Skip to content

Achtung!

December 10, 2009

Terlalu tersangat teramat penting. Maka saya tidak dapat tidak, mesti ‘kopi & pasta’ di sini.

______

Jaga-jaga dari takabbur dan takjub dengan kerja, cara kerja dan hasil kerja kita. Hasil adalah dari Allah – bukan hasil tangan kita, walaupun kelihatan seolah hasil kejayaan adalah dari kerja kita.

.

Syaitan akan datang untuk merosakkan amal kita. Jika ia tidak berjaya menghentikan kita dari beramal, ia akan datang untuk merosakkan pahala amal kita. Kita cubalah yang terbaik. Kita mungkin dapat menyusuri jalan yang baik, tapi mungkin saja akhirnya kita tetap tidak mendapat pahala yang terbaik ! Kerana semasa kita melihat hasil dari kerja tangan kita, kita mula merasai ‘kita adalah terbaik’. Mata mula tertutup untuk melihat hasil kerja orang lain. Betapa mudah syaitan menyia-nyiakan pahala amalan kita!

.

“Al-Kibr adalah menolak kebenaran dan kamu memandang rendah orang lain.” (maksud Hadis Sahih)
Betapa banyak orang yang hasil kerja tangan mereka kurang ‘menjadi’, tapi mereka mendapat pahala yang lebih banyak dari kita kerana keikhlasan mereka dan rasa tunduk tawadhu’ mereka terhadap lemahnya diri mereka. Mereka merasa belum mencapai lagi tahap yang dicapai oleh orang lain yang nampak hebat.

.

Di mana pula tahap kita? Berjaya mendidik dan mentarbiyyah ramai manusia, tajmik yang berjaya? Tapi pada masa yang sama apakah kita merasa ‘kitalah yang terbaik’? Pandangan kita terhadap diri kita bahawa ‘kita adalah terbaik’, itulah tanda bahawa kita ini sebenarnya sama sekali ‘tidak terbaik’ pun, walaupun amalan kita memberikan hasil yang baik.

.

Jadi …
Jaga-jaga! Jangan sampai pahala kita tidak sepadan dengan hasil tajmik, penat dakwah dan tarbiyyah yang telah kita lakukan. Pahala menjadi kecil atau langsung hilang sedangkan kita sepatutnya berhak mendapat pahala terbaik – hanya kerana pandangan kita terhadap hebat diri kita, dan tidak hebatnya orang lain.

.

Seruan ini bukan untuk mengajak kita semua mengurangkan kerja dakwah yang kita lakukan, tapi untuk membersihkan kita dari penyelewengan yang mungkin berlaku ketika kita gembira melihat hasil. Ayuh maju lebih kuat dan gigih bekerja untuk Allah… dan lebih berjaga-jaga dengan diri yang sentiasa diintai oleh syaitan di dalam urat-urat diri kita.

Peringatan untuk diri sendiri sebelum orang lain !

(sumber: www.muntalaq.wordpress.com)

One Comment leave one →
  1. December 15, 2009 9:56 am

    Akak, minta izin copy dan paste di blog akak yek, dan juga akan link kan ker muntalaq.wordpress.com

    Thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: