Skip to content

tak cukup oxygen

October 3, 2009

800px-ketupat2Selamat Hari Raya. Bestnya dapat raya di Malaysia selepas 6 tahun beraya di perantauan. Ada sepupu-sepapat yang dulu kecil-kecil sekarang sudah besar, ada yang sudah tidak kenal dengan saya, ditambah lagi dengan yang belum melihat dunia. Ada jiran-jiran kampung, saudara-mara yang jauh-jauh, bau-bau bacang, yang sudah meninggal dunia, sudah pindah dan macam-macam cerita lagi. Terasa diri ketinggalan. Sekali-sekala apabila saya pulang ketika bukan musim perayaan, tak dapat jumpa ramai orang, tak dapat sembang panjang-panjang. Rupanya saya sudah lama ‘missing in action’ dalam kisah keluarga. Maka balik kampung haritu, updating in progress… … … … … …

.

Ini hal silaturrahim, hal ukhuwah. Jadi balik kampung ketika aidilfitri mmg the best time, the hot spot untuk merealisasikannya, menyambung jalinan yang terputus dan tergantung. Tapi saya rasa suasana itu banyak terbantut oleh rancangan-rancangan televisyen yang membuang masa, rosak lagi sunyi dari apa-apa nilai teladan. 

.

KL driftBudaya beraya duduk depan televisyen memang sudah sebati agaknya. Maka televisyen itu memang tak boleh nak tutup pun. Namun, lebih disesalkan, umat yang sedang menyambut Hari Kebesaran Islam ini disajikan dengan rancangan-rancangan yang cukup ‘tercemar’. Habis ‘keracunan’! Kalau tidak salah saya, 1 Syawal, TV3 menayangkan cerita hantu momok jembalang (entah tak ingat tajuk), diikuti filem Duyung raya kedua, kemudian KL Drift, rancangan joget Raya Bersama Bintang Agogo 60-an di TV1 dan banyak lagi.

.

Kalau udara tak cukup Oxygen, iaitu di bawah paras normal 21%, tak payah tunggu lama-lama, kita akan sesak nafas. Entahlah, kalau boleh disamakan, begitulah saya semacam rasa sesak dada baru-baru ni. Tak cukup ‘ruh’ Aidilfitri, tak berapa rasa ruh hari kemenangan dan kesyukuran itu. Selepas sebulan mengecapi keharuman Ramadhan, untuk menjadi lalai dan terleka dalam masa beberapa hari pertama sambutan Syawal tetap sangat senang. Terasa best sangat masa solat raya, bertakbir, dengar khutbah raya, jumpa kelurga, ziarah-ziarah. Tapi lepas tu… jiwa semakin kering dari perkara-perkara yang ‘mengisi’ sepanjang Hari Raya. Jasad je kenyang dan terisi. Suasana pergaulan bebas yang ada menyakitkan mata. TV pun memang tak ok. Tak boleh tutup pulak tu. Realiti. Refleksi. Tak tahu pun nak salahkan siapa kecuali diri sendiri sebab rasa tak mampu nak buat apa-apa.

.

Ironically, ketika itu tiba-tiba saya jadi rindu pula dengan Aidilfitri di Galway, yang tenang dan aman. Malam raya, akan diraikan dengan bertakbir beramai-ramai di rumah para muslimah. Ada majlis khatam Quran. Tak ada orang duduk menghadap TV pada Hari Raya. Tak ada pasangan-pasangan tidak sah beraya berdua kesana kemari macam kat Malaysia, pergaulan bebas atau percampuran. Tidak ada masalah sepupu lelaki hulur tangan untuk bersalam. Lagu raya pun tak begitu kedengaran. Tidak ada promosi shopping spree sale sempena Raya. Bila jauh, di luar Malaysia, di perantauan, di Galway, lebih terasa Aidilfitri itu ibadat. Bukan adat. Saya berdoa kemurniannya akan kekal, akan diteruskan generasi medical students seterusnya yang berkampung 5 tahun di sini. Moga Allah selalu merahmati bumi kecil Galway.

.

Apapun, saya bersyukur Allah masih mengizinkan saya bersama keluarga pada 1 Syawal, memeluk dan mencium tangan ibu dan ayah. Saya akan ingat saat itu. Namun, ada banyak perkara kita perlu baiki dan usahakan untuk supaya iman kita tidak jatuh menjunam dengan bermulanya Syawal, walau di mana kita berada. Mujahadah mesti diteruskan selepas Ramadhan. Moga kita senantiasa di dalam ampunan, rahmat serta kasih-sayangNya, hingga ketemu lagi dengan Ramadhan seterusnya. InshaAllah.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

.

mixed emotions,
ar-rumaisa

6 Comments leave one →
  1. October 8, 2009 3:22 pm

    Assalamualaikum w.b.t

    saya sangat setuju dengan pendapat akak..:-) rancangan kt TV memang kebanyakkan tidak senonoh..saya sepanjang balik cuti raya, mmg x mnghadap tv pun..byk legi mende berfaedah boleh dibuat daripada tgk tv yg tayang byk bende x brape berilmu..

  2. fara permalink
    October 9, 2009 7:33 pm

    slm akak..1st of all nice blog…bley x nak tnya something..akak kerja kat galway ke? kalu under kerajaan bley x kalu nk kerja kat sane…akak under ape ek…sori bnyk tanye…

  3. October 10, 2009 8:18 am

    Salaam fara dear,
    Yes, kak sedang kerja di Galway, sedang further training dalam bidang Internal Medicine. Akan ambil exam inshaAllah bulan Jan 2010 ni, doakan ya!
    (dah jadi Dr pun ada exam. Medic ni blaja sepanjang hayat =) )
    Dulu sponsor MARA, dan MARA juga maklum keberadaan kak sedang further training di sini.
    Jzkk for your visit.

  4. fara permalink
    October 10, 2009 3:28 pm

    wasalam akak..INSYA AllAh saya akan doakan akak..
    suka sangat bacer blog akak walaupun entry yang dah lama.
    terlintas dalam hati yang akak ni bukan doktor yang bese2 jer..
    u r the true muslim doc rite..
    yang akan membanggakan islam kita..
    hehehe..

    btw,akak doakanlah jugak kiter..doalah aper2 pon..
    salam ukuwah walau jumpa kat alam maya jer.

  5. October 11, 2009 8:38 pm

    Mendoakan segala yang terbaik untuk fara. Ameen.

    ceritakan Islam, sampaikan firman Allah dan pesan Rasul…
    itu kerja semua orang.
    tak kira orang tu berada di mana, belajar jurusan apa, berjawatan apa kan
    kerana kerja tetap kita, permanent title kita ialah
    ….MUSLIM…..
    InshaAllah.
    Salam ukhuwah =)

  6. October 18, 2009 1:13 pm

    salam ziarah. pengisian yang baik, =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: