Skip to content

makanan

April 25, 2009

Saya tergamam. “Say again,sir?”

“I haven’t eat for 2 years. But i am grateful to still be alive.”

Pendengaran saya tidak silap. Lelaki berusia 50-an di hadapan saya ini sudah 2 tahun tidak makan. Dia tidak menjamah apa-apa semenjak 2 tahun yg lalu…

.

Ketika itu saya terasa seperti ingin menangis. Oh Tuhan, betapa jauhnya diri ini dari menjadi hamba yg bersyukur..

.

Saya terus membaca rekod lelaki itu. Dia menghidap penyakit Oesophageal Achalasia. Dia tidak boleh menelan kerana saluran makanannya gagal berfungsi. Jika dia makan juga, dia akan muntah dan berkemungkinan juga makanan itu akan masuk ke dalam paru-parunya. Penyakitnya itu juga tidak dapat disembuhkan dengan pembedahan. Maka jalan keluarnya adalah membuat lubang kecil di perutnya (to my fellow medics, this man has a Peg tube) dan nutrisi dimasukkan direct ke sana, tanpa perlu melalui mulut. Dengan itulah dia meneruskan hidup.

.

Ya dia hidup. Namun nikmat makan itu sudah ditarik daripadanya. Dia sudah lama tidak merasa makanan. Kecilkah nikmat itu? Sungguh tidak ada nikmat Allah yang kecil. Kita sahaja yang selalu memandang enteng,  merasa serba cukup, lantas lupa kepada Allah, sedang Allah tidak pernah lupa kepada hambaNya, tidak pernah lupa mengurniakan rezeki.

.

Kadang-kadang kita makan bukan sebab lapar, tapi sebab suka. Maha Bijaksananya Allah, diciptakan makanan kita bukan sekadar mengenyangkan, tetapi penuh kesempurnaan dan tarikan. Hebatnya Allah menumbuhkan buah-buahan yang cantik, sedap dan lembut dari pokok-pokok kayu yang keras. Bestkan rambutan? Tidak cukup dengan itu, kita juga ada laksa, karipap, pizza etc. Manusia tidak seperti kuda yang makanannya cuma rumput.

“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya.” (Surah Abasa:ayat 24-25)

.

Pernahkah kita renungkan, semua makanan yang kita beli, apa jenis pun makanan yang kita makan, kesemuanya berasal dari tanah – cornflake, ayam, coklat, teh dll. Oleh sebab jasad kita ini dari tanah, maka hanya apa yang dari tanah sahaja akan mengenyangkan kita. Kalau kita makan angin, kita telan sebanyak mungkin pun, tidak akan kenyang. Kembung sahaja. Kerana itu bukan makanan.

.

In the same way, oleh sebab ruh kita ini berasal daripada Allah, maka hanya apa-apa yang daripada Allah sahaja yang akan ‘mengenyangkan’nya. Apabila ruh kita dan jiwa kita sakit dan lapar, tetapi kita isi dengan perkara-perkara yang bukan daripada Allah (seperti main game, dengar lagu-lagu lagha, tengok movie), ia pasti tidak akan terubat, tidak akan ‘kenyang’, tidak akan tenang. Kerana semua itu bukan ‘makanan’. 

Justeru itu, Allah yang Maha Mengetahui menyebutkan dalam firmannya:

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d : ayat 28)

Maka ‘makanan’ ruh kita adalah apa-apa yang membawanya dekat kepada Tuhannya, kepada mengingatinya. Dan ruh itu pasti akan tenteram sedemikian, tenang dan bahagia dalam redhaNya.

.

Adakah ruh kita sedang lapar dan sakit?

.

.

ar-rumaisa

~ rindu masakan ibu

3 Comments leave one →
  1. shayahana permalink
    April 30, 2009 4:21 pm

    Bernilainya sekecil2 nikmat Allah itu tidak akan dapat dirasa selagi mana ia tidak ditarik oleh Allah..
    Mudah2han kita tidak termasuk dalam golongan yang kufur nikmat..wallahualam~

  2. si kacang permalink
    May 14, 2009 3:55 am

    subhanaAllah:)

    “Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg engkau dustakan?”
    (Ar-Rahman)

    mintak izin copy paste kak?

    jzkk

  3. kakaishah permalink
    July 18, 2009 11:34 am

    salam..

    terima kasih atas entri berkenaan achalasia..saya pesakit achalasia..terima kasih kerana saya masih boleh makan serba sedikit dan saya akan berusaha menjaga esophagus saya sebaik mungkin..terima kasih kerana saya terasa ingin hidup lebih lama setelah mendengar kisah lelaki dengan achalasia ini..I was wrong when I thought 1 week without food is the worst, but then Allah As-Samad..will guide a heart that always believe in Him..thank you..

    kak aishah,
    achalasia 36 years
    Taiping&Sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: