Skip to content

Atuk

June 17, 2009

Atuk membuka daun pintu dan menyambut kepulanganku dengan senyuman.
“Cucu atuk dah balik. Alhamdulillah.”

Matanya redup seperti dulu. Baju lusuh itu jugalah yang dipakainya. Aku tahu dia bukan tidak ada baju baru, cuma memang dia yang tidak suka. Oh Atuk.. begitu mudahnya tanpa bicara, dia sudah menyampaikan tazkirah wahan & hubbuddunya padaku. Seluar lusuhnya ada kesan cat dan getah. Pisau toreh dan parang tersisip di pinggangnya. Baru balik menoreh agaknya, walaupun sudah beribu kali dilarang oleh anak-anak. Suruh berehat saja. Ah, manakan boleh dia duduk goyang kaki di rumah?

.

Umur Atuk sudah mencecah 83 tahun ini. Kuat orang tua tu. Walau sakit-sakit lutut, sakit-sakit belakang, setiap kali hampir menjelang waktu solat, sudah tentu dia menghilang ke masjid. Malulah pemuda-pemuda sekalian! Atuk sentiasa menjadi antara orang terawal di masjid. Subuh, Dzhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Mungkin kerana itulah dia dipercayai dan dilantik menjadi Imam Kampung sejak dulu. Maka setiap Jumaat, suara Atuklah yang kedengaran membaca khutbah. Menjelang Aidilfitri, Atuklah yang akan busy mengutip zakat.

.

Pernah juga Atuk komplen,
“Masjid tu tak ada orang sangat. Tak sampai 10 orang satu saf,”
suaranya bernada kecewa. Walaupun tiada ijazah belajar agama tinggi-tinggi, Atuk faham perkara asas kekuatan umat itu. Termenung memandang rimbunan pokok-pokok getah keliling rumah, dia menyambung,
“Orang sekarang ni, sibuk bagi makan jasad aje..”
Dan dia diam sesudah itu, membiarkan aku sendirian memikirkan sambungan keluhannya.

.

Setiap hari, pulang dari solat Subuh, dia menoreh getah, atau ke sungai memeriksa jalanya kalau-kalau ada ikan tersangkut. Kalau banyak, dia akan jual di kedai Oya atas bukit sana. Selain menoreh getah dan berkebun, sungai adalah dunia keduanya. Memancing, menjala, menajur, itu Atuk punya expertise. Aku pernah ikut atuk tangkap ikan di sungai, naik sampan ke tengah-tengah sungai yang berarus itu – dia yang dayung, sebab aku tak reti. Kalau aku yang dayung, tak kemana sampan itu. Ikan paling sedap, paling mahal dan paling grand untuk dapat, ialah ikan baung. Harganya sekitar RM23/kilo. Warung kopi? Itu bukan tempat Atuk, walaupun ramai orang kampung lepak situ.

.

Atuk pun jenis rajin bercerita, terutama sekali tentang zaman mudanya, zaman Jepun, zaman dia bekerja mengiringi Tun Hussein On kesana-kemari dan macam-macamlah. Kadang-kadang dia membuka kitab kuningnya, suruh aku baca, suruh tengok, suruh amalkan isinya. Aduh, aku mengaku memang merangkaklah baca kitab jawi. Aku bukanlah duduk bersamanya kerana terpaksa tadah telinga dengan cerita-cerita dan nasihat-nasihat Atuk. Dia tidak boring. Boleh banyak belajar sejarah, sumber 1st hand punya! Apapun, aku rasa penting untuk kita yang muda-muda ini untuk duduk spend time dengan atuk nenek kita, kerana itu adalah hak ukhuwah yang sudah banyak tertangguh dan terabai. Janganlah sampai kita tidak ‘kenal’ atuk nenek kita sebelum mereka memejamkan mata, sedangkan kita berkesempatan.

.

Dari dulu Atuk selalu cakap,
“Atuk sebenarnya nak Anin (panggilannya padaku) jadi macam ustazah yang kat dalam tv tu. Bersyarah ugama. Anin dah jadi doktor.. tak apalah. Bagus juga. Tapi sebenarnya orang pandai kena pegi jadi ustazah.”

.

Aku tersenyum. InshaAllah Atuk, aku akan usaha untuk memenuhi kedua-duanya. Menjadi seorang doktor yang membawa risalah Islam. Terima kasih atas doamu yang mulia.

.

Atuk memang ada pandangan sendiri. Dia tidak mudah excited dengan title Dr. Hakikatnya, aku setuju 200% dengan Atuk. Pelajar-pelajar cemerlang tidak seharusnya semua masuk ke lorong sains seperti yang terjadi sekarang. Kita sangat-sangat memerlukan Imam Syafi’e yang kedua!

.

Atuk orang dulu-dulu. Dia belajar tidak tinggi. Laptopku pun dipanggilnya ‘mesin kira-kira’. Namun, entah apalah lagi mutiara hikmah yang tersimpan dalam lautan pengalaman hidupnya selama 83 tahun itu. Atuk kurasakan lebih mengerti asas kekuatan umat islam dari kita yang belajar sampai menara gading ini. Dia tidak marah orang mencuri buah yang ditanamnya.
“Tak apalah. Sedekah. Biar tambah lebat buah tahun depan.”

Yang Atuk bising ialah orang tidak pergi masjid. Kadang-kadang pemuda penggerak dakwah sendiri pun ramai yang masih lalai dari menjadi ahli masjid. Yang Atuk kisah ialah bila pelajar cemerlang majoritinya tidak sudi masuk ke bidang pengajian islam.

Hmm.. walaupun jasadnya cuma duduk dalam estet getah, jiwanya, fikirnya dan fahamnya, sering membuatku terdiam dan terasa kerdil. Ya ayyuhas syabab (wahai Pemuda!), macam mana kita?

.

ar-rumaisa

Kampung Awat, Segamat, Johor.

5 Comments leave one →
  1. June 17, 2009 5:52 pm

    Ukhti …ana cukup terkesima dan tersentuh dengan artikel ini. Tkasih. Mengembalikan ana kepada nostalgia lalu. Ana tak ada orang tua lagi. Tapi ana sempat bersama mereka. Mereka tak banyak expose seperti kita tetapi mmg orang dulu-dulu kuat beramal. Sebab tu kehidupan mereka berkat. Kita banyak bercakap dari buat. Bagi ana mereka lebih advance dari kita. Mereka lebih matured dari kita. Mereka lebih tawadhuk dan bersifat qanaah dari kita.

    Sebenarnya jarak kita amat jauh dengan mereka. Dalam keadaan kesusahan mereka boleh hidup dan mengabdi diri pada Allah tanpa banyak ijtihad dan rungutan.

    Mereka berakhlak tinggi dan amat menghormati. Mereka pemurah dan ada vision terhadap akhirat.

    Yang paling ana tersentuh dengan atuk ana dulu adalah apabila usianya menjangkau 80 tahun masih tanam pokok durian lagi. Bila ana tanya, “buat apa atuk tanam, bukan atuk sempat makan pun?”. Atuk kata “Aku tanam bukan untuk aku, tapi untuk burung dan untuk kamu dan untuk kamu ingatkan aku waktu aku tak ada esok!”. Sampai sekarang ana ingatkan atuk dan pokok durian itu sampai sekarang berbuah dengan banyak dan tak pernah ana jual kerana ingat kat atuk dan ana sedekahkan semuanya untuk atuk yang tersayang.

    Jagalah atuk sebaik.

    Jazakillah
    Jaga iman dan amal. InsyaAllah.

  2. addurrah_89 permalink
    June 17, 2009 8:14 pm

    Orang-orang tua telah banyak lalui pelbagai peristiwa dan pengalaman. Mereka mengetahui asam garam kehidupan ini lebih daripada kita. Memang patut orang-orang muda duduk berkongsi pengalaman bersama mereka, selain dapat mengeratkan kasih sayang antara kita. Untuk maju ke hadapan, kita memerlukan kekuatan orang-orang muda dan pengalaman orang-orang tua…

    • ar-rumaisa permalink*
      July 7, 2009 4:29 am

      betul tu.
      Hikmatus-syuyukh wa hamasatus-syabab…. hikmah org2 tua dan semangat org2 muda.
      jazakillah addurah =)

  3. June 30, 2009 1:21 am

    slm ziarah… 🙂

Trackbacks

  1. Weh orang muda « amanyus.com/blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: