Skip to content

pengsan

August 16, 2009

Rabbani Nadamurni13 Ogos 2009 mencatatkan tarikh meninggalnya Ustaz Asri, ketua kumpulan nasyid Rabbani. Innalillahi wa inna ilahi roji’un. Al-fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

.

Sumbangan beliau dalam dunia nasyid tidak dapat dinafikan. Saya berpendapat perkembangan industri nasyid serta kemunculan kumpulan-kumpulan nasyid baru yang bagai cendawan tumbuh di Malaysia adalah sesuatu yang positif, penting dan harus diberi sokongan. Kenapa? Sebab arus jahiliyyah yang menyesatkan manusia dari jalan Allah bergerak laju, selaju munculnya lagu-lagu baru, penyanyi-penyanyi, filem-filem dan majalah-majalah hiburan baru. Untuk counter-attack serangan-serangan pemikiran dan budaya sesat serta sekular itu, dakwah islam harus bergerak samada sama laju, atau lebih laju lagi berbanding mereka dan menghidangkan alternatif dalam bidang-bidang tersebut. Tidak cukup dengan cuma majlis-majlis ceramah atau khutbah di masjid-masjid, dakwah Islam harus lebih progresif, kreatif dan menular. Di sinilah peranan kumpulan-kumpulan nasyid. Tidaklah saya bersetuju dengan semua nasyid yang ada sekarang, banyak juga yang terlampau cair dari mesej Islami. Namun percubaan dan kemunculan mereka harus diraikan. Maka saya berkongsi kesedihan dengan pemergian Ustaz Asri, penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani itu. Berkurang lagi seorang permata dakwah dalam industri nasyid.

.

Saya baru usai menonton video berita tv3 tentang kejadian 13 Ogos tersebut. Ustaz Asri rebah sewaktu rancangan Syahadah di RTM, dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Pantai,KL kerana serangan jantung. Saya menonton video itu beberapa kali, berfikir, dan saya rasa mungkin ada sesuatu yang kita semua boleh pelajari dari peristiwa itu. Izinkan saya berkongsi pandangan.

.

Berkemungkinan besar apa yang terjadi adalah, Allahyarham rebah ketika itu kerana Cardiac Arrest (heart attack/sakit jantung). Malangnya dalam video tersebut, selepas rebah, ramai yang berkerumun dan apa yang kelihatan ialah orang sekadar mengipas-ngipas dan menyapu air ke muka beliau. Saya sangat berharap ketika ini sebenarnya sudah ada orang yang sekurang-kurangnya berusaha untuk tengok beliau bernafas ok ke? Pengsan ke apa ni..? Ada nadi tak? Saya juga berharap panggilan 999 telah pun dibuat. Kemudian selepas beberapa ketika (?), beliau diusung beramai-ramai, turun tangga dari tingkat (?) bangunan RTM dan dibawa naik van Rabbani ke hospital. Saya tidak tahu berapa lama setelah rebah barulah beliau mendapat rawatan. Pihak hospital Pantai juga berpandangan beliau telah meninggal dunia sebelum tiba ke hospital. Beliau bukan meninggal serta-merta, kerana menurut temuramah saksi, iaitu salah satu anggota kumpulan Rabbani yang disiarkan dalam rancangan Malaysia Hari Ini keesokan harinya, allahyarham masih bernafas tersekat-sekat sejurus selepas rebah.

.

Fakta: Dalam kes serangan jantung, setiap saat dan minit adalah tersangat penting! Menurut kajian, setiap 1 minit yang berlalu tanpa rawatan akan mengurangkan peluang pesakit untuk hidup sebanyak 10%.

.

Sekadar points muhasabah untuk iktibar…

Malang sekali kebanyakan ahli masyarakat tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan cemas seperti ini. Banyak masa terbuang semasa proses mengipas-ngipas dan kerumun itu.
Ramai juga yang tidak tahu-menahu tanda-tanda seseorang itu sedang kena serangan jantung, atau pun sedang kena stroke.
Tidak seharusnya di tempat awam sewaktu berkumpulnya orang seperti di RTM (atau airport, atau stadium etc) tiada orang yang bersedia sentiasa, trained, yang boleh beri rawatan kecemasan CPR (CardioPulmonary Resuscitation). Huhu.
Berkemungkinan, ambulan seharusnya boleh datang lebih pantas ke tempat kejadian berbanding van mereka untuk datang ke hospital, sebab RTM itu terletak di tengah-tengah KL yang memang banyak hospital.
Ambulan tidak akan bertembung dengan traffic jam seperti van, kerana dengar bunyi siren, semua orang akan beri jalan.
Lagi pun RTM itu tempat awam, tidak timbul masalah ambulan tak jumpa alamat.
Walaupun akhirnya pesakit akan dikejarkan ke hospital,pihak paramedik ambulan akan boleh memulakan rawatan kecemasan di tempat kejadian lagi dan sepanjang-panjang perjalanan dalam ambulan, sebelum tiba ke hospital.
(… semua ini sekadar pendapat peribadi, kemungkinan saya silap…)

.

Ok, kalau kita tengah jalan-jalan dengan gembira, dan ternampak seseorang      (?org tak kenal ?kawan kita ?mak kita ?adik kita) tiba-tiba jatuh pengsan, apa yang kita perlu buat?

CPR1. Datang kepada orang itu, tolonglah tolonglah tolonglah jangan cabut lari dan biarkan, harap org lain. Datang kerumun dan tengok saja lagi tak patut.

2. Pastikan keadaan selamat. Kalau tengah jalan, angkat ke tepi jalan.

3. Cuba kejutkan – goncang, panggil nama kuat-kuat kalau tahu.

4. Tengok dia bernafas tak
– dongakkan kepalanya, tengok ada apa-apa benda ke dalam mulut? (boleh jadi orang ini tercekik). Letak pipi kita kat hidung dia dan rasa..ada tak hembusan nafas? tengok dadanya bergerak tak?

5. Periksa nadi – boleh rasa kat leher, pergelangan tangan.Pulse

.

Kalau dia bernafas dengan baik dan ada nadi, alhamdulillah. No panic. Panggil orang angkat dan bawa naik kereta ke klinik atau hospital. Silakanlah untuk memilih antara hospital kerajaan atau swasta.

Kalau dia tidak sedarkan diri, dan tidak bernafas dengan baik (sesak nafas dan tersekat-sekat), atau tiada nadi, PERTAMA SEKALI dail 999 panggil ambulan. (Mungkin ramai di antara kita yang keberatan untuk dail 999, mungkin rasa nak bawa sendiri naik kereta meredah jalanraya pergi hospital, dan nak pilih dulu untuk pergi hospital mana. Boleh, kalau pesakitnya stabil. Tetapi kalau dalam situasi kecemasan seperti sesak nafas atau nadi yang lemah, kita tiada masa! Dail 999, dan inshaAllah hospital terdekat akan menyahut). Still, no panic.. tapi jeritlah minta tolong orang keliling. Sementara menunggu ambulan, bagi sesiapa yang tahu, cepat-cepat mulakan CPR di situ juga.  InshaAllah ia berpotensi menyelamatkan nyawa! Hanya kalau memang tidak seorang pun di tempat kejadian tahu CPR, dan kereta confirm akan lagi cepat dari ambulan, ok.. lekaslah naik kete selepas call 999, supaya pihak hospital boleh tahu dan bersedia.

.

CPRSaya rasa Kementerian Kesihatan kena buat iklanlah tentang situasi orang pengsan, untuk bantu meningkatkan kesedaran semua orang. Bagus juga kalau CPR dimasukkan dalam modul PLKN, atau diwajibkan belajar kat universiti. Biar orang muda belajar buat, kerana peri pentingnya ia dan boleh menyelamatkan nyawa! CPR ni orang bukan doktor pun sangat mampu buat, asalkan pernah belajar. Lagi-lagi dengan keadaan di Malaysia yang kita semua rajin makan santan, kencing manis, darah tinggi dan ramai orang sakit jantung. Banyak juga eksiden kan.

.

Di sini juga saya sertakan sedikit info tentang tanda-tanda orang yang sedang menghadapi heart attack:
1. sakit/rasa sangat berat di tengah-tengah dada
2. sakit merebak ke bahu kiri dan leher kiri
3. sesak nafas
4. loya dan muntah
5. berpeluh-peluh
6. pucat lesi
7. pengsan dll

Tanda-tanda orang kena stroke (orang melayu kata ‘angin ahmar’). Tiba-tiba sahaja:
1. lemah sebelah badan (tak boleh gerakkan tangan/kaki)
2. muka senget sebelah
3. tidak boleh bercakap/tidak boleh menyebut perkataan
4. pengsan dll

.

Saya berharap maklumat-maklumat ini serba-sedikit membantu kita semua untuk mengenalpasti situasi emergency, supaya kita dapat mengambil tindakan segera yang sewajarnya. Dan belajarlah CPR. Semua ini adalah sebahagian daripada Islam – tentang mengambil berat hal orang sekeliling, tentang menolong yang memerlukan, dan berikhtiar dalam menghadapi ujian Allah, selain bertawakal kepadaNya dan redha dengan ketentuanNya. Bahkan dunia perubatan adalah sebahagian dari dunia Islam. Tidak terpisah. And we all want to be a better muslim, don’t we? 

Sekadar pendapat seposen dua.. =)

.

ar-rumaisa
Medical Officer

3 Comments leave one →
  1. August 18, 2009 3:58 pm

    salam kak hanim,
    bila tgk steps tu..teringat mase ambil basic life support haritu.
    mmg sebijik2 =D

    semoga ustaz asri ditempatkan bersama org2 soleh, iAllah

  2. August 18, 2009 9:54 pm

    alhamdulillah, awal-awal da blaja CPR dan basic life support. Syabas! rindu sama chep… =)

  3. August 20, 2009 12:43 am

    Di Malaysia, apapun keadaannya attitude rakyat kita memang suka melihat tapi tak suka menolong. Actually and especially in KL everybody tahu ttg CPR ni. Memang perkara ini diwarwarkan in every hospital and public places. If u still remember, there was 1 case involving sorang pelakon drama, Hani Mohsin yang mati kerana jantung, he faced the same problem as Ustadz Asri.

    To me, apa yang perlu kita buat ada lah educate rakyat supaya kembali kepada sifat perihatin. Itu saja. namun rasanya sukar kot!

    Entahlah. Tapi tahniah buat u kerana dengan cara penulisan ni dapat juga pembaca2 belajar sedikit sebanyak tentang pertolongan kecemasan ni …cuma satu lagi problem ….rakyat kita tak suka membaca!!

    Hmmm …banyaknya kerja seorang da’i.

    Teruskan menulis ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: