Skip to content

langkah bermula

November 7, 2007

mrsm-pcSemasa saya di Tingkatan 4 di MRSM Pengkalan Chepa dulu (1999-2000), waktu riadah petang adalah antara waktu yang paling saya suka & paling saya tunggu-tunggu, selain dari hari Jumaat. Masa riadahlah boleh buat apa saya suka, sembang-sembang, makan-makan, main-main. Kadang-kadang saya & sahabat baik saya join main rounders di padang, kadang-kadang kami berlatih silat, dan kadang-kadang kami beli cream puff di kafetaria, dan makan sambil baca novel masing-masing di Taman Ulat.(ketepek! ulat kuning jatuh atas buku… sbb tu nama Taman Ulat). Selepas makan malam, baru kami pulang ke asrama.

.

Hampir setiap hari ketika saya pulang ke asrama bersama gerombolan pelajar-pelajar puteri yang lain selepas riadah, saya pasti terpandang kelibat seorang kawan saya, yang sudah bersedia hendak bergerak ke surau. Biasanya ketika itu waktu Maghrib masih jauh lagi. Mungkin 40 minit lagi baru akan azan. Lantas saya akan berfikir, “Aku ke yang lambat atau dia yang awal sangat?”

.

Selepas berbulan-bulan keadaan itu berulang, hati saya tergerak untuk mencuba. Dalam diam, saya teringin nak ikut kawan saya itu pergi surau awal-awal & juga teringin nak tahu apa yang dilakukannya. Lantas suatu hari, saya berusaha untuk pulang ke asrama lebih awal, tidak melenggang lenggok atau bersembang panjang selepas riadah.

.

quranPertama kali saya datang surau awal. 30 minit sebelum azan maghrib. Saya agak terkejut dengan suasana surau yang sunyi sepi. Selalunya saya masuk ke surau maktab semasa azan sedang berkumandang, ambil wudhu, pakai telekung, cukup-cukup masa untuk ikut Imam angkat takbir. Hari itu, ada beberapa orang pelajar puteri sahaja dalam surau, hampir kesemuanya bertudung bulat. Saya kenal mereka, tapi tidak pernah bercakap. Mereka kelas lain. Saya  nampak kawan saya di suatu sudut, sedang membaca Al-Quran. Spontan, saya mengambil senaskah Al-Quran dan ikut duduk tidak jauh darinya. Saya mula membaca baris demi baris. Ketika itu, saya baru tersedar rupanya saya sudah sangat lama tidak membuka kitab Allah itu.

.

Serba-sedikit, timbul dalam hati ‘rasa ketinggalan’. Kenapa saya tidak pernah terfikir untuk buat begitu sebelum ini? Kenapa saya tidak ada Quran sendiri? Namun, saya semakin seronok melakukan perkara itu. Datang surau awal-awal, baca Quran, ‘get the feel’ dulu dan sudah siap dalam saf semasa azan berkumandang. Bagi seseorang yang tidak pernah bersekolah agama, tidak juga pernah pergi ke surau dekat rumah, ia adalah perkara baru bagi diri saya, sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.

.

Sehingga hari ini, saya tidak fikir sahabat saya itu tahu saya mula datang surau awal kerana mengikutinya. Mungkin itulah dakwah bil hal – dakwah melalui perbuatan. Alangkah indahnya perkara itu! Justeru, berakhlak baiklah sentiasa dan biarlah kita tiru Nabi Muhammad, menjadi Al-Quran yang berjalan, kerana kita tidak pernah tahu siapa yang akan tersentuh hati dan mendapat hidayah Allah melalui akhlak & gelagat kita. Siapa sangka, Allah telah sudi memberi petunjuk kepada saya dengan kawan saya itu sebagai perantara. Dia kini seorang doktor di tanahair. Saya doakan dia menjadi seorang doktor muslimah yang akan terus menerbangkan debunga-debunga islam sepertimana dakwah-bil-halnya pada saya semasa Tingkatan 4 dahulu. Moga Allah membalas dengan setinggi-tinggi ganjaran jasamu padaku!

Ameen.

.

ar-rumaisa

Galway

26 Syawal 1428H

One Comment leave one →
  1. January 2, 2012 5:07 pm

    Salam, doc. (kak hanim ye?)
    baru jumpa blog ni. banyak juga baca entry kak hanim. syukran atas ilmu yang dikongsikan. Truly inspiring =)

    oh ya, saya pun ex student mrsm pc. batch 09/10. baru lagi. Memang betul, banyak pengalaman yg dapat di mrsmpc. Nikmat yang paling best kalau tinggal di asrama adalah kawan-kawan dan sahabat yang baik. alhamdulillah di pc, nikmat itu yang paling ketara saya rasa. Lebih-lebih lagi ada kawan, sahabat yang soleh, solehah, yang membawa kita ke arah kebaikan. alhamdulillah =)

    Sekarang ni saya di Kolej Mara Banting, IB medic. baru first year. Saya harap cita-cita nak jadi doktor akan kesampaian, InsyaAllah dengan izin Allah. Kepada kak hanim juga, semoga sentiasa istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab, khususnya merawat pesakit. Ibadah tu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: