Skip to content

Allah knows best

October 6, 2007

Allah knows best! That’s all i can say.

Masa mula-mula dapat tahu kena posting ke Hospital Sligo AGAIN in Ramadhan, saya terasa langit sudah runtuh. Tahun lepas Ramadhan+Raya saya hanya sendirian di daerah utara Ireland itu.(refer entry Eid Mubarak, Oct 2006). Tahun ni kena sekali lagi? Last year cuma 1 minggu terakhir Ramadhan saja, tahun ini 3 weeks of Ramadhan will be spent in Sligo!

Little did i know it would turn out to be one of my best Ramadhan experiences. Kali ini, my dearest friend juga dapat posting ke Hospital Sligo. Kami berkampung di Sligo selama sebulan. Alhamdulillah, ada kawan.

Sligo pekan yang cantik. Letaknya di lembah pergunungan, bersebelahan dengan laut. Hospital pun di atas bukit. Pemandangan dari atas memang memukau. Cuma, penat sikitlah nak jalan panjat bukit hari-hari.

Dari rumah sewa, saya perlu jalan kaki 20 minit untuk sampai ke kawasan hospital. Macam jauh. Namun, saya tak pernah sangka perjalanan kaki pergi dan pulang yang panjang itulah rupanya yang selalu menyejukkan mata & meleraikan semua kekusutan kepala di hospital. Saya & sahabat saya, both always enjoy the walk. Kami sama-sama menikmati pemandangan yg cantik sepanjang jalan, melalui teluk di tepi laut, padang rumput yang hijau, tengok kuda, tengok angsa, sambil mulut terkumat-kamit membaca Al-Mathurat bersama-sama.

Sekarang adalah penghujung Summer. Inilah musim berries berbuah. Sepanjang-panjang jalan ada banyak sangat wild blackberries yang tumbuh & berbuah dengan lebat. Apalagi…perjalanan kaki 20 minit boleh jadi 40 minit. Kami petik-petik & kumpul dalam tangan macam kanak-kanak riang. Berry-picking! Patutlah apabila Allah menyebutkan tentang nikmatNya dalam Al-Quran, selalu saja buah-buahan & kebun dijadikan contoh, kerana melihat buah-buahan yang lebat & bergantungan memang sesuatu yang amat menggembirakan. Alhamdulillah!

“Di bumi itu ada buah-buahan & pohon kurma yang mayang. Dan biji-bijian berkulit serta bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman:ayat 11-13)

Pernah suatu hari, kami balik lewat dari hospital. Separuh jalan, sudah tiba waktu berbuka puasa. Tidak baik melewat-lewatkan berbuka kan? Toleh tepi, petik blackberries & makan..yummy! It’s sweet! I would always remember that day. Bagi saya, berbuka puasa seperti itu..ia satu kenangan manis.

At first, i dread at the thought of having to go on-call during Ramadhan nights. Kalau penat-penat kat hospital, nanti takut cepat ngantuk nak beribadat (Huhu..cemanalah para sahabat dulu Perang Badar dalam Ramadhan?). Sudahlah kalau on-call, tak dapat nak berbuka di rumah. Namun rupanya, Allah sudah susunkan sesuatu yang lebih indah dari apa yang saya sangkakan.

Pada malam on-call, saya pergi ke bilik doktor untuk berbuka & solat maghrib. Tak sangka pula ramainya doktor-doktor muslim yang juga kena on-call pada malam itu. Semuanya berkumpul di situ untuk berbuka. Macam-macam makanan tradisi ada, dari pelbagai negara, Pakistan, Afghan, Iraq & Western (sayalah yg bawa makanan western tu, sempat beli kat kafe je) sebab masing-masing bawa bekal. Dan ia dikongsi-kongsi, pinggan berpindah-randah dari tangan ke tangan. Seorang pakar bedah cerita dia selalu sembelih kambing sendiri kat rumah. (rajinnye! kambing tuu..bukan ayam)

Dan yang seronoknya, kami bersembang-sembang masa berbuka, semua orang sangat mesra, tidak kira negara, tidak kira pangkat, tidak segan-segan lagi, tiba-tiba sahaja semua barrier lenyap begitu sahaja & yang terasa adalah ukhuwah islamiyyah… dari Consultant (Dr pakar), Registrar (Dr yg dah dekat nak jadi pakar), Senior House Officer (Dr biasa) hinggalah ke Medical Student (saya – belum Dr lagi..hehe). Isu yang kami sembangkan masa tu pula adalah isu negara umat islam – apa cerita Iraq sekarang? (tanya kat the Iraqi Dr), apa yang US sibuk sangat kacau Pakistan, Malaysia apa cerita… etc.

Tengah-tengah bersembang, seorang Dr switched on the TV & tang-tang tu jugak di channel SkyNews sedang disiarkan documentary tentang Nuclear & The Muslim Countries. Keluarlah segala kecaman & ancaman media terhadap Iran, Pakistan, Iraq etc. Tambah rancaklah perbualan kami. Ia amat membuka minda apabila mendengar sendiri pendapat dari saudara-saudara seiman saya dari negara-negara ini. Saya cuba membayangkan kalau saya di tempat mereka.. buka-buka tv kat Ireland ni, tiba-tiba terdengar Malaysia tak pasal-pasal dilabel sebagai negara yang merbahaya. Saya pun tak sure.. samada saya akan ketawakan islamaphobia orang-orang di sini atau saya akan dihantui perasaan bimbang.

Tidak cukup dengan ukhuwah yang mekar di situ, doktor-doktor muslim itu mengundang saya & sahabat saya untuk berbuka puasa (iftar) di rumah mereka. MasyaAllah.. alangkah hebatnya nikmat yang Allah berikan (sebab kami 2 orang kat Sligo ni asyik makan benda-benda instant je).

Sungguh Ramadhan ini penuh dengan barakah. Kalau tidak kerana Ramadhan, tidak kerana berbuka puasa, mungkin saya takkan berpeluang pun mengenali mereka. Mungkin masing2 akan makan di waktu yang berbeza-beza, di tempat yg berlainan, atau mungkin di kafeteria staff,di meja yang berasingan. Dan kemungkinan untuk dipelawa pulang ke rumah makan bersama keluarga mereka tentulah amat kecil. Moga Allah memberkati keluarga mereka & memurahkan rezeki. Moga Allah meringankan beban saudara saya di tempat lain yg kelaparan.

Iftar di rumah a Malaysian doctor (yang baru kenal) dah sudah. InsyaAllah esok saya dijemput iftar di rumah seorang Dr dari Sudan pula.(hmm.. seorang kawan Nigeria kata dia biasa je makan cili api. Sudan?). Seorang Dr berbangsa Afghan pun ada ajak iftar di rumah dia juga, Dr Amjad namanya. Sangat banyak mengajar kami di hospital, pernah bermurah hati hantar kami shopping, tunggu & kemudian hantar kami pulang dengan keretanya. Kemurahan hati mereka membuatkan saya reflect diri sendiri.. apakah pula kebajikan & kemurahan hati yg telah saya tawarkan & laksanakan pada orang lain Ramadhan ini?

Dan mereka ini jugalah yang selalu memberi nasihat & tazkirah pada kami apabila bertemu. Yes, i really really need that, especially bila berjauhan dengan my sisters yang baik-baik di Galway sana..

Alhamdulillah, tidak seperti tahun lalu yang saya keseorangan, kali ini di Sligo saya ada roommate yg best. And we wake each other up for Tahajud every night (tapi selalunya dialah yang kejut saya..hehe). Thank you so much, sis! May we meet with Lailatul Qadr.

Dan saya juga merasa setakat ini, mungkin inilah Ramadhan yang saya paling mempunyai kesedaran untuk beribadah, berbanding yang sebelum-sebelumnya. InshaAllah. Moga Allah menerima, moga jauh dari ujub & riak, moga Istiqamah & moga hasil Ramadhan ini adalah Taqwa, seperti yang Allah kehendaki:

“Wahai orang2 beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sepertimana diwajibkan kpd orang2 terdahulu sebelummu, AGAR KAMU BERTAQWA.” (Al-Baqarah:ayat 183)

Kesimpulannya, Allah knows best. What i thought would be my worst Ramadhan ever, turned out to be one of the best & most memorable. I’ve learned my lesson. Thank you Allah.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untukmu, & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untukmu, Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:ayat 216)

Few more days to go – special, mysterious, miraculous night to catch. Selamat beribadah. May we graduate from ‘Madrasah Ramadhan’… with Honours!

.

ar-rumaisa
Sligo
24 Ramadhan 1428H

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: