Skip to content

No Shortcut

August 27, 2008

Tinggal 3 hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Saya betul-betul sudah menggelabah. Rasa sangat tidak bersedia. Aiseh! Last minute betul. Nak menangis pun ada. Meraung pun sia-sia. Siapa suruh tak bersedia? Huhu.

.

Mahu salahkan kesibukan alam pekerjaan yang baru dimasuki? Ah..tidak adil. Saya bukan seorang workaholic pun yang hidupnya untuk kerja. Sebenarnya, ada je masa.

Mahu salahkan suasana negara Ireland yang tidak meraikan Ramadhan? Alasan yang tidak masuk akal. Malaysia sekalipun tidaklah beria-ia meraikan Ramadhan, lainlah kalau Aidilfitri.

Atau mahu salahkan matahari yang waktu summer ini bersinar hampir 18 jam sehari maka menyukarkan saya untuk melakukan puasa sunat sebelum Ramadhan? Ini dalih yang paling mengada-ngada!

.

Akhirnya, tidak dapat tidak, dengan pahitnya, terpaksalah kesemua jari dituding kepada diri sendiri. Ampunkan diriku Ya Rabb! Saya akui banyak bertangguh dalam membuat persiapan menyambut Ramadhan.

.

butik3 hari tentunya tidak cukup untuk bersedia. Persediaan untuk Ramadhan ini hakikatnya tidak mudah, penuh liku dan memakan masa yang lama. Kerana kita tidak berbicara tentang persediaan material. Kalau benda material, apa yang tidak sempat dibuat sendiri, maka beli sajalah. Contohnya, sehari sebelum Aidilfitri, butik baju buka lagi. Tak perlu takut.

.

Namun, sekarang kita sedang berbicara tentang persediaan rohani. Iman itu tidak boleh dibeli. Semangat & kerajinan untuk beribadah tidak boleh dipinjam-pinjam. Diri ini mesti diberi latihan intensif supaya biasa dan tidak kisah untuk meluangkan masa yang lama untuk solat, agar tidak lemau ketika berterawih dan masih steady,ada hati untuk tahajud. Kalau ia belum menjadi rutin, tidak latih diri awal-awal, sebelum Ramadhan kita tidak ‘masuk gear’ siap-siap, kita akan berat, kita akan slow masa Ramadhan.. sedangkan orang lain sudah di ‘gear 5′.

.

Untuk memiliki hati yang khusyuk dan bersih dari penyakit, memerlukan mujahadah yang berpanjangan oleh pemilik hati itu sendiri. Ia tidak boleh ditempah dari orang lain. Untuk membina semua ini, kita tiada jalan shortcut! cut

.

Namun syukur azam di hati ini masih kuat. Saya tetap tidak mahu menyambut Ramadhan ini dengan ‘ala kadar’. Saya masih mahu make the best of it, saya tetap berazam nak all out untuk Ramadhan ini, memaksimakan setiap detiknya… walaupun tanpa persediaan yang rapi. =(

.

Saya pernah terdengar ada yang berkata…

‘Apa yang nak sedia-sedianya? Masuk Ramadhan, puasa ajelah.’

Ya,kalau definisi puasa hanyalah tidak makan dan tidak minum, bolehlah begitu. Kalau satu-satunya perkara yang berbeza dalam hidup kita pada hari pertama Ramadhan adalah kita tidak sarapan dan tidak lunch, maka senanglah. Memang tidak payah buat persediaan apa-apa kecuali persediaan perut.

.

Hakikatnya, ibadah puasa ini bukan itu saja. Orang yang berpuasa sepatutnya bukan sahaja tidak makan dan tidak minum, tetapi dia juga tidak marah, tidak gossip, tidak membazir, tidak mengumpat, tidak menyakiti orang lain, tidak mendengar perkara sia-sia, tidak malas dan tidak membuang masa. Kesimpulannya, dia ini tidak bermaksiat. Itulah dia orang yang berpuasa.

.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda:

“Jika kamu sedang berpuasa, maka jangan berkata keji, dan jangan marah, dan jika ada orang yang memaki atau mengajak bergaduh, hendaklah orang itu diberitahu: ‘Saya berpuasa.’ ” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Untuk membentuk jiwa hingga puasanya menjadi seperti ini, hingga Ramadhannya begitu bermakna, persediaannya tentulah bukan sehari dua.

.

Dengan persediaan yang rapi ketika Rejab & Shaaban,diikuti jihad melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, maka pastilah hasilnya seorang manusia yang bertaqwa, inshaAllah.

“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu sebelummu, agar kamu berTAQWA.” (Al-Baqarah:ayat 183)

.

InshaAllah. InshaAllah. Moga kita akan menjadi Taqwa. Sahabat-sahabat yang saya kasihi, selamat beribadah. Selamat merayakan Ramadhan.

.

p/s: jemput baca khutbah Rasulullah saw menjelang Ramadhan dalam entry ‘khutbah Ramadhan Rasulullah’, dalam category Nur Ramadhan.

.

ar-rumaisa
27 Shaaban 1429H
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: