Skip to content

take a break

July 12, 2008

Malam semalam saya oncall. Pertama kali oncall, menjadi Dr bertugas di tengah malam memang sangat mendebarkan. Setiap kali Bleep (pager) saya berbunyi, dipanggil oleh Nurses dari wad sana-sini untuk memberitahu hal-hal pesakit, agaknya jantung saya berhenti sekejap. Terasa beratnya amanah, besarnya tanggungjawab. Saya memang doa je pada Allah, “Ya Allah,tidurkanlah pesakit semua. Janganlah sesiapa sakit apa-apa yang serius malam ni.”

.

Kaki juga sudah penat berdiri dan penat melangkah seharian. Namun, dipaksakan juga. Manakan boleh saya berjalan melenggang, ada pesakit yang menunggu, yang memerlukan perhatian segera. Mereka itu lebih lemah dan lebih longlai dari saya.

.

BLEEP!

Me: Yes,Medical oncall here.
Nurse: I’m calling from Surgical 1.There’s a 70-year-old lady with shortness of breath. Please come up & review her.

Saya berjalan pantas menaiki tangga. Dalam pada itu, otak ligat berfikir apa yang patut saya lakukan untuk membantu nenek yang sesak nafas itu…Tak sempat sampai ke wad Surgical 1,Bleep sudah berbunyi lagi. Panggilan dari wad lain pula.

Nurse: Hi there. I’m from Oncology ward. We’ve got a man here with severe back pain. Can you come immediately?

.

Tugas mula menimbun. Malam semakin larut. Namun,mata memang tak sempat pun untuk mengantuk. Saya pasti rakan-rakan doktor oncall yang lain juga sedang sibuk di bahagian Accident & Emergency. Saya pula in-charge untuk menjaga pesakit di wad-wad. Semasa bekerja, jasad dan minda sama-sama diperah,di samping menuntut kesabaran yang tinggi melayan ragam manusia yang pelbagai. Ditambah pula dengan kelaparan tak sempat makan. Mudah saja untuk merasa serabut. Saya pasti bukan doktor sahaja, kawan-kawan yang bekerja di bidang lain pun tentu pernah merasai perkara yang sama.

.

Seorang sahabat saya menceritakan dia pernah terbaca sebuah artikel bertajuk The Arts of Taking Blood, tulisan seorang Dr dari Amerika. Menurut penulis artikel itu, saat mengambil darah dari pesakit itulah saat untuk minda seorang doktor berehat, sementara menunggu darah mengalir mengisi botol sampai penuh. Walaupun cuma beberapa minit, at least boleh tenangkan fikiran sekejap, tak payah fikir apa-apa. Bagi saya… gila! Masa ambil darah tu mereka mencari ketenangan?? Macam tak tenangnyee hidup seorang doktor dalam artikel tu.

.

Saya juga pernah bersembang dengan seorang rakan doktor berbangsa Rusia. Dia tinggal jauh, 40 minit naik kereta, berbanding saya yang tinggal hanya 5 minit jalan kaki dari hospital. Namun dia tak kisah, kerana rumah itu terletak di tepi laut, dan dia sangat menghargaiketenangan yang dirasainya ketika memandang laut semasa memandu pulang selepas serabut seharian di hospital. Dia tidak kisah tinggaljauh, terpaksa keluar sangat awal pagi, bayar sewa mahal… semata-mata demi mencari ketenangan. Selain itu, dia juga menghadiri kelas-kelas Yoga & meditation. Untuk apa? Untuk tenang.

.

Hmm.. sangat hebat usaha mereka menjejaki ketenangan, seolah tercari-cari bagaimana dan di mana. Untungnya kita orang Islam, Allah sudah sediakan siap-siap masa breaks dalam 24 jam hidup kita seharian. Sebanyak 5 kali sehari, Allah menjemput kita untuk

menikmati masa untuk bertenang,
putuskan semua connection dengan dunia,
tinggalkan semua kerja,
lupakan semua masalah,
abaikan semua orang,
dan jangan fikir apa-apapun,
anything and everything,
SELAIN dari Allah Subhanahu Wa Taala.

Dan kemudian akan bertemulah dengan apa yang dicari-cari…

“Ingatlah,dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d: ayat 28)

.

Masa solat itulah boleh lepaskan semua kepenatan, kesusahan yang dipendam,dicontrol, semasa berdepan dengan manusia dalam bekerja. Masa solat jugalah kita ada ‘talian hayat’, boleh minta tolong direct je kepada Allah untuk apa-apa benda yang kita rasa problem.

“Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Urusan duniaku. Dan urusan akhiratku.”

Kerana Allah telah berfirman,
“Dan mintalah pertolongan (dari Allah) dengan sabar dan solat…”

Tapi Allah juga menyambung ayat itu…
“Dan sesungguhnya yang demikian itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”
(Surah Al-baqarah:ayat 45)

.

How true. Mudah saja untuk terasa berat nak berhenti solat. Kita tak ternanti-nanti waktu solat, sepertimana kita tertunggu-tunggu waktu rehat. Kerana memang jarang pun kita berpemikiran solat itulah rehat. Bahan kadang-kadang kita terasa solat itu macam satu lagi kerja pula. Buat sebab wajib, perlu langsaikan. Maka lepas solat pun tak rasa tenang, sebab buat pun gaya Touch n Go. Alangkah ruginya. Yang solat, yang sujud, cuma jasad. Tetapi bukan hati.

Muhasabah untuk diri saya sendiri.. penting untuk kita meluruskan pandangan kita tentang ibadah solat, khasnya waktu kerja (atau waktu blaja).

Don’t miss it. Don’t delay it.

Have a break. Have a Solat. =)

3 Comments leave one →
  1. May 12, 2009 8:38 am

    salam..
    tau apakah yang di panggil ‘kerjaya profesional?’

  2. May 12, 2009 6:59 pm

    salam, apa yg qibran maksudkan?

  3. May 14, 2009 2:35 am

    ‘Kerjaya profesional’ ni adalah kerjaya yang mana jika seseorang itu melakukan kesilapan sedikit je boleh mengundang maut. Maknanya kerjaya sebagai seorang doktor adalah kerjaya yang profesional, jika awak silap sedikit je boleh menyebabkan pesakit itu mati atau mengalami kesakitan yang teruk.. contoh lain seperti seorang engineer membina KLCC, silap sikit je dia punya ukuran atau pun dia punya campuran-campuran bahan boleh mengundang padah seperti roboh. jadi ‘kerjaya profesional’ ni kena dilakukan betul-betul teliti, tidak boleh silap sedikit.. itulah yang di namakan ‘kerjaya profesional’. Jadi dengan ini saya ingin mengucapkan syabas awak berada di posisi ‘kerjaya profesional’ dan berusaha lah untuk memantapkan lagi tahap kerjaya awak supaya ianya menjadi sakses setiap kali awak melakukan kerja!
    😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: