Skip to content

Jellyfish

May 10, 2008
tags: ,

jellyfish5 tahun menetap di bumi Ireland, tidak sedikit bilangan pertemuan saya dengan Christian missionaries. Tidak sedikit bilangan perbualan yang pernah berlaku antara mereka dan saya. Mereka yang pernah saya temui juga terdiri dari beberapa mazhab dan agama, yang Christian catholic, Christian Protestant, Jehovah Witness dan tidak lupa, Atheist (tak mengaku Tuhan pun). Saya merasa peluang bertemu dan berbicara dengan mereka itu satu kurniaan Allah yang berharga. These were brilliant and enriching experiences.

.

Saya dapat banyak belajar tentang kepercayaan mereka. Dulu saya tak tahu apa-apa tentang Jehovah Witness. Bila sampai Ireland, pertama kali saya dengar pun ialah sebab ada pesakit wanita mengandung beragama Jehovah Witness yang tak mahu doktor masukkan darah ke dalam badannya, walaupun dia banyak kehilangan darah, sampai mati sekalipun. Itu pegangan Jehovah Witness. Bila doktor nak selamatkan nyawanya dan masukkan darah, dia saman dan heret kes itu ke mahkamah.

.

missionariesSetiap kali insiden pertemuan dengan para missionaries itu berlaku, ia tidak pernah dirancang. It could happen at anytime, anywhere, usually when i least expect it. Selalu saja mereka mengetuk pintu rumah saya di Corrib Park ini untuk menyampaikan dakyah kristian. Gereja pun dekat. Tiap-tiap Xmas akan dapat kad ucapan dari gereja. Tiap-tiap minggu dapat surat jemputan ke sana beserta sampul surat untuk masukkan duit derma. Tiap-tiap kali nak pergi shopping pun akan lalu gereja. Kadang-kadang mereka bagi pamphlet tentang Jesus. Kadang-kadang mereka siap bawa bible. Kadang-kadang berlenggang sahaja. Maka hakikatnya, saya perlu sentiasa bersedia. Mereka bertanya a lot of provoking questions. Adakalanya mereka juga akan memulakan dakyah kristian dengan mengajak berbincang tentang isu dunia, meminta pandangan saya atau dengan bercerita sedikit tentang Jesus.

.

They are undeniably, charming people. And honestly, i love talking to them! If ‘charm’ alone can convert people, i would have been converted. But charm is not everything. The theology is not right. Selalunya, missionaries yang datang itu muda-muda belaka. Segak dan kemas. Mungkin lebih kurang saja umurnya dengan saya. Ada juga yang lebih berusia. Namun saya sanjung keberanian mereka, mahu bercakap tentang kristian, mahu bercerita tentang kepercayaan mereka, walaupun nampak saya ini berjubah dan bertudung. I admire their determination. Dan saya tidak kisah untuk bersembang panjang. Saya suka juga untuk berkongsi dengan mereka pandangan saya terhadap Tuhan, terhadap dunia dan kehidupan, dan terhadap masalah manusia hari ini. It is a nice discussion to have.

.

Saya pendengar setia kuliah Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. Bagi kawan-kawan yang tidak kenal siapa Ahmad Deedat, Allahyarham adalah seorang ulama’ dari Afrika, yang mahir Al-Quran dan juga Bible dan seringkali terlibat dalam Interfaith Debate. Saya suka dia. Namun, saya masih ingat dalam salah satu kuliahnya, Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat ada menyebut tentang KITA – orang islam Malaysia. Beliau kata orang islam Malaysia ni…

“JELLYFISH! Spineless muslims! Demasculated!”

.

Beliau kata orang kita ni lembik. huhu. Sebab, tak pernah buka mulut. Kita tidak berkongsi tentang Ad-Deen yang haq dan mulia ini pada orang lain, malah selalu menjauhkan. Kita tidak pernah mahu bercerita kepada 48% rakyat Malaysia yang non-muslims itu tentang Islam yang kita anuti, padahal mereka our dearest friends. Kita lagi suka nyorok. Satu contoh lagi ialah pelajar malaysia oversea yang lunch dengan kawan omputih dan beli sandwich sayur, kemudian kawan omputih itu bertanya,

“Why did you just buy veggies? The chicken tastes great here. Are you vegetarian?”

sandwichHah. Kalau malas, cakap sajalah “Yes“. Habis cerita. Tetapi sebenarnya kita bukan beriman dengan prinsip vegetarian, bukan? Hakikatnya kita beriman dengan prinsip Islam, halal atau tidaknya ayam itu. Tetapi selalu kita tidak mahu cakap. We are being ‘jellyfish’ at that time. Lembik. Syeikh Ahmat Deedat was right!

.

Tidak cukup dengan itu, kalau orang datang tanya tentang islam, kita jadi tak tentu arah. Kalau missionaries apa-apa datang, lagilah, kita terus cabut lari. Kenapa? Scared of holy water?

.

One of the biggest FACTOR, Syeikh Deedat said, is actually because we do not know our own Quran well. We don’t know what to say. Some of us don’t even understand what we read (kitalah tu kan – malaysian muslims). Ada antara kita yang tidak tahu pun maksud Surah Al-fatihah. Ada yang faham dan tahu terjemahannya, tapi nak cerita to our dearest Chinese, Indians or Irish friends, lain tahunlah.

.

Kalau kita menyangka akhlak yang baik itu sudah cukup untuk berdakwah, kita silap. As i’ve mentioned before, charm alone is not enough. Rasulullah saw mempunyai akhlak yang terlalu sempurna, tetapi baginda tetap berdakwah beria-ria, bermati-matian menyampaikan. Akhlak yang baik memang penting, tetapi akhlak saja tidak cukup untuk mengajak orang lain, jika ia tidak disertai dengan kesediaan kita bercerita tentang islam. Jauh dari cukup. We need to speak up.

.

Saya benar-benar terasa bila Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat melabel ‘JELLYFISH’ pada kaum saya, pada orang islam negara saya. Tetapi saya tidak mampu menafikannya. Saya sendiri selalu menjadi Jellyfish bila berhadapan dengan para missionaries. I was always caught unprepared. Saya tidak tahu ayat Al-Quran apa yang boleh saya ceritakan. Kalau tahu pun, saya tak tahu English translation nya pula. Terjemahan ayat Quran yang suruh pakai tudung pun saya tak hafal. Namun isu sebenar ialah saya tak confident. So when people provoke, i tend to fumble.

.

Kerana itu pertemuan yang berulang-ulang kali dengan Christian Missionaries adalah bermanfaat bagi saya. It builds me up. Syeikh Ahmat Deedat suruh kita bersedia. Kenali Al-Quran kita dan baca terjemahan. Saya ingin mengambil nasihatnya. Saya ingin hafal English Translation beberapa ayat Al-Quran. I will be more prepared the next time i meet those charming Christian missionaries. Kali ini saya tidak mahu sekadar berdialog berkongsi pendapat dengan mereka. Saya mahu fasih, saya mahu kongsi ayat-ayat Quran. InshaAllah.

Enough Jellyfishing!

.

~moga Allah mencucuri rahmat buat Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. Al-fatihah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: