Skip to content

kenapa

July 23, 2009

Syed Qutb telah menuliskan dalam kitabnya Fi Zilalil Quran:
“Aku tertanya… Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah, dalam gelap-gelita dan kesesatan yang menghitam itu? Sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang-benderang?”

.

Saya terpaku di perenggan itu.

… paya yang busuk’ ?

.

Kita tidak merasa selamat lagi untuk keluar rumah.
Kita takut diragut.
Kita curiga kepada orang yang sesat jalan dan berhenti bertanyakan arah kepada kita, entah-entah dia hanya mahu menyeluk saku.
Kalau boleh kita tidak mahu letak pun beg dalam surau semasa solat, kita rela untuk tidak solat berjamaah dengan kawan kita, solat gilir-gilir supaya dia boleh jaga beg.
Kita sakit hati dengan bank Islam kerana bayaran berurusan dengannya lagi mahal dari bank tidak Islam, membuatkan kita rasa lebih tertindas.
Kita sakit mata melihat cashier bertudung menerima bayaran dalam penjualan arak, kerana dia kerja di Tesco atau 7-Eleven.
Kita kecewa dengan sistem pendidikan sekolah kebangsaan yang memang tidak mementingkan dan mewajibkan anak-anak solat, yang penting dapat A.
Kita dibiasakan menonton adegan-adegan ‘tidak soleh’ dalam televisyen.
Kita juga sudah memahami hakikat bahawa rasuah itu adat dalam segenap lapisan masyarakat dalam setiap bidang dan urusan, baik besar mahupun kecil.

.

Kita menerima dan terbiasa….

Benarlah, ia memang paya yang busuk!

.

Lantas Syed Qutb bertanya kenapa memilih kehinaan dan kekotoran itu?
Bukan kita tidak ada pilihan.
Ada Islam telah mengajarkan. Ada Nabi telah menunjukkan.
Kita tahukan semua itu? Habis, apa masalah kita??

.

Adakah kerana kita sudah terlalu jauh hanyut dan tenggelam dalam paya busuk itu, hingga tidak berdaya lagi berenang melawan arus?
Lalu biarlah saja………………………………………………………………………..?

 

~ ar-rumaisa speechless
“rehatnya seorang daie adalah kerugian buat dunia”

One Comment leave one →
  1. July 23, 2009 10:55 pm

    Memang islam itu ghuraba. Dan manusia yang mengikutinya juga akan menjadi dagang …

    Kita mmg sebenarnya terperangkap dalam sistem. Samada kita redha atau tidak, di situlah persoalannya.

    Mmg kebanyakan kita telah redha dengan sistem ini dan mereka selesa untuk berada di dalamnya sambil berpeluk tubuh. Tidak melakukan apa apa untuk mengubahnya namun di situ mereka tidak ketahui bahawa mereka telah hampir ke jurang kemurkaan Allah. Syirik atas keredhaan dan keselesaan itu.

    Kita? Du’at ini! Apakah akan turut selesa?
    Turut hanyut dengan sistem ini.
    Tidak ada guilty concious sedikit pun dalam hati dengan keadaan ini!
    Atau kita terus membenci sistem ini tanpa melakukan apa apa?
    Atau kita menyusun strategi dalam mendakwah masyarakat ke arah fikrah yang jelas kepada sistem islam yang telah hilang dalam pelukan ummah ini dengan bersungguh!
    Atau kita hanya duduk diatas sejadah, dimihrab berdoa dan menanggis mengharapkan malaikat menyusunnya untuk kita?

    Di mana level kita?

    InsyaAllah. Kiranya inilah kesedaran. Kita akan terus berjalan dengan penuh semangat untuk terus menjaja sistem Allah ini dimana saja kita berada.

    Kamu bantu agama Allah. Pasti Allah membantu kamu.

    Terima kasih atas pencerahan ini. Satu artikel yang mencabar jiwa seorang mukmin.

    Jazakillah Ukhti Rumaisa’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: