Skip to content

makcik cleaner

December 5, 2009

Sedang saya keseorangan, lost dan memikirkan macam mana, di mana nak solat di airport Frankfurt yang besar ini (selain risau mencari Terminal yang masih belum ditemui), saya terpandang kelibat seorang wanita bertudung hijau dan beruniform – cleaner epot. Dengan secubit harapan, saya mendekatinya.

.

“Assalamualaikum, sorry to bother you, if i may ask, do you know where can i perform Solat?”

Pantas dia senyum mesra. “Muslim? Muslim?? Qiblah? Solah? “

“Yes, yes.”

Dia berjalan cepat, mengajak saya mengikutnya dengan bahasa isyarat. Dibawanya saya ke satu sudut, lalu dia mencari dan membentangkan alas untuk saya, menyusun beg-beg saya, dan memposisikan dirinya menunjuk arah kiblat, menyuruh saya membuka kasut, dan mengambil kasut saya meletakkannya ke tepi.

“Muslim! Muslim!” katanya sambil menunjuk kepada dirinya dan memegang tudungnya. Seterusnya, wanita Jerman pertengahan umur itu memeluk erat dan mencium pipi saya, lalu mempersilakan saya untuk solat.

.

Entah. Saya memang menegurnya dengan secubit harapan untuk mendapat sedikit bantuan. Tapi saya telah terpaku dengan kebaikan yang ditunjukkannya, dengan kemesraan dan dengan kasih-sayang yang ditawarkan. Terharu. Terasa bergenang airmata. Masih ada lagi rupanya orang yang menghargai dan mengerti ukhuwah fillah – ukhuwah hanya semata kerana satu aqidah. Beria-ria dia menolong saya. Walaupun makcik Jerman itu hanya seorang Cleaner, dia lebih faham asas islam ini dari sekian ramai manusia ‘intelek’ yang saya temui di luar sana. Hebat sungguh kefahamannya kepada Ad-Deen ini. Terus teringat pula pada pakcik ‘Bawab’ (penjaga bangunan) kat Cairo semalam yang cuba menipu duit sesama Islam!

.

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Dari Abdullah bin Umar, Nabi Muhammad bersabda;
“Orang Islam itu adalah orang yang orang-orang Islam lainnya selamat dari lidah dan tangannya; dan orang yang berhijrah (muhajir) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”
.(Hadith Riwayat Bukhari)

.

~ Frankfurt Airport, Germany

5 Comments leave one →
  1. nia permalink
    December 7, 2009 9:13 am

    alhamdulillah, sesungguhnya muslim itu bersaudara…

  2. December 8, 2009 11:04 am

    tetibe rasa nak nangis…
    terharu sungguh.

    kak hanim..miss u already…
    cmne ni?
    =)

  3. sharul permalink
    December 9, 2009 5:42 am

    sungguh besar kekuasaan Allah..

  4. December 12, 2009 12:59 pm

    fuh..meremang bulu roma baca tajuk ni..terasa aura dia..huhu
    terasa persaudaraan Islam dengan Tauhid yg kita pegang..

  5. ululk permalink
    January 5, 2011 11:22 am

    rasa nak nangis bila baca citer nie….islam itu saudara..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: