Skip to content

Ababil oh Ababil

October 15, 2009
tags:

1400 tahun lalu, Rasulullah saw telah memberitahu, bahawa kita, umat baginda, akan ditimpa satu keadaan yang sangat teruk.

“Hampir tiba masanya, semua umat yang ada akan merebutkan kalian, sepertimana pemangsa mengerumuni hidangan.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana bilangan kami (umat Islam) ketika itu sedikit, ya Rasulullah?”.
Baginda menjawab, “Tidak,bahkan jumlah kalian amat banyak. Namun, keadaan kalian seperti buih di lautan. Allah mencabut dari hati musuh-musuh rasa takut terhadap kalian, lalu Dia memasukkan Wahn ke dalam hati kalian.”
Sahabat bertanya lagi,”Apakah Wahn itu?”
Baginda menjawab,”Cinta dunia dan takut mati.”.
(Hadith riwayat Abu Dawud)

.

muslim_mapApa pendapat kawan-kawan? Sudah tibakah zaman itu? Bukankah kata-kata Rasulullah saw itu sudah menjadi realiti hari ini? Bilangan kita 1.5 billion, di kalangan penduduk dunia yang jumlahnya 6 billion. Namun, jika ditelusuri keadaan umat Islam sepanjang 25 tahun sahaja hidup saya yang pendek ini, cukup untuk membuatkan airmata kita tidak sempat mengering. Kisah-kisah pembunuhan dan penindasan ahli keluarga kita di serata tempat, seluruh pelosok dunia yang bagaikan ‘sudah terang lagi bersuluh’. Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Pattani, Tunisia, Kashmir, Lubnan, Iraq, Palestin, Uzbekistan, China dan… sungguh senarai ini masih panjang.

Oh…Kenapa orang-orang semua nak bunuh kita ???

……

Kita semua belajar cerita Abrahah masa Sirah darjah 1, kisah tentera bergajah  diketuai oleh Abrahah itu, yang mahu menghancurkan Kaabah. Kemudian Allah mengutuskan burung-burung Ababil yang mencampakkan batu-batuan panas untuk melenyapkan angkatan jahat itu dari muka bumi!
Tapi …
kenapa dunia kita jadi begini sekarang?
Oh di manakah burung-burung Ababil itu?
Kenapa Ababil tidak datang menghancurkan tentera Serbia semasa penyembelihan ratusan ribu umat Islam Bosnia?
Kenapa laut tidak menenggelamkan kapal perang Perancis dan Amerika yang menyerang sepertimana ia pernah menenggelamkan batalion tentera Firaun?

.

Namun …
h1n1virusYang kelihatan cumalah umat Islam terus-terusan dibantai dan dianiaya. Satu-persatu. Dari satu negara ke satu negara. Ia seperti wabak yang lebih dahsyat dari H1N1, umpama penyakit yang tiada sembuh-sembuhnya, merebak tiada hentinya. Ini mimpi ngeri yang sangat panjang. Kita dikerumuni musuh dari segenap penjuru – dari luar, bahkan dari dalam juga, termasuk dari kalangan orang yang mengaku Islam. Kita seperti menjerit dan bertanya-tanya dalam ketakutan..
di manakah pertolongan Allah ?!

.

Saudara-saudara seiman yang saya cintai dan muliakan, wahai umat Nabi Muhammad!

Kita teliti semula firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad saw:

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)

Sesiapa yang di dalam hatinya sudah jelik dan jijik dengan kerosakan dunia hari ini, merindukan kembalinya kebenaran, mengangankan kesejahteraan dunia ini dalam cahaya Islam, maka dia mesti memahami ayat di atas! Di dalam ayat ini, yang ditujukan kepada kita umat Rasul terakhir, tertulis satu rahsia besar, satu sunnatullah, satu syariat, untuk kita menang. Berdasarkan firman Allah tersebut, jika dan HANYA jika kita
menolong agama Allah’
terlebih dahulu (dgn berusaha habis-habisan, sehabis daya, bersungguh-sungguh, sampai penat, sampai pengsan, sampai mati),
barulah

‘nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’

.

Kenapa begitu? Kerana Allah hanya akan memberikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang layak sahaja. Ertinya, kalau Islam tak menang-menang jugak di dunia pada hari ini, itu maksudnya kita yang memang belum layak untuk menang. Belum layak untuk dapat pertolongan Allah. Belum cukup beriman. Belum cukup berusaha. Belum cukup berjuang. Itu sifirnya. Kalau kita hanya mahu goyang kaki, relax selalu, main game, tengok cerita korea, afundi AF, dan tidak kisah serta tidak mahu fikir apa-apa hal Islam, usahlah mengimpikan ‘burung Ababil’ akan turun selamatkan kita.

.

lightningSaya memerhatikan ada satu penyakit yang dihidapi oleh sebahagian kawan-kawan seislam, iaitu suka tengok sesetengah negara kena bencana. Apabila menara WTC roboh pada 11 September, ada sesetengah umat Islam bergembira dan menyebut,
“Padan muka US! Jahat sangat.”

Mereka seolah-olah menunggu-nunggu Allah menurunkan keajaiban, mengirimkan malapetaka untuk menghancurkan pihak-pihak yang menjadi musuh Islam. Mereka mengharapkan tentera Israel mati dipanah petir di Palestin, atau taufan tornado tiba-tiba datang menghancurkan kereta kebal Amerika di Iraq. Mereka ini sayang Islam, menyesal dengan apa yang berlaku, memandang dengan kesedihan, tetapi tidak berbuat apa-apa, lantas berdoa, “Semoga Allah menurunkan kejadian luar biasa!”. Seolah-olah menginginkan ‘burung-burung Ababil’ turun sekali lagi.

.

Ketahuilah!
Burung-burung Ababil TIDAK akan turun. Penantian seperti itu adalah tidak berguna dan sia-sia! Usah bermimpi dan berangan. Pertolongan Allah tidak akan datang kecuali dengan usaha dan perjuangan. Kita dilanda masalah umat Islam keseluruhan yang dahsyat. Tidak ada jalan pintas menyelesaikannya. Tidak ada jalan mudah seperti rundingan apa-apa, atau berpilihanraya sahaja, atau menunggu keajaiban berlaku.

.

006Diagnosis penyakit orang Islam hari ini adalah tidak faham Islam itu sendiri, tidak tahu ‘apa ertinya saya menganut Islam’, pemikiran sudah bercampur-aduk dan keliru. Maka ubatnya, satu-satunya solusi konkrit yang kita ada, ialah untuk membina semula jatidiri muslim itu. Segalanya mesti bermula dengan kembali memahami Islam, kembali mengamalkan Islam, jauhi dosa dan mementingkan ketaatan kepada Allah, oleh semua orang, tanpa mengira usia, lokasi, pangkat dan masa, dalam semua aspek hidup. Tanpa terkecuali. Usaha ini nampak kecil, tidak gempak, tetapi hakikatnya ia adalah nadi. Inilah titik mula perjuangan itu. The first and the most important step.

.

Kawan-kawan yang saya kasihi dan muliakan,
Dipersilakan memilih untuk menjadi Peserta atau Penonton dalam hal ini.
Kepada yang memilih menjadi peserta…
Selamat melangkah, jangan lemah semangat dan jangan berhenti. Sungguh, Allah tidak pernah memungkiri janjiNya :

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)

.

.

ar-rumaisa
26 Syawal 1430 H

(rujukan: Al-Quran, Riyadhus Solihin, Bukan Zaman Abrahah oleh Dr Raghib as-Sirjani)

9 Comments leave one →
  1. October 15, 2009 10:12 am

    Jujurnya …saya ingin jadi peserta. Bukan peserta yang hanya mendaftar nama tapi menyertai kafilah itu dalam susah dan senang dan saya tidak perlu burung ababil kerana saya yang akan jadi burung kelicap seperti dalam kisah Nabi Ibrahim, walaupun tidak mampu memadamkan api yang besar itu …saya akan tetap usahakan mas thatoqtum (sehabis daya) kerana saya tahu Allah tidak bertanyakan berjaya atau tidaknya kepada saya, tapi perlaksanaan mas’uliyah (tanggungjawab) terhadap deen ini …

    Jazakillah. Again! Good entry. Updatelah selalu agar semangat kita sentiasa membara.

    Muharrikdaie

  2. kak aishah permalink
    October 16, 2009 2:18 am

    subhanallah!..mari berjuang..biar habis-habisan, sehabis daya, bersungguh-sungguh, sampai penat, sampai pengsan, sampai mati..mudah2an..Islam ku akan bangkit and I am part of it! I must!

  3. October 16, 2009 5:07 pm

    Subhanallah~ maha suci Allah dan kemuliaan kpd junjungan nabi muhammad SAW..

    sesungguhnya…ma tidak nampak ganjaran daripada Allah di atas usaha ma selama ni disebabkan ketidakcukupan usaha ma rupanya..bukan sebab Allah tidak mendengar pertolongan ma..

    thanx kak., bg ma semangat..

    updatela selalu yek..:-)

  4. aMaNi permalink
    October 16, 2009 7:26 pm

    terima kasih ukhti atas perkongsian

  5. BOY permalink
    October 17, 2009 9:59 am

    SubhanAllah..Islam hanya akan tertegak kembali jika kita berpegang kpd Al-Quran dan sunnah RasulNya..selagi Al-Quran hanya utk dilagu2kn sahaja, selagi itulah kita akan berada di bawah..setiap muslim yg beriman wajib berAQ..dan Al-Quran di dalam dadanya..

  6. syiqeenotts permalink
    October 23, 2009 6:25 am

    rasa teruja membaca entri akak, first time bukak blog akak.hujah2 yg bernas. inshaAllah, saya akan terus membaca. semoga tulisan2 akak mnjadi nadi pada ramai org islam utk berjuang.

  7. hamba permalink
    October 24, 2009 7:44 am

    good entry! jzkk atas perkongsian

  8. May 18, 2010 7:46 am

    Salam alaik,

    Penulisan yang unik & sangat menarik! Thanks menulis sebegitu ringkas. Mudah baca dan mudah faham.

  9. nisa permalink
    March 26, 2014 5:02 pm

    Saya pernah bermimpi akn burung ababil.. dlm mimpi sya ketika itu darurat yg amat besar n ketika semua org sedang brperang dtglah burung ababil nie dlm kumpulan yg byk.. burung ini sgt besar n sya lihat seolah2 sya menunggang burung ini.. sedar dri mimpi dh msuk kul 4.30am.. sya menagis sbb takut kiamat akn tiba sbb dh 2 kali mimpi kiamat n 2 kali mimpi darurat.. takut sgt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: