Skip to content

seulas senyum untuk ukhti

December 23, 2009

Biru langit London. Cantik. Matahari juga cemerlang, hingga tak tersangka suhu di luar lebih sejuk dari dalam peti ais, -2 darjah celcius. Subhanallah. Adalah mustahil untuk merenung langit dan tidak terkenang kepada Allah. Impossible. Kerana tingginya langit, kerana indahnya ia, tidak bertiang, dan pada saat-saatnya, dengan penuh keangkuhan mempamerkan semua warna yang wujud dalam pelangi, mengadun tanpa cacat cela. Bila memandang ke bumi pula, putih salji begitu menyejukkan mata.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami PADA SEGENAP PENJURU dan pada diri mereka sendiri, sehinga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagimu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fussilat : ayat 53)

Segenap penjuru…
Ke mana lagi pandangan mata ini hendak dilemparkan? Tidak mungkin akan terlihat suatu apapun yang bukan menjadi bukti kewujudan Allah. Dan mengetahui bahawa Allah Yang Maha Pengasih, Maha Berkuasa dan Maha Adil sedang memerhati, sudah lebih dari cukup untuk memberi kedamaian pada jiwa.

…..

Leganya keluar dari Underground Tube yang sesak itu. Kaki dihayun melangkah ke kawasan Paddington, London petang itu. Banyak juga restoran halal. Dari jauh, di celah-celah keramaian manusia, terlihat kelibat bertudung berjalan – a muslimah. Hati mula berbunga. Dan laluan kita kian mendekat.

.

Namun…
Senyumku tertahan seketika, apabila kau langsung tidak memandangku, meski hanya dengan ekor matamu! Sungguhpun kita benar-benar jalan berhadap-hadapan. Aku tidak dapat melihat langkahmu dalam keadaan terburu-buru atau berlarian, membuatku semakin sulit untuk tidak berfikir bahawa kau memang tidak terlintas pun untuk senyum menyapaku..

….

Meskipun ini bukan pertama kali dan aku yakin bukan kali yang terakhir, dan terjadi kepada orang yang berbeza-beza setiap kali, namun hari ini aku tetap juga mahu memaklumkan kepada semua… bahawa ia tertahan lagi, seulas senyumku untuk saudariku sendiri.

……

Bukankah pakaian taqwa ini menjadi bukti kita ini saudara?  Meski mungkin berbeza fikrah dan pandangan hidup. Bukankah hijab itu simbol kesetiaanmu kepada Tuhan.. engkau tentu mencintai Allah, pun demikian aku. Jadi, ayuh kita saling tersenyum di atas kecintaan keranaNya, dan menawarkan ucapan salam walau kita belum saling mengenal.

.

Apakah yang meragukanmu, ukhtiku sayang?

Dari Abdullah bin Amru r.a: “Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: ‘Apakah sifat yang paling baik dalam Islam?’ Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak’.” (Hadith Riwayat Muslim)

……..

Senyum itu kan sedekah. Ayuh kita jadi insan yang dermawan, menawarkan ukhuwah dan kasih-sayang dalam senyum dan salam.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:  ‘Tidak akan masuk syurga kamu semua sehingga kamu beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka jika ku tunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama mu’.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jangan kedekut ya.

~yang tak mahu kering kasih-sayang


London
3 Muharram 1431 Hijriah

2 Comments leave one →
  1. October 6, 2010 7:57 am

    pengalaman sendiri ye, ukhti?

  2. October 6, 2010 10:34 pm

    inshaAllah cerita-cerita di blog ni, pengalaman sendiri.. tak pandai reka lain. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: