itu berjalan. 3 bulan – lebih kurangnya 90 hari. Apa yang sudah kulakukan dalam masa 90 hari? Adakah lebih banyak berehat dari bekerja? Lebih banyak mengeluh dari berusaha? Lebih banyak bermimpi dari berfikir? Astaghfirullah.. aku takut!

.

3 bulan di Malaysia terasa seperti mimpi. Selain dari menghabiskan hari demi hari .. subuh hingga senja di hospital, sambil ke sana kemari menghadiri majlis-majlis ilmu setiap minggu, bercuti & balik kampung dengan keluarga, apa lagi yang mengisi hidupku dalam 3 bulan itu? Sudahkah aku memanfaatkan tempoh itu sebaiknya? I doubt it. Berapa banyak buku islami dah habis baca? Berapa kali khatam Qur’an? Berapa jam study medic sehari? Majlis ilmu datang semua? Berapa orang sahabat & saudara yang sempat aku ziarah? Amalan sunat menaik atau menurun cuti ini – solat sunat? puasa sunat?

.

Lagi banyak fikir, lagi banyak muhasabah, lagi terasa.. maka benarlah Allah berfirman,

“Demi Masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian.”
 (Al-Asr: ayat 1-2)

.

Yes, there were a few missions accomplished masa cuti. But too few to mention. Masih banyak lagi amanah yang belum tertunai, impian yang belum tercapai, perjuangan yang belum selesai, tanggungjawab yang belum terlangsai, harapan yang belum terkabul dan janji yang belum terbayar. Lalu bagaimana? Aku tidak punya banyak masa lagi. 24 tahun telah kuhabiskan. Semoga Allah masih memberiku masa untuk terus beriltizam di jalanNya.

.

Imam Hassan Al-Banna pernah berkata,

“Kerja yang ada lebih banyak dari masa yang ada.”

Jadi bila pula masanya hendak berehat? Rehat yang sebenarnya adalah di akhirat nanti. Berehatlah di syurga sana sepuas-puasnya, selama-lamanya! Di dunia ini, rehat adalah dengan niat supaya mampu beribadah semula menyelesaikan semua amanah. Rehat itu dengan niat supaya mampu bangun semula, bukan rehat sebab sudah tidak larat lagi. Walaupun rehat, ia adalah rehat yang beserta azam, bukan rehat yang lesu. Barulah itu namanya rehat Lillahi Taala. Rehat seorang mujahidah. Rehatku selama ini, macam itukah? A big big question mark…

.

garfieldJikalau rehatnya bukan sebegitu, maka mungkin rehat itu cumalah kata ganti kepada malas, atau alasan untuk berundur dari melaksanakan amanah, dalih untuk lari dari kesulitan, atau tanda lemahnya semangat untuk berjihad melakukan yang terbaik! Memang Allah menyediakan ujian-ujian sepanjang perjalanan hidup ini – untuk menapis siapa yang beriltizam dari yang berangan-angan, untuk menyaring siapa yang Mukmin dari yang Munafiq.

.

“Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelummu? ” (Al-Baqarah:ayat 214)

.

Kita di sini bukan untuk selamanya. Rehat kita di syurga sana. Tunggu apa lagi? Allah menyuruh bersegera. Lekas!

“Maka BERSEGERAlah kamu kepada keampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang seluas langit & bumi, yang disediakan untuk org2 Muttaqin, (iaitu) org2 yg menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai org2 yg berbuat kebajikan.” (Ali-Imran:ayat 133)

.

“Maka BERLUMBA-LUMBAlah kamu (dlm membuat perkara) kebaikan.” (Al-Baqarah:ayat 148)

.

ar-rumaisa

26 Sha’aban 1428H

Galway.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: