Skip to content

Jangan marah ok

March 3, 2009
tags: , , ,

Saya mengetap bibir. Geram sungguh saya kepada jururawat itu. Ubat yang saya tulis tidak diberinya kepada pesakit saya, tanpa sebarang penjelasan apabila ditanya. Tidak pula meminta maaf atas kecuaian.  Saya akan menghargai kejujurannya sekiranya dia mengatakan dia terlupa dll. Dan hal ini sudah kali kedua. Saya berpaling darinya dan terus duduk di kerusi. Istighfar. Menarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk bertenang. La taghdab, la taghdab, la taghdab! (Jangan marah, jangan marah, jangan marah!)” kata Nabi saw. Tidak reda juga, saya keluar meninggalkan wad itu.

.

Hanya beberapa langkah saja berjalan,bertemu pula dengan adik-adik medical students Tahun 3. Saya yakin, pahit saja senyuman saya kepada mereka. Senyum terpaksa!

.

Aduh, bukan mudah untuk memaniskan muka bila hati sedang menggerutu. Siapa kata berakhlak mulia itu senang? Lagi pula menahan amarah itu salah satu dari tiket ke syurga.

“Dan bersegeralah kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang Muttaqin. Iaitu mereka yang berinfak di waktu lapang & sempit, MENAHAN AMARAHNYA DAN MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN. Sungguh Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran : ayat 133-134)

.

To just forgive & forget… is not very easy. Ia tidak sama dengan ‘forgiven but NOT forgotten’ …lepas tu simpan-simpan, tak pernah lupa, sampailah jadi dendam kesumat 7 keturunan! No…. bukan begitu. Tetapi Allah memerintahkan kita untuk menahan amarah serta memaafkan saja kesalahan orang, meluputkannya dari jiwa. Lupakan kesalahan orang pada kita, tetapi ingatilah kebaikannya. Maka benarlah seperti yang Allah firmankan, hanya orang yang Muttaqin dapat melaksanakannya. Maka mmg sangat patutlah, syurga itu ganjaran yang cocok sekali untuk manusia mulia seperti ini.

.

Betul ke ni tahan marah boleh masuk syurga?

“Barangsiapa yang menahan amarahnya, sedangkan ia mampu, Allah akan memanggilnya di khalayak ramai di akhirat kelak, dan ia akan masuk ke syurga serta memilih mana saja bidadari yang disukainya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidhi)

.

Menahan amarah walaupun kita berhak dan mampu memarahi…

Itulah islam. Itulah orang Muttaqin. Yang dijanjikan syurga untuknya. Dapat Award di tengah-tengah perhimpunan di akhirat. Menahan amarah itu bukan saja bererti tidak menjerit melepas geram atau menyakiti orang itu, sebaliknya, hendaklah memadamkan terus bara api itu dari jiwa, hilangkan, tanam-tanam perasaan marah itu. Kerana apabila kita marah, diri ini sudah hampir saja dikuasai oleh syaitan. You are not yourself anymore. Your blood pressure goes up, your face becomes ugly and your voice is uncontrollably high. Not a pretty sight.

.

Halusnya islam ini. Cantiknya agama ini. Ia menuntut kita untuk berperibadi mulia, memiliki akhlak yang tinggi, cool and calm in every situation.

.

Marah and grumpy itu bukan nature kita orang Islam. Kita muslim seharusnya ialah orang yang lemah-lembut dan berkasih-sayang, beradab dan tenang. Sayangnya, malaysia tidak begitu. Cubalah masuk ke kedai, melihat-lihat barang dan kemudian keluar saja tanpa membeli, sudah pasti akan mendapat jelingan tajam dari penjual! Berbanding pekedai Irish yang akan senyum dan berkata ‘Thank you, do come again.” . Doktor/jururawat memarahi pesakit di hospital? Ah.. itu pemandangan biasa di Malaysia! Dan para pemandu sekitar KL yang jarinya terlalu pantas untuk menekan hon untuk menyalahkan orang lain. Adakah masyarakat kita kurang kasih-sayang? There are too many stressed, emotional and bad temper people around.

.

So kengkawan, ”La taghdab, la taghdab, la taghdab!”  sampai 3 kali Nabi ulang. (rujuk hadith 16 dlm kitab hadith 40 Imam Nawawi). It’s an easy, straight-to-the-point hadith to remember.

.

Namun, wajiblah kita untuk marah jika yang diabaikan itu adalah hak Allah. Usah marah kalau best friend  tak tolong kita atau terlupa birthday kita, tetapi marahlah jika dia berbuat dosa kepada Allah. Kerana kita terlalu sayang padanya.

.

Last note,

“Verily Allah looks not at your bodies nor to your faces, but Allah looks to your hearts.” (Hadith Riwayat Bukhari)

.

ar-rumaisa

Galway University Hospital

Stressed, Tired, Emotional – Oncall #901 – 7 more hours to go.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: