Skip to content

hati batu

April 28, 2008
tags: ,

Assalamualaikum kawan-kawan saudara-saudara seiman yang saya kasihi,

Sekarang tengah exam. Jadi saya tidak punya banyak masa untuk menulis. Namun ada beberapa perkara yang saya seolah merasa ‘wajib’ untuk dikongsikan dan diceritakan sekarang. Bukan kerana saya takut tidak punya waktu lain untuk menulis, bukan tidak boleh tulis tunggu lepas exam nanti, tetapi kerana saya bimbang saya sendiri yang sudah terlupa, atau sudah hilang ‘passion’ terhadap apa yang bakal saya tuliskan ini, takut perasaan itu lemau.

.

Kerana sebenarnya blog ini menjadi tazkirah penting untuk diri saya sendiri, peringatan untuk diri saya yang selalu lupa. Maka apabila saya menulis apa-apa pengalaman, tauladan atau tazkirah, saya sendiri akan lebih ingat dan lebih rasa Mesti Buat, Mesti Laksanakan apa yang saya serukan pada orang lain. That’s how this blog works for me. Ia ibarat janji kepada diri sendiri, papan tanda amaran untuk diri sendiri dan semoga cara ini juga akan terus membuatkan saya istiqamah untuk terus berkongsi dan menulis. Moga ada yang mendapat manfaat apabila menatapnya. Saya yakin, apa yang dari hati akan sampai ke hati. InshaAllah.

.

Musim-musim exam ini, hidup memang bergelumang buku. Sempit dunia rasanya! Hanya berhenti untuk solat, makan dan tidur. Jiwa rasa ‘kering’. Sudah lama tidak disiram dengan peringatan-peringatan batuyang melembutkan hati, menghidupkannya kembali. Kadang-kadang orang forward tazkirah apa-apa kat Yahoo Messenger pun, rasa payah sangat nak tembus ke hati. Huhu, sudah jadi batu agaknya hatiku ini. Astaghfirullahal’adzim.

.

Namun, pertemuan ringkas dengan seorang sahabat tercinta 3 hari lepas telah berjaya mengubati ketandusan itu. Pendek sahaja ucapannya kepada saya, namun cukup bermakna dan menjadi tazkirah yang telah menembusi hati saya. Bukan mudah tu. Maka saya amat menghargainya. Thank you Allah for letting her words went deep into my heart. Kata sahabat saya,

“Kena baca Quran selalu. Hafal ayat Quran tu penting. Kita tak tahu sampai bila Allah izinkan baca. Siapa tahu suatu hari nanti Quran akan hilang dari kita? Kalau satu hari nanti kita buta macam mana? Nanti kita cuma tinggal dengan ayat-ayat Quran yang dah ada di dalam dada. Yang kita pernah hafal. Itu saja. Fikir. Jadi skrg ni kena baca puas-puas, hafal banyak-banyak.”

.

Ya, kalau buta nak baca Quran dah tak boleh. Sedih. Nak hafal pun susah. Apa yang dah ada dalam dada, itu sajalah bekalan kita. Sikitnya! Masa exam ni, bacaan Quran mmg banyak berkurang, merudum, walaupun solat hajat bertambah, banyak meminta. Malu kat Allah. Malu..

.

Satu lagi ‘wake up call’ yang telah menembusi dinding hati saya yang seperti tembok batu di musim exam ini ialah satu ayat Al-Quran yang saya baru terbaca:

.

Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan TAUBAT NASUHA (taubat yang semurni-murninya), Mudah-mudahan Rabbmu akan MENUTUPI KESALAHAN-KESALAHANMU dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada HARI ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama Dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah At-Tahrim : ayat 8)

.

Taubat nasuha.. taubat nasuha…

domMoga dengan itu Allah akan menutupi kesalahan-kesalahanku (yang bertimbun-timbun itu, yang tidak terbilang itu, endless and uncountable!) pada Hari Perbicaraan di Mahkamah Agung akhirat sana, ketika tidak ada peguam bela, dengan Rakib & Atid sebagai  PendakwaRaya, tangan kaki menjadi Saksi dan Allah subhanahu wa taala yang menjadi Hakimnya. There will be NO ESCAPE. Kalau Hakim tidak ingin mengampunkan, tidak sudi menutupi kesalahan, taknak buang kes… that’s it for me! Doomed & cursed. Naudzubillahiminzalik.

Maka cepat taubat. taubat. taubat. taubat. taubat………..

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: