Skip to content

seorang khadijah

April 2, 2010

Khadijah radiallahu anha itu seorang yang lagenda. Kewanitaannya begitu sempurna. Dia solehah, jelitawan, bijaksana lagi bangsawan. Allah sahajalah yang mengetahui hikmah menjadikan manusia pertama yang beriman kepadaNya selepas Rasulullah saw sendiri, ialah seorang wanita. 

.

Di bahu Khadijah tersandang amanah yang sangat berat, iaitu menjadi zaujah (pasangan hidup) kepada seorang Nabi, yang terpaksa menghadapi segala macam penentangan dan bahaya, demi menyampaikan firman Tuhannya. Pasti bukan senang menjadi Khadijah. Namun imannya kepada Allah, cintanya kepada suami, tiada pernah berbelah bahagi, ketika dalam bahagia atau derita, dalam tangis dan dalam tawa.

.

Akhirnya, dialah penghulu bidadari di syurga! Bahkan semasa hayatnya lagi, Allah sudah berkirim salam kepadanya melalui Nabi saw. Kehebatan cinta baginda kepada Khadijah tidak pernah pudar walau sekelip mata. Nama Khadijah asyik meniti di bibir baginda hingga cemburu isteri lainnya, walau setelah lama khadijah meninggal dunia. Rasulullah saw bersabda:

“Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan untukku isteri yang lebih baik dari Khadijah! Dia beriman padaku ketika manusia lain kufur kepadaku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain mendustakan aku. Dia memberiku harta ketika manusia lain memboikot dan mencegah harta dari sampai kepada (perjuangan) aku. Darinya aku dikurniai zuriat”.

Sesuailah dia berpasangan dengan seorang Nabi. Sungguh Allah telah memilihkan yang terbaik untuk kedua-duanya.

.

Hati dipenuhi rasa kasih padanya, hormat dan kagum.  Macam manalah boleh wujud perempuan sehebat Khadijah?? Seteguh itu imannya, setabah itu pengorbanannya, sedalam itu cintanya. Jikalau jiwa sehebat itu ialah hasilnya, maka pastilah persediaannya juga mantap. Sudah tentulah untuk membina semula wanita muslimah persis seorang khadijah, tidak mudah. Untuk menyediakan seorang khadijah pasti memerlukan masa yang bukan cuma sehari dua.

.

seorang khadijah..
Tentulah segalanya bermula dengan iman yang sangat kukuh kepada Allah Subhanahu wa Taala. Tidak berganjak, tidak semudah itu tergoncang dengan ujian-ujian kecil dunia. Justeru, seorang khadijah mestilah seorang perempuan yang ditarbiyyah, yang dididik dengan Al-Quran, yang ikhlas, yang taat kepada Tuhannya.

.

seorang khadijah..
Yang sentiasa tenang dan menenangkan. Mungkin hatinya juga pernah bimbang berdepan cabaran, ancaman dan bahaya. Namun sentuhannya, kasih-sayangnya, senantiasa mendamaikan. Kerana keyakinannya kepada janji-janji Allah mengatasi segalanya, hinggakan dia dapat meminjamkan dan menjadi sumber kekuatan serta peniup ruh jihad.

.

seorang khadijah..
Mestilah bijaksana. Dia harus mengerti tentang perjuangan, tentang tabiat jalan dakwah, tentang agama Allah. Percaya atau tidak, dia menjadi sebahagian dari rencana besar Allah dalam perkembangan Islam. Seorang khadijah ialah seorang wanita yang berjiwa daie. Kerana itu, seorang mujahidah, seorang khadijah, tidak boleh banyak mengeluh,perlu sabar, tidak boleh gentar.

.

Di atas segala-galanya itu, seorang khadijah..
Juga adalah seorang ibu. Dia mahir dalam memikul amanah Allah untuk melahirkan dan mendidik generasi pewaris dakwah, hingga menjadi sehebat seorang fatimah.

.

Lalu bagaimana? 
Bagaimana untuk mempersiapkan seorang khadijah di abad ke-21 yang gila ini?

Diri terasa kerdil. Bagi kita, perempuan biasa era moden ini… yang berkerjaya (as a workaholic doctor in a madhouse called Hospital), tidak hafal Quran pun, iman senipis kertas, amal ibadah yang tidak seberapa, akhlak jua tidak secomel mana, untuk memiliki personaliti dan jiwa seperti khadijah, terasa semua itu satu mimpi………….

.

Tapi.. tanpa mimpi, takkan ada realiti!

.

Barangkali ia boleh dimulakan dengan pembersihan diri.
Dari apa-apa nawaitu-nawaitu yang tidak seiring dengan kesucian Islam, dari perbuatan dan dosa-dosa yang menggelapkan hati, dari kepentingan-kepentingan diri yang semata duniawi, dari perkara-perkara syubhah yang mencemarkan diri. Kerana Khadijah semasa hayatnya digelar ‘thahirah’ (perempuan yang suci). Maka, mulailah dengan bertaubat nasuha. InshaAllah kebersihan diri adalah bekal yang paling utama.

.

Satu lagi antara ciri paling luar biasa yang perlu ada untuk menjadi seorang khadijah, ialah kepercayaan yang penuh kepada janji-janji Allah. Di situlah letaknya ketenangan dan kebahagiaan. Yakin pada kesempurnaan rencanaNya.

“Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah lah pelindung orang-orang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai perlindungan.” (Surah Muhammad : ayat 11)

“Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman di dunia dan hari akhir.” (Surah Ghafir:ayat 51)

“Katakanlah, sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah oranag-orang beriman harus bertawakal.” (Surah at-Taubah : ayat 51) 

Dengan jiwa yang luhur ini, akan datang kecintaan dan keikhlasan dalam amal, ketaatan yang tidak berbelah bagi, kekuatan untuk istiqamah, kesediaan untuk berkorban.

.

Sudah tentu kesiapan berkorban itu, termasuklah kerelaan untuk meninggalkan hal-hal yang disukai, itsar (megutamakan orang lain lebih dari diri sendiri), kesudian untuk memahami, husnudzhon (berbaik sangka), berlapang dada, memberi dan terus memberi, akan taat dan berbakti sampai habis nyawa, walaupun ia bererti terpaksa mengetepikan kepentingan diri.

Seperti itulah bonda kita Saidatina Khadijah r.a.,kan?

Kerana seorang khadijah tidak mengharapkan pun manusia untuk membalasnya. Dia sedang mengejar sesuatu yang tiada mata pernah melihat, tiada hidung pernah mencium dan tiada telinga pernah mendengar… Itulah Jannah, itulah syurga – tempat berehat, tempat kenikmatan yang tiada pernah habis, tempat pertemuan dengan Allah Yang Maha Agung.

.

Walau apapun yang bakal Allah kirimkan dalam hayat kita yang pendek ini, harusnya setiap langkah yang disusun, keputusan yang diambil, tindakan yang dibuat, adalah dengan semangat untuk mencari keredhaan Allah Taala. Segalanya dilaksanakan demi membuktikan Allah lah cinta nombor satu kita. Tiada yang pertama selain Dia.

InshaAllah.

.

17 Rabi’ul Akhir 1431 H
Letterkenny.

8 Comments leave one →
  1. littlekhalifah7 permalink
    April 4, 2010 1:04 pm

    akak, suka entri ni.. alhamdulillah, terima kasih!

  2. syahna permalink
    April 6, 2010 1:30 pm

    jazakillah kak hanim…alhmdllh, smgt skit lps bace… ^^ ~

  3. April 10, 2010 4:46 pm

    Salam …

    Cantik tulisan awak.

    Wanita itu ibarat dahan bagi sebatang pohon ….
    Khadijah hadir 25 tahun disisi Muhammd sebagai pengerak dakwah …dan dakwah adalah misi utamanya.
    Kiranya kamu ingin seperti khadijah …..
    Bergeraklah menyambung dakwahnya … insyaAllah

  4. April 12, 2010 8:41 am

    “Kerana seorang khadijah tidak mengharapkan pun manusia untuk membalasnya. Dia sedang mengejar sesuatu yang tiada mata pernah melihat, tiada hidung pernah mencium dan tiada telinga pernah mendengar… Itulah Jannah, itulah syurga – tempat berehat, tempat kenikmatan yang tiada pernah habis, tempat pertemuan dengan Allah Yang Maha Agung.”

    ingin menjadi sekuat dan seteguh Khadijah,i’A… ^_^

  5. May 8, 2010 5:14 am

    Subhanallah..

    Khadijah yang membuatku menangis. Syukran kak hanim^^,

    p/s: the madhouse called hospital.. haha buat iz cuak je.. moga allah permudahkan kamu sis.. jangan sama jadi mad sudah.. ^_^

  6. marina zulfa permalink
    June 8, 2010 11:22 am

    Ya Robbi….
    aku ingin seperti khadijah…
    wanita yang begitu kuat dan tangguh (dalam artian luas)…
    wanita yang begitu setia kepada suami…
    wanita super star…

    bantu aku ya rohim… bantu aku tuk bisa seperti khadijah…

    Allah Hu akbbar….

  7. marina zulfa permalink
    June 8, 2010 11:24 am

    I LOVE U khadijah

  8. acu permalink
    December 11, 2013 5:11 am

    subhanallah..gugur airmata bila mencontohi khadijah..ya allah jadikanlah aku wanita seperti khadijah..amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: