Skip to content

Aku bukan robot

January 30, 2009
tags: ,

Kebelakangan ini selalu rasa dunia macam sempit. 24 jam terasa tak cukup. Hati pun tak seronok. Rasa banyak sangat benda nak kena fikir. Macam otak dah tak muat. Tapi saya memang tak boleh tangguh dan buat tak tahu saja. Saya tidak boleh duduk diam saja, hanya kerana saya serabut! Semuanya MESTI MESTI MESTI difikirkan segera, kerana hasilnya akan melibatkan ramai orang lain. Lagi lambat saya memulakan proses pemikiran & membuat keputusan-keputusan, lagi lambatlah langkah akan dimulakan & nanti saya akan menyusahkan semua orang! Maka dalam keserabutan jiwa dan emosi ini, sukar untuk menghalang diri dari mempersoalkan kemampuan diri. Layakkah saya untuk memikul amanah ini? Saya mengaku… saya dah pening dan saya dah penat.

.

Tambah mengeruhkan keadaan … ialah kerja.

Semenjak saya bertukar profesion daripada seorang medical doctor kepada seorang surgeon sejak 1 Januari, saya rasa saya macam sudah tidak ada tujuan hidup. Selesai solat subuh, saya bergegas ke hospital, kerana ward round bermula seawal 6.45 pagi. Setiap hari saya pulang ke rumah sekitar 7.00 malam. Tired and exhausted. Mutaba’ah amal semakin kurang. Solat fardhu juga sudah banyak kali jamak. Baca Quran tidak khusyuk. Solat sunat menurun. Mathurat asyik miss.

.

Saya benci menjadi Workaholic! Ada banyak lagi perkara dalm hidup yang saya mahu buat selain dari pergi balik kerja! Saya bukan robot. Saya mahu menerima usrah dengan bertenang dan lama, dalam keadaan duduk lutut bertemu lutut dan bukan online, saya mahu menulis berkongsi banyak sangat benda dengan pembaca blog ini, saya mahu bersembang dan membelai anak usrah saya, saya ……………

.

Saya berhutang masa,kasih-sayang, belaian dan perhatian dengan anak-anak usrah saya. Kasihan mereka! Saya tahu mereka semakin terabai. Saya tahu apa perasaannya apabila kurang mendapat sentuhan seorang murabbi. Saya mengerti perasaan keinginan yang membuak-buak untuk mendengar pengisian-pengisian yang membasahkan jiwa dari seseorang yang disayangi. Saya faham kerinduan itu…

Walaupun mereka tidak pernah mengatakannya, walaupun mereka selalu memujuk dan menyedapkan hati saya……. saya tahu. Saya meminta maaf kepada mereka. Saya juga rindukan mereka!

.

Ya Allah ampunkan ku. Berilah daku kekuatan untuk menghadapi ujian-Mu.

.

~ CuraHeart.

One Comment leave one →
  1. June 10, 2013 4:53 pm

    saya suka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: