Skip to content

tak mati pun

January 24, 2008

Lama saya berdiri di depan peti sejuk itu. Mata melilau memilih-milih air apa yang hendak diminum. Dari kotak ke kotak, botol ke botol, dari tingkat ke tingkat rak peti sejuk itu. Tidak puas hati, saya beralih pula kepada peti sejuk lain dalam Na Bialanna (university cafetaria) itu. Kenapa semua pun tak boleh minum nih? Tension.

.

botolMasakan saya tidak geram, hampir semua jenis & semua brand air minuman dalam Na Bialanna itu… baik air mineral, jus buah, air berkarbonat, air isotonik dan air kotak sekalipun adalah dari Coca-Cola Company. Walaupun hati sebenarnya sangat teringin untuk minum Nestea itu, namun saya merasa sungguh saya tidak dapat menelannya! I just can’t. Kerana Nestea juga anak syarikat Coca-cola Company, tertulis jelas di botolnya. Betapa hebat monopoli Coca-cola dalam industri air minuman di Ireland ini.

.

Kalau di Malaysia ada banyak lagi alternatif minuman. Kita ada air kelapa yang segar dan manis dijual merata-rata… boleh minum dengan gembira. Tapi di kafe Na Bialanna ini, saya cuma tinggal 2 pilihan kalau tidak mahu minum produk Coca-Cola Company – boiled water or tap water. Akhirnya saya ambil saja air panas, tunggu sejuk baru minum. Sahabat saya yang lebih rajin… langsung keluar dari Na Bialanna mencari kedai lain untuk mencari minuman dan kembali dengan sekotak Ribena.

.

Kami duduk di situ sambil mengenangkan keluarga di Gaza, Palestine. Bagaimana kami bisa menelan air Coca-cola Company yang menjadi financial supporter kepada Israel, musuh yang membunuh ahli keluarga kami? We can’t! And we won’t. Kami tidak mati pun jika tidak meminumnya.coke

.

RESEARCH FINDINGS :

– From 1966 onward Coca-Cola has been a staunch supporter of Israel.

– In 1997 the Government of Israel Economic Mission honored Coca-Cola at the Israel Trade Award Dinner for its continued support of Israel for the last 30 years and for refusing ro abide by the Arab League boycott of Israel.

– In 2001 the Coca-Cola World Headquarters hosted and was the main sponsor of the American-Israel Chamber of Commerce Awards Gala.

– In February 2002, Coca-Cola teamed up with “Friends of Israel” and National Hillel to co-sponsor a lecture given by the infamous zionist correspondent Linda Gradstein at the University of Minnesota.

– In October 2005, Coca-Cola increased its investment in Israel by buying a 51% controlling interest in the Tavor Winery.

.

Kalau ada seorang pemilik kedai kopi telah membunuh ayah kita sesuka hati, adakah kita sanggup untuk tetap minum kopi & lepak di kedainya?

.

nenekAllah sahaja yang tahu penderitaan keluarga kita di Gaza sana, yang saat ini sedang dalam gelap dan kesejukan winter ini kerana bekalan elektrik mereka dari stesen janakuasa telah diputuskan akibat kehabisan bahan bakar hasil kepungan & pakatan Israel dengan kerjasama European Union. Hospital tidak dapat berfungsi & bekalan perubatan telah disekat. Beberapa hari yang lalu saya mendapat berita tergempar:

Gaza besieged!! Food and water supplies running out!! 1.5 million Palestinians need desperate help!!

 

Tidak sampai 24 jam kemudian bertubi-tubi email datang ke inbox saya dari pelbagai NGO meminta sumbangan kepada penduduk Gaza dihulurkan segera. Gaza mula menghiasi dada-dada akhbar. Al-Jazeera melaporkan:

“A palestinian Health Ministry official said: We have the choice to either cut electricity on babies in the maternity ward or heart surgery patients or operating rooms.”

Kita selalu komplen layanan hospital tidak bagus. Kita selalu buang makanan. Kita selalu…. (sambunglah sendiri).

.

egyptborderLebih memilukan di puncak krisis ini, rakyat Palestine yang berjaya lari ke sempadan Mesir membawa tin kosong untuk mencari bekalan minyak, telah dihalang oleh tentera Mesir, dihalau balik dengan kawat berduri dan telah berlaku insiden dipukul dengan belantan.

Sedangkan itu Mesir… sedangkan itu Muslim…

Ummati… Ummati…

.

Now tell me, how can you still drink Coca-Cola? Eat McDonalds? Use Johnson&Johnson? And wear DKNY?

Sedangkan ini Malaysian… sedangkan ini Muslim…

Ummati… Ummati…

How could you…….. How could you??!!

.

 

ar-rumaisa

18 Muharram 1429H

Galway.

 

Reference: Islamic Human Rights Commission, London. 
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: