Skip to content

kita orang muda

December 27, 2008

2 minggu di malaysia sudah tentu tak cukup. Terlalu banyak hak dan agenda yang ingin ditunaikan. Semua benda nak buat. Namun apakan daya, itu sahajalah masa yang Allah berikan untuk saya menyelesaikan kesemuanya. Done or not done, 2 weeks is all i have. Nothing more and nothing less. Maka 2 minggu itu menjadi terlampau berharga bagi saya. Itulah masa nak jenguk mak ayah, bertemu saudara seperjuangan, outing dgn kengkawan zaman sekolah, ziarah saudara-mara, hadir kenduri-kendara dan membeli itu ini buat bekalan jalan yang masih panjang. Saya memang tidak dapat menganggap 2 minggu itu sebagai cuti. Cuti dari kerja doktor -ya. Tetapi itu bermakna masa untuk membuat kerja dan tanggungjawab lain.

.

Maka di tengah-tengah kekelamkabutan saya (which is because of my bad time management), saya terlampau hampa (+geram) melihat rakan-rakan pemuda-pemudi seusia sibuk dengan hal-hal yang remeh-temah dan sia-sia, yang juga bererti, dosa.

.

Saya hanya mampu tergamam apabila melihat 2 orang sepupu saya yang di bangku sekolah menengah masih belum bangun tidur selepas saya pulang dari solat sunat AidilAdha. Juga apabila melihat seorang ayah yang berusia30-an memulakan paginya dengan PlayStation2. Apatah lagi apabila saya terpaksa bersesak dalam PC Fair di KLCC kerana mungkin terdapat ramai pengunjung yang tiada niat pun untuk membeli alatan komputer, tetapi cuma seronok untuk datang ‘memeriahkan majlis’.

Itulah sebahagian dari kita… generasi muda 2008.

.

Betapa ramainya pemuda-pemudi di kalangan kita yang selalu demand untuk dilayan seperti seorang dewasa…

“I am 21! Don’t tell me what to do.”

“Saya dah besar! Saya patut diberi kebebasan”

“Sukati akulah. Aku tak minta nasihat kau”

tetapi hakikatnya dia tidak layak untuk dilayan seperti seorang dewasa kerana pemikirannya masih terlalu kanak-kanak. Kanak-kanak sahaja yang mahu seronok dan main selagi boleh, tidak banyak fikir masa depan, tidak mempertimbangkan akibat, akan marah jika tidak memperoleh apa yang diingini dan jauh sekalilah dari memikirkan nasib orang lain.

Namun tidak sedikit pemuda-pemudi 20-an, 30-an bahkan 40-an yang bersikap seperti ini.  Keseriusan dan kesungguhan hanya akan muncul apabila mendapat ’sedikit’ masalah – nak exam, kena buang kerja etc. Itupun hanya untuk masalah yang melibatkan diri sendiri sahaja.

Ramai yang beranggapan bahawa masa muda ini adalah untuk enjoy life! Selagi boleh, mahu menyorok dan tidak mahu memegang tanggungjawab – maka, tidak mahu menjadi imam/wali, berniat untuk kahwin lambat, kurang peduli hal-hal keluarga dan sanak-saudara (apatah lagi masalah umat) dan banyak lagi contoh-contoh lain yang kawan-kawan boleh sama-sama tolong fikirkan.

.

Maka selamanyalah umat ini akan melemah dan melayu, jika orang mudanya terus berehat, tidak matang dan individualistik begini. Namun, tidak matang dan tidak peduli masih bukanlah perkara paling teruk…

.

Barangkali penyakit paling dahsyat yang menimpa pemuda 2008 ini ialah kesukaan untuk berkubang dalam maksiat. Maksiat ialah sesuatu yang lebih berbahaya kepada manusia daripada binatang buas yang lapar.

Meninggalkan maksiat itu lebih penting daripada membuat kebaikan

Sesungguhnya orang yang meninggalkan maksiat dan tidak membaca Al-Quran itu lebih baik daripada orang yang membuat maksiat dan ia membaca al-Quran. Maka tinggalkanlah maksiat… sekarang juga!

– tidak solat

– tidak menjaga adab dengan ibu ayah

– suka menceritakan hal yang memalukan orang lain (haritu aku nampak dia jatuh longkang)

– minat sukan, banyak mendengar berita sukan, berhabis duit untuk menonton sukan, tetapi diri sendiri tidak bersukan pun

– suka membaca perkara yang tiada kena-mengena (zodiak,kisah artis etc)

– berhubungan intim dengan yang bukan mahram

– tidak jujur (status friendster : Married sedangkan belum menikah)

– jealous/tidak berlapang dada dgn seseorang

– mendengar lagu-lagu yang menghakis iman

Setiap dari kita ada masalah tersendiri, punyai kelemahan masing-masing. Maksiat yang paling bahaya adalah yang dilakukan secara berterusan. Itu tanda jiwa yang rosak. Maka lekaslah kita repair.

.

Kerana kita orang muda.

Kita sepatutnya lebih kuat, lebih bijak dan tidak harus tewas dengan semua itu! Kita ada jasad yang sihat, ada keberanian dan ada semangat yang tidak ada pada orang-orang tua. Kesimpulannya kita ada potensi. Jalan kita masih panjang. Maka sebenarnya kita tidak ada masa untuk dibuang-buang, untuk enjoy-enjoy. Orang yang merasa tempat tujunya masih jauh dan banyak kerja tidak akan menghabiskan hidup berseronok dan bermain.

Apakah kalian tidak nampak kita banyak kerja?!

Umat ini memerlukan kita. Kitalah yang akan mewarisi dunia ini sekejap lagi apabila generasi ibu ayah kita memejamkan mata. Apa yang akan kita buat dengannya?

“Maka apakah kamu menyangka Kami menciptakanmu secara main-main sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”  (Surah Al-Mukminun : ayat 115)

.

Daripada ayat Allah ini, jelas bahawa Allah menciptakan kita bukan saja-saja dan bukan main-main, tetapi ada tugas yang mesti diselesaikan di dunia ini sebelum kita mati. The mission must be accomplished! And Allah will ask about it apabila kita pulang kepadaNya. Wahai pemuda… fikir-fikirkanlah.

Satu saja ubat buat jiwa kita yang rosak dan tercari-cari kebebasan, kepuasan dan ketenangan, iaitu taubat. Apabila bertaubat, sesungguhnya kita sedang membuka satu lembaran baru yang hening dan suci dalam hubungan kita dengan Allah. Jiwa kita akan bebas selama-lamanya kerana kita tidak akan terikat kepada apa-apa di dunia, tidak akan tunduk kepada sesiapa, kecuali kepada Allah Taala Yang Maha Tinggi, Tuhan semesta alam. Kerana sesungguhnya yang membuat jiwa kita merasa sempit dan serba tidak cukup adalah hawa nafsu. Bebaskanlah dirimu dan berdoalah untuk keampunanNya.

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa. (Surah Ali-imran : ayat 133)

.

Selamat berhijrah kepada keampunanNya dan kepada syurgaNya, inshaAllah.

.

ar-rumaisa

29 Dzulhijjah 1429 Hijriah

Salam Maal Hijrah dari Letterkenny

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: