Skip to content

Betty La Fea

November 15, 2007
tags: ,

“Engkau ni Anim.. makcik tengok, serupa aje. Ko pegi UK dulu pun macam tu, ko balik ni pun macam tu jugak. TAK BERGAYA!”

.

Saya hanya mampu membalas dengan senyum simpul. Tak tahu nak respon macam mana pada komen makcik saudara yang jumpa 2-3 tahun sekali di tengah-tengah kenduri. Tetapi dalam hati, saya sudah tergelak sendiri.

.

Ah.. pergi kenduri memang masalah besar bagi saya. Sungguh, saya sebenarnya sangat suka pergi kenduri, sangat menanti-nanti masa untuk bertemu semua orang, bersembang dan bertanya khabar. Kehadiran apabila dijemput jatuh Wajib hukumnya dan saya cukup mementingkan hal ini. Yang menjadi masalah ialah sebelum nak pergi tu..

.500380310_710302a25d

“Pakailah baju kebaya ke, lilit sikit tudung tu, silang, paku sana, paku sini, sandal bertumit sikit, hand bag, make-up… dll…..” And the list goes on.

That’s my problem. The pressure is there. Bukan sekali saya mendapat titah-perintah untuk melaram. Dari pelbagai pihak dan orang-orang sekeliling yang saya percaya hanya inginkan kebaikan untuk saya.

.

Namun saya lebih senang untuk datang kenduri dengan kurung polos sahaja, dengan kasut yang rata tapaknya dan tudung yang boleh dipakai dalam masa 5 minit. Lalu selesa dengan diri sendiri.

.

Kerana saya berpendapat, semua itu tidak sepatutnya menjadi isu yang utama untuk mengisi minda kita atau mengambil masa kita. Tidak sewajarnya ia memberi huge impact pada self-confidence kita. Kita sepatutnya disenangi dan disegani bukan kerana betapa stylish dan elegant nya kita. Saya faham kepentingan untuk tampil decent, appropriate and professional dalam berhadapan dengan masyarakat. Namun tidak mustahil untuk tampil sopan, kemas dan berketrampilan tanpa semua accessories tadi. Ini belum lagi kita berbicara isu kecantikan dengan mengambil kira Islamic Standards. Kita adalah moden dan bertamadun kerana akhlak & ilmu, bukan kerana pandai dress-up & make-up atau tidak. Jikalau itu yang menjadi kayu-ukur, maka salahkan orang yang mengukur. Siapa yang kuno, siapa yang maju?

.

Apabila kita terlalu sibuk hendak menjadi cantik, risau memikirkan ‘alamak,takde baju nak gi majlis’, maka serta-merta dunia menjadi sempit dan fikiran menjadi tumpul. Isu picisan ini mewarnai topik perbualan seharian, dan tunduklah kita kepada iklan-iklan kosmetik di luar sana… 

.

BettyTidak confident, inferior, rendah diri sebab muka berminyak, baju tidak cukup fashionable & trendy atau kerana kasut yang dipakai adalah buatan Gombak. Perasaan ini sungguh dominan dalam masyarakat hingga SILKYGIRL mampu mempromosi produknya dengan meletakkan slogan UNLEASH YOUR CONFIDENCE!“. Jadilah pula kita seperti Cinderella yang menangis kerana tiada baju cantik. Atau Betty La Fea yang menikus kerana tidak pandai solek.

.

My beautiful sisters,

355018251_0d5a5a0a99Be outstanding. Be smart. Be nice. Be confident. When these have nothing to do with cosmetics and fashion, you are an independant woman. Allah has made us women, beautiful. Believe it. Keep it simple. No need to be obsessed and struggle further. Just work hard to equip ourselves with a beautiful heart, and then we are flawless! inshaAllah.

.

“Allah looks not at your bodies nor does He looks at your images, but He looks into your hearts.” (Hadith narrated by Imam Muslim)

.

“Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.” (Al-A’raf:ayat 26)

One Comment leave one →
  1. Emelia permalink
    July 18, 2010 8:53 pm

    This is a very good post. The bible says the same thing in these two verses:-

    Charm is deceptive, and beauty is fleeting;
    but a woman who fears God is to be praised.

    “Your beauty should not come from outward adornment, such as braided hair and the wearing of gold jewelry and fine clothes. Instead, it should be that of your inner self, the unfading beauty of a gentle and quiet spirit, which is of great worth in God’s sight. “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: