Skip to content

Allahussomad

May 13, 2008

doctorMaha Suci Allah dan segala puji bagiNya, pujian sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya, dan seberat timbangan arasyNya dan sebanyak dakwat kalimatNya. Tidak ada apa yang mudah melainkan apa yang Allah mudahkan. Tidak ada apa yang susah melainkan apa yang Allah susahkan.

.

Syukur yang selama-lamanya, yang tidak berkesudahan kepada Allah yang mengizinkan satu cita-cita kini telah menjadi kenyataan. Doa ibu ayah yang tiada pernah henti telah sebahagiannya termakbul. Tidak lupa, terima kasih dan salam sayang buat semua guru-guru dan sahabat-sahabat yang tidak jemu mendoakan diri ini baik dari jauh dan dekat. InshaAllah, doa dari jauh yang dipanjatkan di luar pengetahuan insan yang didoakan itu adalah sangat mustajab. Jazakumullahu khayran katheera.

.

Dulu masa darjah 1, cikgu suka tanya, “apa cita-cita awak?” dan saya akan menjawab “Doktor”. Tanpa fikir panjang. Tanpa teragak-agak. Tanpa mengetahui apa maksudnya menjawab begitu. Tanpa tahu apa cabaran yang menanti jika mahu menyebut begitu. Tanpa ada sebarang idea tentang manusia yang dipanggil ‘doktor’ itu, kecuali dia tolong orang sakit.

.

Selepas tingkatan 5, sekali lagi ibu ayah, kawan-kawan, atuk nenek, sedara-mara, jiran-jiran, pegawai MARA dan pegawai JPA tanya “Fadzilah nak ambil kos apa?”. Tanpa banyak proses pemikiran berlaku dalam otak, tanpa banyak songeh, tanpa banyak maklumat tentang alam perubatan & medical school, tanpa banyak berbual dengan orang yang lebih berpengalaman, saya terus menjawab “Medic”. Entah apalah yang saya fikirkan ketika itu.

.

Ketika itu saya juga tidak pandai solat istikharah. Fikiran pun tak panjang. Ikut saja ke mana arus membawa. Pengaruh dan expectation masyarakat sekeliling. Kalau result SPM ok, biasanya orang amik medic. Maka saya turutkan saja. Dapat peluang, saya ambik. Dapat offer, saya terima. Namun Allah Yang Maha Bijaksana telah menetapkan apa yang terbaik untuk diri saya.

.

stressBenar, nak masuk medical school banyak sekali cabarannya. Apabila dah jadi budak medic pun bukan senang. Tapi, mana ada perkara yang senang dalam dunia? Hakikatnya, jadi budak engine pun susah jugakan? Amik kos accounting pun kalian berhempas-pulas jugakan? Kerja lawyer pun sakit kepala jugakan? Sangat tidak adil utk mengatakan Medic sahaja yang susah. Tidak. Saya tahu orang lain juga sama mencabar, sama susah atau mungkin lebih lagi dari saya.

.

5 tahun bergelar budak medic, saya merasakan Allah telah mengajarkan saya lebih dari sekadar ilmu medic, lebih dari apa yang tertulis di dalam buku, dalam lecture mahupun praktikal. Saya belajar tentang manusia, tentang kehidupan, tentang kematian, tentang tawakal, tentang sabar, tentang ukhuwah dan macam-macam lagi.

.

Exam pula, hakikatnya hanyalah satu peluang yang Allah beri untuk kita kutip pahala berdoa dan bertawakal padaNya. That’s all exam is about. Sebab result exam, berjaya atau tidaknya, itu sebelum kita lahir lagi Allah dah tetapkan. Namun oleh kerana selama ini saya tidak tahu apa ketetapan Allah untuk diri saya,maka saya berdoa dengan cemas dan penuh pengharapan sebelum final exam. Cuaknyer malam sebelum exam tu. Bila cuak, gelabah, takut dan merasa tidak ada jalan keluar lagi dari keserabutan yang bertubi-tubi, pada ketika itulah manusia akan ingat pada Tuhannya, pergantungannya secara spontan akan kembali kepada Yang Maha Berkuasa.

Quran_ikhlas_2c_1

“Allah tempat pergantungan segala sesuatu.” (Al-Ikhlas : ayat 2)

Orang Atheist yang tak mengaku Tuhan wujud itu pun, sampai satu masa ketika merasa kematian itu seakan terlalu dekat, nyawa terancam, pasti hatinya akan dengan penuh cemas berdoa satu kuasa akan menyelamatkannya. Allah ada sebut hal ini dlm Al-Quran dalam ayat yang lain.

.

Masa final exam haritu, sangat rasa pertolongan Allah. Saya tahu, kalau dengan usaha saya saja, tak mungkin saya akan lulus. Terlalu sedikit ilmu saya dalam bidang perubatan yang ever-expanding ini, dengan examiner iaitu doktor-doktor pakar yang boleh tanya saya apa sahaja soalan yang terlintas di minda mereka, dan pesakit-pesakit yang pelbagai penyakit dan kerenah. Anything could happen.

.

booksPasti Allah lah yang telah menggerakkan hati dan lidah doktor-doktor pakar itu untuk bertanya pada saya hanya soalan-soalan yang saya tahu menjawabnya, melembutkan hati mereka untuk memaafkan atau mengabaikan kesalahan saya. Tentu Allah yang telah mendetikkan hati saya untuk membaca topik yang akan keluar dalam exam dan mukasurat tertentu daripada kitab-kitab perubatan yang tebal itu pada malam peperiksaan. Tidak lain hanya Allah yang boleh menguatkan daya ingatan saya agar ilmu itu kekal menjadi hafalan saya setelah dibaca. Allah jualah yang menjadikan detik-detik waktu final exam itu berjalan lambat dan terasa panjang hingga cukup untuk saya menyelesaikan segala yang perlu semasa exam. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

.

Sesungguhnya mendapat title Dr ini tak dapat pahala pun. Bukan sebab kita graduate Allah kasi pahala. Tetapi inshaAllah yang dapat pahala adalah kerana tawakal dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah ketika melalui detik-detik sukar itu. Yang dapat pahala adalah kerana doa & solat hajat itu. Yang dapat pahala adalah kerana amal kita belajar itu. Yang dapat pahala adalah kerana usaha yang jujur sebelum mencapai matlamat. Yang Allah beri ganjaran adalah kerana kita berukhuwah dan menjaga persahabatan walaupun tengah stress & tension. Itu yang Allah nilai.

.

Hari ini juga, seorang sahabat tercinta mengingatkan, segulung ijazah kedoktoran ini tidak bermakna apa-apa di sisi Allah. Ia hanyalah sekeping kertas tanda pengiktirafan manusia. Ia tidak berguna langsung dalam neraca Allah, kecuali jika kita ikhlas semasa kita belajar ilmu Allah dan kita ikhlas melaksanakan amanah Allah yang seterusnya. Ikhlas..mengharapkan keredhaan Allah semata.

.

Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran untuk saya melaksanakannya. KepadaMu aku bergantung dan bertawakkal.

Allahussomad. Allahussomad. Allahussomad.

.

ar-rumaisa, MB BCh BAO

Graduation Day

National University of Ireland,Galway

3 Comments leave one →
  1. azahra permalink
    May 29, 2009 9:19 pm

    tersentuh hatiku..bile baca artikel nih, tq kak…

  2. June 11, 2009 7:23 am

    Tahniah Dr.

    Segala kejayaan ada masuliyahnya. Setiap masuliyah banyak persoalannya dari Allah. mantapkan tarbiyah ruhiyah sebagai pendindingnya.

    Tawadhuk itulah yang mendapat izzah dalam pangkuan Allah.
    Apa pun jawatan dan pangkat di universe ini, kita tetap hamba.

    Hamba yang tiada nilai jika tidak dituang dengan Takwa …

    Tahniah atas ke tawadhuk kan itu ….

  3. azlin permalink
    April 19, 2010 10:53 pm

    salam alaik ~ sedih juge masa membacanya, memberi sdikit semangat pon ada, mohon ziarah.. ^^~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: