Skip to content

Ustazah

April 17, 2008
tags:

Kadang-kadang kita rasa kita susah, tapi hakikatnya ada orang lain lagi susah. Kita ingat ujian Allah kat kita ni sangat-sangat mencabar, tak sanggup rasanya, tapi orang lain punya ujian lagi dahsyat lagi berat. Kerana syurga itu mahal. Takde siapa cakap syurga itu murah. Kalau hidup sentiasa bebas dari ujian, dengan apa kita nak bayar tiket syurga?

.

Baru-baru ini negara Mesir telah menangkap 40 orang lelaki, dan 2 hari lepas Mesir mengumumkan pemenjaraan 25 orang daripada lelaki-lelaki itu. Saya tidak tahu apa-apa tentang mereka. Saya tidak pernah tahu mereka di mana. Saya tidak pernah lihat wajah mereka. Cuma… saya mengenali nama-nama sebahagian dari mereka! Kerana tulisan-tulisan mereka tidak asing bagi diri saya. Saya biasa membaca hasil pena mereka – buku-buku tafsir,sirah… banyak yang hasil karya mereka. Banyak yang telah memberi ilmu serta kefahaman pada saya, telah memberi kesan yang dalam kepada jiwa saya.

.

Lalu saya merasa sangat sakit hati dengan penangkapan mereka, dengan penyumbatan mereka ke dalam penjara. Kerana saya tahu mereka adalah manusia-manusia yang soleh. Saya telah banyak mendapat tempias islam dari penulisan mereka. Sakit hati saya terhadap hukuman zalim Mesir kepada mereka sangat sukar untuk dibendung-bendung. Moga Allah beri kekuatan kepada mereka di saat-saat kesusahan dan saat-saat genting seperti ini.

.

Selama ini saya cuma mengenali mereka sebagai nama pengarang yang tertulis di atas kitab dan hasil pena mereka yang hebat. Apabila tersiarnya berita itu beserta gambar dan details diri mereka, barulah saya tahu rupanya mereka itu rakyat Mesir, buat pertama kalinya saya melihat wajah mereka, dan saya juga sangat terkesan apabila mengetahui mereka yang menulis buku-buku islami itu bukanlah SyeikhSyeikh, dan bukan orang yang mengajar agama secara rasmi yang bertitle Ustaz (ini definisi umum orang melayu terhadap perkataan ustaz/ustazah) walaupun mungkin mereka mempunyai kelayakan, tetapi mereka adalah doktor dan engineer, professor dan akauntan, pakar bedah dan ahli perniagaan!

.

Maka…

Ia hanya menambahkan lagi koleksi bukti bahawa bukan orang yang belajar Syariah sahaja perlu dan boleh faham Islam dengan mendalam. Bukan orang yang ada title Ustaz-Ustazah sahaja berhak bicara tentang ilmu islam. Tidak sama sekali. Islam itu milik semua orang, patut difahami semua orang dan menyeru islam & kebaikan itu tugas semua orang. Doktor, Engineer, Akauntan, Businessman itu cuma pekerjaan sahaja. Cuma ALAT untuk menyeru islam dan menyara hidup. That’s all.

.

Syed Qutb adalah seorang sasterawan yang menulis buku Fi Zilalil Quran yang hebat, Mustafa Masyhur adalah seorang engineer yang menulis buku tentang dakwah dan contoh di Malaysia, kita ada Abu Urwah, engineer yang menulis 9 siri buku Risalah Usrah.

Apa pendapat anda?

.

“Awak ni cakap macam-macam pasal agama, nak jadi ustazah ke?”

Ah.. fahaman yang silap! Terlalu silap.

“Saye ni bukannye Ustazah, cuma nak nasihat sikit..”

Nasihat itu kan bagus, maka silakanlah. Kenapa perlu cakap ’saya bukan Ustazah’? Bukankah kita semua memang patut take care each other?

“Awak pakai baju macam Ustazah lah”.

Maksudnya? Ustazah seorang saja ke wajib tutup aurat? Huhu, please wake up…

.

Saya tidak marah dengan kata-kata sebegitu. Tidak juga bergembira. Mungkin itu doa. Cuma saya sangat berharap dapat menjelaskan tentang apa yang saya kira sebagai salah faham.

Kita adalah muslim, tidak kiralah apa kerja kita dan jawatan kita. A muslim doctor, a muslim engineer, a muslim accountant etc. Islam itu milik semua orang, patut difahami semua orang dan menyeru islam & kebaikan itu adalah tugas semua orang,tanpa mengira berjawatan Ustazah atau bukan. Terpulanglah pada kita hendak mengaku hakikat ini atau tidak. Kita mengaku atau tak, tidak merubah apa-apa pun. Tanggungjawab ini memang sudah ada pun di bahu kita. Nothing changed.

By the way, this article is written by a medical student.

.

ar-rumaisa
17 April 2008
final year medical student
universiti kebangsaan galway, ireland

5 Comments leave one →
  1. sab permalink
    June 23, 2009 4:20 am

    assalamualaikum pemilik blog, saya sgt suka dengan semua post dlm blog ini. byk sampai ke hati ini ditambah dengan ujian yang sedang saya hadapi kini. Namun saya sering diingatkan bhw ujian saya terlalu kecil utk dibandingkan dgn org soleh terdahulu. Appreciate if i can have ur personal email so dat i can have some sharing-discussing process with u.

  2. ar-rumaisa permalink*
    June 28, 2009 8:15 pm

    Salaam sab,
    Alhamdulillah, moga blog ni ada manfaatnya utk kita semua. Feel free to reach me at ar_rumaisa@yahoo.com or YM. Salam perkenalan sis!

  3. mahdiah permalink
    April 27, 2010 7:32 am

    salam kak hanim..segala penulisan kak hanim sgt bermanfaat..dan saya selalu ternanti2 post terbaru kak hanim..tatkala baca penulisan kak hanim, saya cuba berfikir cara akak berfikir..
    p/s:semoga penghijrahan saya berkekalan..

  4. anonymous permalink
    November 13, 2011 3:15 pm

    terima kasih atas perkongsian ilmu yg telah membuka mata hati sy.. semoga saudari dimurahkan rezeki untuk berkongsi lebih banyak ilmu dengan saudara muslim yg lain.. jazakallah…

  5. December 18, 2011 8:17 pm

    Yang menjadi soal adalah defisit contoh baik yang ada di masyarakat kita saat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: