Skip to content

Biskut raya

October 13, 2008

Biskut raya mama pos dah sampai. Seronoknya! Walaupun lewat seminggu dari 1 Syawal, kehadiran bungkusan kecil dari Malaysia itu tetap sangat bermakna. Ada sedikit biskut raya, sepasang jubah dan sekeping kad raya warna hijau. The arrival of this little parcel never fails to bring tears of joy each year. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bungkusannya begitu rapi, hingga tidak ada biskut raya yang menjadi serbuk dalam perjalanan. Juga, tidak ada biskut yang lemau. Semuanya masih rangup.

.

Setiap kali memerhatikan biskut-biskut raya yang comel, macam-macam rupa dan rasa, saya selalu terasa kagum dengan kerajinan dan ketelitian si pembuat biskut itu. Untuk membuat biskut raya, tepung, gula dan butter adalah bahan asas. Tapi tidak boleh pukul terlalu lama macam kek. Setelah ditambah bahan-bahan itu & ini untuk mencari rasa yang diinginkan, sudah masuk dlm acuan, sudah hias cantik-cantik, biskut itu pun dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dibakar betul-betul, iaitu pada suhu tertentu dalam masa yang tertentu. Maka pembakarannya mesti dijaga. Banyak kerja, kan?

.

Namun, secantik dan sesedap mana pun biskut raya itu, kalau lemau…. putus selera! Biskut masuk angin.. malas dah nak makan. Tak sedap dah. Sebab itulah cara packaging biskut raya ini sentiasa diberi perhatian penuh, supaya biskut itu tak lemau lepas raya, supaya tahan lama. Jangan dibiarkan terdedah saja. Kalau tidak, untuk merangupkan semula biskut yang sudah lemau, bukan senang. Terpaksa bakar semula.

.

Mungkin seperti itu jugalah iman kita ini selepas raya. Setelah berhempas pulas membinanya dan melalui pembakaran yang mantap dalam ‘ketuhar Ramadhan’, janganlah semudah itu membiarkannya lemau. Jangan biarkan hati ini terdedah kepada anasir-anasir jahat dan tidak elok. Jangan cari pasal. Malah Allah dengan sifatNya Yang Maha Pemurah, juga sudah awal-awal lagi memberitahu cara untuk mengelakkan iman manusia daripada ‘lemau’ selepas raya…. iaitu, Puasa 6! Inilah package Ramadhan+Syawal yang Allah sediakan. Begitu hebatnya kasih-sayang Allah, sehingga Allah menyediakan ganjaran yang begitu besar bagi mereka yang ingin berpuasa 6 demi menjaga imannya di bulan Syawal ini.

.

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, adalah seperti berpuasa selama setahun.” (Hadith Riwayat Muslim)

Nampak sangat Allah betul-betul ajak kita untuk terus kekal dalam kebaikan dan rahmatNya. 6 hari ini tidak semestinya berturut-turut. Just any 6 days within Syawal. Bukanlah terlalu sulit pun untuk melaksanakannya. Cuma mungkin terpaksa berkorban sedikit untuk tidak makan di beberapa jemputan ‘open house’ waktu siang. Takpelah, datanglah ziarah waktu malam. Silalah mengutamakan jemputan Allah.

Selamat berpuasa 6! Moga iman kita tidak lemau lepas raya.

.

ar-rumaisa

13 Syawal 1429 Hijriah

Letterkenny, Ireland.

2 Comments leave one →
  1. teha permalink
    June 4, 2009 8:27 pm

    salam kak hanim..

    teha kagumla dgn kak hanim…
    dari kuih raya pun kak hanim boleh buat perbandingan yg menarik..
    teringin nak blaja dari akak..

  2. June 5, 2009 4:45 am

    teha, kak hanim mmg..hehe..nk blaja jugak!~

Leave a comment