Skip to content

extremist

August 12, 2009

“Memang kita orang Islam. Tapi tak payahlah alim-alim sangat. Biasa-biasa aja dahlah.”

Saya terdiam. Banyak yang perlu difikirkan tentang kata-katanya itu. Semalaman saya merenung, saya bertanya kepada orang, tetapi tiada siapa pun yang dapat menerangkan kepada saya dengan jelas, termasuklah orang yang mengucapkan kata-kata itu sendiri…

Islam yang ‘biasa-biasa’ tu macam mana?
Apa yang ‘biasa’ dan apa pula yang ‘luar biasa’ ?
Pening kepala memikirkannya.

.

Bukankah sefaham kita, yang ada cumalah Islam, iaitu satu cara hidup, cara fikir, perasaan, kesedaran, amalan, budaya, yang diperintahkan Allah SWT untuk kita laksanakan dalam segenap aspek kehidupan. Kalau dapat dimisalkan hayat kita yang pendek ini seperti sehelai kain, maka hendaklah kita usahakan semampu mungkin agar jangan sampai ada seurat benang pun yang terlepas dari diresapi celupan pewarna Islam ini. Kerana inilah celupan pewarna terbaik dan tercantik lagi terjamin kualitinya, yang pasti tidak akan merosakkan lembaran hidup kita.

“Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan hanya kepadaNya lah kami menyembah.” (Surah Al-Baqarah: ayat 138)

.

go your own directionIslam yang ‘biasa-biasa’ ?
Kalaulah ‘biasa-biasa’ itu ertinya mengikut cara hidup yang sudah menjadi kebiasaan ramai orang,
maka perlulah kita sangat berhati-hati, kerana adakalanya majoriti belum tentu betul, minoriti belum tentu salah, atau sebaliknya. Kita mesti berdiri di atas Islam yang bukan sekadar ikut-ikutan, tetapi haruslah didasari oleh keimanan, keyakinan dan kefahaman. Pada usia 20-an ini, sudah masanya kita merenung betul-betul pilihan identiti diri kita dan jalan hidup kita, sebelum terlambat. Do not just go with the flow. Berhentilah dari menyalahkan suasana dan hanya menjadi ‘mangsa keadaan’.

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.” (Surah Al-An’am : ayat 116)

.

Apa yang penting adalah menyesuaikan hidup kita mengikut selera Islam, bukan Islam yang harus disesuaikan mengikut selera kita! Sebab kita hanyalah penganut Ad-Deen ini, bukan pencipta. Penciptanya adalah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana. Maka kita tidak perlu modify lagi, tidak perlu pilih-pilih, tambah-tambah atau kurangkan apa-apa dari Islam ini. Ia sudah indah dan sempurna.

.

Namun, sekiranya untuk menyesuaikan hidup kita mengikut acuan Islam menyebabkan kita terpaksa menjadi ‘luar biasa’, melawan arus gelombang yang bagaikan tsunami, nampak pelik, bersabarlah dan tetapkan langkahmu. Kerana tiket syurga itu mahal. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah saw bersabda:

“Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.”
(Hadith riwayat At-Tirmidzi)

.

baraAlangkah panasnya dan melecurnya tangan untuk menggenggam bara api, pasti ingin saja dilepaskan dan dicampakkan bara itu. Untuk memelihara aurat selengkapnya ketika berkumpul sepupu-sepapat sanak-saudara di kampung bukan mudah, atau untuk menolak langsung dari menghadiri jamuan beralkohol yang dijemput rakan-rakan sekerja irish, sepertimana susahnya untuk bercakap tentang islam dengan kawan-kawan dalam perbualan seharian. Sembang tentang benda lain semua boleh, filem, fesyen, kerja, gossip, keluarga.. apa saja. Tapi bukan tentang Islam. Itu cerita planet lain.

.

Seandainya kefahaman dan pemikiran kita ini menyebabkan kita dilabel ‘extremist’, senyumlah, insyaAllah kita tidak kisah,kan?
Ya, kita memang extreme =)
Namun, jika ianya salah, maafkanlah dan mohon sangat untuk dibetulkan. Usah kita pula yang merasa betul sentiasa lantas duduk di dalam comfort zone. Selalulah bermuhasabah. Semoga kita semua dihadiahkan kekuatan dan keikhlasan oleh Allah SWT untuk terus istiqamah dan melangkah meredah gelombang dalam senyuman. Ameen.

.

ar-rumaisa
Galway, Ireland.

3 Comments leave one →
  1. August 12, 2009 3:49 am

    islam itu indah… ia bukan “biasa-biasa”, ia terlalu indah…shima sendiri rasa belum puas untuk terus mmpelajarinya…

  2. August 12, 2009 9:53 am

    salam,
    betul la kak… orang skrg sekadar ambil islam bila perlu.
    bila nak letak nama anak
    bila nak kahwin
    bila itu
    bila ini…sahaja (fullstop)
    walhal islam itu Ad-Deen yang menyeluruh sifatnya
    tapi rata-rata orang sekadar mahu jadi ‘biasa-biasa’
    jadi ambil yg perlu aje…

    thanx 4 sharing

  3. August 20, 2009 12:57 am

    You tahu dak sis …
    Masalah kefahaman kebanyakan orang melayu ni terhadap islam sebenarnya tidak pernah berubah sekalipun ramai duat telah memberi penerangan ttg kesyumulan Islam. Mereka tetap dengan kefahaman lama bahawa Islam ini hanyalah yang lima tu dan kalau ada perubahan pun sekarang ni cuma dalam bentuk negara islam dan politik islam saja dan itu pun hanya kefahaman berbentuk taklid/ikut-ikutan even yang duduk dalam jamaah. Apa lagi untuk beramal dengannya.

    Lihat saja dalam sistem keluarga. Ada juga dikalangan ahli jamaah tidak tahu bagaimana nak melahirkan keluarga dakwah. keluarga yang boleh merubahkan sistem masyarakat ini. Ahli jamaah pun membina keluarga sekadar mendidik anak anak bersolat dan bertudung saja dan dari segi pendidikan memahami sistem masih diabaikan.

    Sebab tu kita lihat walaupun ada antara anak2 ini yang mengambil bidang agama dipengajian di Universiti pun mereka masih menyisihkan diri dari intima’ didalam jamaah hingga negara kita tidak dapat melahirkan duat yang berdakwah.

    Puluhan ribu setiap tahun yang keluar dari Uni dalam bidang agama ini menghilang begitu saja apabile telah berkarier …
    Sebab apa? Sebab dididik kepada Islam ‘biasa-biasa’ inilah!

    Sorrylah panjang sangat komen ini tapi saya memang amat sensitif dalam soal ini. Buat forum …lagi best. Jemput saya jadi ahli panel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: