Skip to content

Kita malas membaca?

January 12, 2008

buku2Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

.

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataannya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya:

Tenanglah, percayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; Iqra (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Qaradawi).

________________

Benarkah? Sempena 1429 Hijriah ini, let’s do some reality check.

 

– Ketika sedang menunggu atau dalam komuter/LRT/bas, selalunya apa yang kita lakukan? Tengok orang/sembang kosong/usik-usik handphone… atau sesuatu yang lebih baik dari semua itu?

– Berapa ramai antara kita yang selalu baca suratkhabar? Kalau tidak pun, baca akhbar online sambil buka email? Atau cuma buka page Pancaindera?

– Selain buku bidang yang kita study, adakah apa-apa buku lagi yang selalu di sisi kita?

– Apa yang selalunya kita lakukan sebelum melelapkan mata setiap malam? Hantar SMS/termenung(muhasabah diri?)/tertidur tak sempat apa-apa?

.

InshaAllah, sekarang serba-sedikit kita sudah boleh menilai apakah benar kata-kata Moshe Dayan, bekas Menteri Luar Israel itu. Adakah keberaniannya serta musuh-musuh Islam yang lain sesuatu yang membabi buta atau berdiri di atas kelemahan kita? Membaca pintu kepada ilmu. A man who doesn’t read good books is no better off than a man who can’t read. Yusuf Al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Dunia juga sudah mengeluh dengan tabiat malas kita.

..

Ayuh kita jangan cuma ‘mengutuk kegelapan tanpa cuba menyalakan lilin’. Maka, apa salahnya jika kita menambah dalam azam 1429 Hijriah kita dengan satu hobi baru yang seronok. Cadangan saya – 10 minit sehari tidaklah terlampau lama jika kita cuba untuk luangkan masa membaca menambah ilmu & meluaskan pemikiran, tidak kiralah di mana. Boleh beli buku yang kecil & nipis untuk lebih rasa gembira nak mula baca & muat masuk dalam beg, walaupun buku itu cuma tentang Tips To Be Confident atau Kisah 4 Wanita Penghulu Syurga. Sejujurnya, saya rasa memang tidak sama baca apa-apa di internet dengan betul-betul mempunyai buku dalam beg yang dibawa ke mana-mana. Impaknya lain. Lagipun, kalau dalam komuter, mana ada internet. Daripada tengok orang-orang sekeliling & mengomel dalam hati (tudung akak tu tak matchinglah… ish kenapa pakcik tu buang sampah kat situh… dll), baiklah kita tundukkan pandangan dan baca buku yang best! Bacalah buku apapun, bidang apapun yang kita rasa minat, asal bermanfaat.

.

Bookish

Jangan sampai kita tetap di dalam dunia tempurung yang gelap gelita walaupun internet broadband terpasang di setiap rumah manakala buku-buku selain Mangga dan Hai tinggal berhabuk di kedai-kedai.

Maka ketawalah Moshe Dayan.

.

~To read without reflecting, is like eating without digesting.  (Edmund Burke)

.

ar-rumaisa

4 Muharram 1429H

Galway.

(taken from muntalaq.wordpress.com)

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: