Skip to content

Change

November 24, 2008
tags:

CHANGE. Dengan motto itu, Barack Obama telah memikat hati jutaan manusia di negara paling berkuasa di dunia, Amerika. Bererti – mereka rakyat negara itu inginkan perubahan dan berani mencubanya. Dan sudah tentulah perubahan yang diharapkan itu adalah ke arah yang lebih baik. Walaupun apa yang mereka definisikan sebagai ‘baik’ itu mungkin berbeza dari kita umat islam, secara umumnya, ‘baik’ selalu digambarkan sebagai kesejahteraan, keamanan dan kesenangan. Orang jahat pun suka orang lain buat benda yang baik kepada dia, walaupun dia itu tidak baik kepada orang.

.

Walaupun tujuannya adalah untuk mencapai kebaikan, bukan mudah nak meyakinkan manusia bahawa perubahan itu perlu. Bukan senang nak menceritakan kepada orang kenapa mesti meninggalkan ‘ini’ dan menerima ‘itu’. Orang melayu yang sudah biasa makan nasi setiap hari pasti akan terkebil-kebil juga kalau diberi makan kentang saja, walaupun kedua-duanya adalah karbohidrat yang mengenyangkan. Cubalah bawa TokWan dari kampung makan di PizzaHut atau Sushi King, tak selera tekak dia.

 

 

Apapun, tak siapa pernah menyangka perubahan yang besar akan hadir kepada kita secepat ini. Tak siapa pernah terfikir Amerika akan mempunyai seorang presiden berkulit hitam pada tahun 2008, sedangkan tidak begitu lama dahulu, racism masih sangat berleluasa di Amerika dan rakyat kulit hitam ditindas teruk.  Namun hari ini, kemenangan Barack Obama disambut dengan rasa terharu, termasuklah oleh sebahagian rakyat kulit putih dan bangsa lain. Mereka bersorak inginkan perubahan. Dan perubahan itu hadir dan diterima dengan rela hati. Pelikkan?

.

Itu adalah tanda yang sangat jelas dan terang-benderang bahawa tidak lama lagi Islam akan muncul kembali memimpin dunia, kembali dimuliakan dan gemilang semula. Dan masa bahagia itu hampir tiba.

Kenapa saya berkata begitu? Tak nampak kaitan pun? Islam coming back?? Very soon? Mana tandanya? Sounds impossible…

.

Jangan pernah meragui janji Allah. Jangan pernah, walau sekejap. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, Islam akan kembali tinggi, menang dan memerintah dunia sebelum tibanya hari kiamat. Dan jangan lupa kita umat akhir zaman, kiamat itu tidak jauh. Perubahan yang dahulunya dirasakan paling impossible sudah pun berlaku sekarang! ~iaitu Amerika dipimpin oleh seorang lelaki kulit hitam. The world is changing and will keep on doing so.

.

Jadi, kenapa pula kita mengatakan tidak mungkin islam akan naik semula memerintah dunia seperti yang pernah terjadi 8 kurun lalu? Ketika itu 2/3 dunia milik kita. Nak travel tak payah pakai passport, kerana semuanya negara kita. Have you forgotten? READ our history! And stop saying i am deluded.

.

Tetapi, perubahan itu tentulah tidak magic. Ia tidak berlaku tiba-tiba. Sunnatullahnya, perubahan menuntut pengorbanan. Apapun yang ingin kita ubahfuture exam results, keadaan rumah, hubungan dengan sahabat, suasana di universiti, budaya masyarakat, apa-apa pun saja… akan memerlukan kita untuk berkorban sebelum kita mencapainya! Dan berkorban itu ertinya terkorban. Korban – melaksanakan sesuatu tanpa menerima apa-apa manfaat secara langsung untuk diri sendiri. Manfaat yang didapati cumalah ganjaran pahala dari Allah Taala.

.

Pahala…

Satu benda yang kita tidak nampak dengan mata kasar, tidak boleh dipegang seperti benda yang keluar dari mesin ATM, tidak nampak cantiknya rupa, tidak dapat dikira dan tidak boleh digunakan sekarang juga. Maka sebab itulah pengorbanan itu terasa PAHIT dan perubahan itu menjadi suatu perkara sukar yang tidak ramai manusia berani dan sanggup!

.

Saya petik ayat Allah yang saya yakin semua kita sudah sangat selalu mendengarnya:

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada DIRI MEREKA SENDIRI.” (Surah Ar-Ra’d:ayat 11)

Ah.. itu peringatan yang sudah terang lagi bersuluh. Usahlah mengimpikan perubahan apa-apa jika engkau tidak berani memulakannya dengan dirimu sendiri.

Betulkan dan ubahlah diri sendiri ke arah kebaikan, mudah-mudahan dengan itu Allah akan memberi kekuatan kepadamu dan menolongmu untuk membaiki dan membawa perubahan untuk orang lain pula. InshaAllah.

.

ar-rumaisa

26 Zulqaidah 1429H

Letterkenny

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: