Skip to content

Aku, mereka & Cairo

January 2, 2008

Aku turun dari kapal terbang itu dengan hati yang sangat berdebar. Hampir tidak percaya tanah yang sedang kupijak ketika itu adalah Misr El-Qadimah. Sungguhkah? Inikah bumi yang dulunya Nabi Musa & Nabi Harun pernah berjalan di atasnya? Negeri yang Nabi Allah Yusuf pernah memerintah? Juga tempat As-Syahid Hassan Al-Banna memulakan dakwahnya? SubhanAllah…subhanAllah..

.

Terlihat di sana sini lelaki-lelaki berambut perang kerinting dan wanita-wanitanya kebanyakan berhijab lilit dan memakai skirt panjang. Cantik. Sesampai di airport Cairo, aku menukar duit. 1 euro bersamaan 8 genih. Telingaku menangkap suara “Kak Hanim! Kak Hanim!”. Di celah-celah orang-orang arab yang dua kali ganda saizku, aku melihat kelibat insan-insan shahibud-dakwahku yang amat dirindui.

.

pyramidItulah nawaitu aku terbang hampir separuh globe, untuk ziarah bertemu pewaris-pewaris Nabi Musa & Nabi Harun ini. Aku tidak hairan kepada piramid buatan Firaun, mahupun sphinx. Aku lebih hairan dengan sahabat-sahabatku ini… manusia-manusia luar biasa yang beriman dengan risalah rasul-rasul yang tidak pernah ditemuinya dan mewarisi tugas menyeru islam itu tanpa banyak komplen, melaksanakannya walau di bumi manapun Allah mencampakkan dirinya. InshaAllah, aku juga mahu seperti mereka.

.

Mesir sedang winter. Namun suhunya cumalah seperti summer di Ireland, 20 darjah celcius. Tidak seperti para pelajar di Ireland, para pelajar Al-Azhar dan Cairo University tiada cuti Christmas yang panjang. Lain benar segala-galanya di Mesir ini. Udaranya kering dan berdebu. Sahabatku dari Ireland sudah hilang langsung suaranya sebaik sampai di Mesir. Aku juga seakan terasa ada pasir yang tersekat di kerongkong. Huhu.. boleh dapat bronchitis.

.

The people… The life… Kereta tidak pernah berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki seperti di ireland & di sini tidak ada siapa peduli kepada lampu isyarat atau lintasan Zebra. Hasilnya, siapa mahu melintas, perlu redah saja dan inshaAllah kereta akan hon dan mengelak pejalan kaki dengan belok sikit. Semua orang melintas dengan cara itu. Aku bersyahadah setiap kali sebelum melintas jalan di Mesir!

.

cairoOleh sebab tiada siapa yang kisahkan lampu isyarat, di simpang 4, siapa yang hon dulu, maka dialah yang akan jalan dulu. Itu agaknya kawasan paling hiruk-pikuk sekali di bandar Cairo. Tak usahlah buat rumah dekat-dekat simpang. Tak aman. Malangnya kukira Mesir negara umat islam ini tidak termasuk dalam senarai negara paling bersih.

.

Namun ada keajaiban di sebalik semua itu. Jika kita naik bas di Mesir, keadaannya tentu sekali sesak seperti ikan sardin dalam tin. Konduktor bas akan duduk di belakang bas dan tambang dibayar dengan cara kita beri saja duit pada orang sebelah kita dan duit itu akan passing dari tangan ke tangan hinggalah ke konduktor di belakang sana. Baki juga dipulangkan begitu hingga sampai ke tangan kita tidak berkurang walau 1 sen. Tak ada orang akan curi duit itu masuk poket sendiri. Sistem pungutan tambang paling mantap! Nyah semua mesin-mesin tiket canggih.

.

 

 

flatDan bagi peminat-peminat novel Ayat-ayat Cinta, ya.. aku sudah saksikan jual-beli dengan bakul itu. Orang-orang di mesir ramai yang tinggal di rumah pangsa. Untuk suri rumah membeli ikan dan sayur, mereka tidak perlulah turun ke bawah, tapi turunkan saja tali dan bakul dari atas, beserta duit. Ikan & sayur akan dimasukkan ke dalam bakul oleh penjual beserta duit baki. Alangkah mudahnya jual beli itu. Tak cerewet, jujur, jauh dari fitnah, himpit-himpit pasar dan sesuai untuk orang yang malas turun tangga.aac

.

 

Suatu hari yang sejuk di Mesir, aku menunggu komuter (kat sana panggil Metro) untuk pulang dari pasar. Walau tidak secantik KTMB, namun aku menyanjung Metro Mesir, kerana gerabaknya diasingkan untuk lelaki dan perempuan. Walau macam mana sesak sardin pun gerabak itu, semuanya adalah perempuan. Alhamdulillah! Aku terlalu membenci himpitan-himpitan lelaki perempuan dalam LRT dan Komuter Malaysia.

.

Dalam hiruk-pikuk orang-orang yang hampir penyek dalam gerabak Metro itu, tiba-tiba aku terdengar satu suara nyaring memekik,

 

“SALLALLAAHU ‘ALAN-NABI !!!!”

 

Serta-merta gerabak itu senyap! Kerana semua penumpang terkumat-kamit mulut, masing-masing berselawat kepada Rasulullah saw. Rupanya orang-orang arab terlalu menghormati baginda Rasulullah saw. Kata sahabat-sahabatku, kalau hendak menenangkan orang arab, itulah caranya. Kalau sedang baran, bacakan saja selawat pada orang itu, pasti dia akan beristighfar. Yang memekik itu tadi rupanya cumalah seorang budak perempuan belasan tahun yang naik Metro itu bersama adik-adiknya. Mungkin dia rimas dengan riuh-rendah Metro itu tadi. Dan budak perempuan itu menyambung selawatnya dengan melaungkan sekuat-kuat hatinya doa naik kenderaan, diikuti oleh semua penumpang dan satu gerabak meng’ameen’kan. Satu kehebatan!

.

 

Betul, Mesir ramai penduduk miskin. Tak sekolah. Tak tahu cakap omputih. Rakyatnya tidak berdisiplin. Negaranya banyak sampah. Bangunan tak cantik. Udaranya berpasir. Airnya rasa kelat. Namun kejujuran mereka telah menambat hatiku. Betapa mereka mengagungkan Rasulullah tidak tertanding. Betapa mereka mendahulukan dan menghormati wanita… ah… usahlah negara barat mahu berlagak. Ayuh ke Mesir dulu!

.

 

adik1Bila kita pergi tempat yang baru, janganlah kita cuma asyik melihat bangunan, keindahan cuaca, kesejukan suhu, keenakan makanan, harga barang-barang… tetapi perhatikanlah orang-orangnya, masyarakatnya, umatnya. Bukan rupa dan kecantikan kulit, tetapi cara hidup dan adabnya, kebiasaan dan budayanya. Dari situ kita akan belajar, lebih banyak mutiara yang dapat dikutip, berbanding kalau kita cuma sibuk seronok mengambil gambar bangunan & pemandangan. pacikKita akan lebih faham tentang dunia & manusia, tentang nilai & budi, tentang islam & umat. Dan semoga itu menambahkan keimanan. That’s all that matters! Kalau begitu barulah berbaloi setiap saat, setiap sen dan tenaga sepanjang kembara. Dan bagiku, EGYPT WORTH IT. =)

.

 

~dedicated to Ruhul Jadid.

.

ar-rumaisa

23 Dzhulhijjah 1428H

Galway

3 Comments leave one →
  1. June 3, 2009 8:04 pm

    MasyaAllah ukht, penulisan yang menarik,
    perkongsian pengalaman yang bermanfaat…

    Salam dari Negara Barat

  2. June 6, 2009 9:56 am

    inilah bumi Mesir..Bumi kami tinggal sekarang..

    Bumi yang kami sedang berjuang..

    Akak! Terima Kasih😀

    Akak! sudah rinduu dan dahaga..

    Dan Akak! fathy nak copy entry ni dekat blog fathy boleh?
    mmg sgt best la kak🙂

  3. June 7, 2009 2:28 pm

    Memang antum bertuah sekarang. Dulu lagi seksa. Musim panas seperti dalam neraka. Nak tidur dalam rumah kena spray dulu kat dinding dan pakai seluar pendek tanpa baju. kalau tidak berasap seluruh badan.

    Lecturer tak pandai english …semua lecture in arabic! bayangkan. Tension dan stress bagai nak gila. Tiada jalan pintas. Kena hafal semua buku …

    Bau badan orang arab dalam kelas pun menambahkan tension. Macam duduk dalam lembah najis …

    Itulah beza student dulu dengan sekarang. Nak cerita panjang pun rasa nya terlalu panjang. Lebih panjang dari cerita ayat ayat cinta …

    Itulah yang saya alami …

    Nak tau lagi … saya cerita kemudian kalau ada kesempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: