Skip to content

nak pegi mana tu?

December 26, 2009

Muhasabah diri.
Itu kuncinya. Kita banyak kurang. Banyak cacat-cela. Banyak yang tidak betulnya. Melangkah juga sangat perlahan. Sudahlah lambat, banyak pula tersadungnya. Bahkan tidak kurang tersalah jalan. Bila menilai banyak yang silap. Bila memimpin, banyak tidak menjadi.

.

Mungkin bagi yang memerhati, silakanlah bertanya ‘nak pegi mana tu?’. Tolonglah selalu periksa dan tegur  – jalan saya, langkah saya. Mana yang sesat, mana yang sumbang. Supaya belum jauh sangat menyimpangnya untuk berpatah balik. Ad-deenun nasihah kan..

.

Kita mesti selalu cermin diri. Cuma kadang-kadang, memang tahu dah nampak tak comel, tapi tak ada kekuatan nak cantikkan, atau tak tahu macam mana nak betulkan.  Sebab itu kita perlu kepada orang lain, saudara-saudara yang solehah, kawan-kawan yang baik, hatta musuh sekali pun… SESIAPA saja yang melihat kelemahan diri ini dan sudi membetulkan.

 

Pahit atau manis, kepada mereka, kita tetap berhutang budi. Terima kasih saja tidak cukup.

.

Kerana inilah tarbiyyah.
Orang yang mahukan tarbiyyah ialah orang yang telah bersedia untuk dinasihati, ditegur, dikritik, dibimbing, dibetulkan. Kita rela untuk dinilai untuk dibina. Kita membuang prasangka dan melempar ego. Kita melihat kebenaran yang diperkatakan, tanpa menghukum siapa yang berkata. Kerana kita penjunjung kebenaran. Kita penjulang al-haq. Kita anggap semuanya adalah dari Allah. Kerana kita buat semuanya demi Allah.. kan?

Adakah kita sudah bersedia untuk ditarbiyyah?

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullahal adzim.

.

9 Muharram 1431H
Galway

4 Comments leave one →
  1. December 30, 2009 3:24 pm

    In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

    ~dlm tarbiyyah ada kesakitan yg mengunjungkan kemanisan~

  2. January 16, 2010 8:13 pm

    Salam …

    terkadang orang yang mahu tarbiyah pun tidak dapat memberikan komitment dan jiddiyah dalam menghayatinya. Ada yang mengikut tarbiyah sekadar ingin berukuhuwah saja. Ada juga yang ingin ilmu dan ada juga yang ingin kill time /pass the time saja.

    Sebab itu tarbiyah itu kita panggil proses dan dalam proses itulah akan berlakunya keguguran..

    Iman itu bukan sesuatu yang percuma dan tarbiyahlah mentahkikkannya untuk menjadikannya senilai sebuah syurga!

    So kita tidak boleh berasa lega bila berada di dalam tarbiyah selagi kita tidak buktikannya dengan terus terusan bekerja dan berdakwah di jalan ini…

    Dan tarbiyahlah akan menghukum kita dengan ‘kebenaran’ dan keikhlasan jiwa dan rasailah getaran-getaran seterusnya …

    Semuga ukhti sentiasa thabat dan istiqamah insyaAllah!

  3. January 17, 2010 1:21 pm

    Salam alaik, my dear sis~

    lama sgt tak menjelma di blog akak.. Smoga kita terus thabat insyaAllah. Tarbiyah yang manis di awalnya, ujian ditengahnya dan … dipenghujungnya. Really miss you~

    Iz, ukhtik min Jordan.

  4. aMaNi permalink
    February 18, 2010 5:39 pm

    astaghfirullah..terima kasih akak atas perkongsian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: