Skip to content

tombo hati

May 1, 2009
tags: ,

Ada masanya kita merasa sendirian dalam ramai. Kita merasa gelisah walaupun ketika tiada masalah. Kita terasa sunyi walaupun teman-teman dan keluarga ada di sisi. Kadangkala kita inginkan sesuatu yang kita sendiri pun tidak tahu apa bendanya. Ketika segalanya sudah dimiliki dan sudah lebih dari cukup, kita masih lagi belum merasa puas. Dalam kegembiraan, jauh di sudut hati, masih merasa kekosongan. Pernahkah begitu?

.

Kata seorang syeikh…

Itulah tandanya manusia memerlukan Tuhan. Itulah buktinya jiwa ini sedang merindukan Rabbnya. Jikalau dicurahkan seluruh nikmat dunia ini kepadanya, belum juga akan dapat diubati kekosongan jiwa itu. Ibnu Qayyim al-Jauzi telah menuliskan:

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.

Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.

Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA, keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”

.

alangkah benar…

.

Tetapi kita selalu lambat. Selalu ingin mencuba penawar yang lain terlebih dahulu untuk mengubati kegelisahan itu. Selalu ingin mencari jawapan di tempat lain. Selalu mengharapkan ketenangan dari cara yang lain. Jikalau gembira, akan diceritakan kepada manusia dahulu. Jikalau ada masalah yang datang, juga akan diluahkan kepada manusia dahulu. Jika tidak tahu, akan bertanya kepada manusia dahulu. Alangkah jauhnya pencarian tempat mengadu. Sedangkan hakikatnya kegembiraan mahupun kegelisahan itu adalah satu panggilan. Kepada hati yang mungkin sudah lama menyimpang.

.

Maka kembalilah kepada Allah… Dia yang melakar suhuf perjalanan qadar kita..

“Allahumma, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkanMu. Engkau yang menciptakanku dan aku hambaMu. Dan aku ini dalam perjanjian denganMu, dalam ikrar kepadaMu, (yang akan ku penuhi dengan) seberapa dayaku. Dan aku berlindung kepadaMu, dari segala kejahatan yang telah kulakukan. Dan aku mengakui nikmatMu kepadaku. Dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah diriku, kerana tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkanMu.”
(bacaan Al-Mathurat, himpunan doa Rasulullah saw)

6 Comments leave one →
  1. saya permalink
    May 3, 2009 6:15 pm

    jazakillah akak..
    merindui sentuhan kak hanim=)

  2. Fathy permalink
    May 3, 2009 6:57 pm

    Salam

    Kak Hanim,
    sy mula rindukan akak ni. Rasa ‘dahaga’.

    Jazakillah kak,atas entry ni.
    Rasa mahu mengadu kepada Dia sekarang juga

  3. May 13, 2009 5:25 am

    salam,

    Kak, maaf, saya link artikel akak ni sebelum minta izin.
    Tapi saya suka baca artikel2 akak. Banyak membantu saya yang masih ‘mencari’. Terima kasih~🙂

  4. hidaya ahmad permalink
    May 16, 2009 4:34 pm

    salam, terima kasih sangat3, sangat tersentuh baca artikel ni
    jazakillahu khairan kathira.~

    salam dr mesir

  5. May 21, 2009 3:06 am

    salam.
    sy blog hopping n jumpa blog akak.rezeki mungkin.
    terima kasih kerana berkongsi sesuatu yg sgt2 berguna.
    diri yg masih mencari perlu kpd suapan minda & rohani yg betul agar tak terpesong kpd jalan selainNya.

  6. May 24, 2009 9:45 am

    Salam.
    Walaupun agak terlewat membaca artikel itu, saya dapati kupasannya baik. Gaya bahasanya menarik dan puitis.

    Contoh: Ada masanya kita merasa sendirian dalam ramai. Kita merasa gelisah walaupun ketika tiada masalah. Kita terasa sunyi walaupun teman-teman dan keluarga ada di sisi.

    Itulah kebesaran Allah. Di dunia ada pelbagai rasa dan ragam. Ada pelbagai bangsa, bahasa dan budaya. Diri kita juga adalah sebuah ‘dunia’ yang boleh dibedah, dikupas dan dicanai. Kita akan lihat kebesaran Allah.

    Eloklah buat koleksi dan terbitkan jadi buku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: